Isu Kalimah Allah – Politik, Agama, atau apa?


Ramai berbahas tentang isu kalimah Allah, 2 tulisan yang paling menarik bagi pandangan saya yang perlu dibaca , Ustaz Syamil – http://schml.blogspot.com/2013/01/polimik-kalimah-allah-dan-keredhaan.html#comments dan Ustaz Syed Israa’ http://brat-mikrajovic.blogspot.com/2013/01/the-allah-word-polemic-another-tragic.html.

Dimana Ust Syamil membahaskan dari sudut Syara’ atau Undang – undang Islam dan disiplin hukumnya dikeluarkan, manakala Ustaz Syed pula membahaskan dari perspektif sosiologi, scr khususnya aspek Sejarah. Alhamdulillah, bagi saya tulisan yang cukup kuat dalam memahami isu!

Tidak kurang juga pandangan – pandangan Ulama’ yg berlegar disekeliling kita, dari Tuan Guru Haji Hadi, hinggalah ulama’ muda dari PAS yang  ramai menyokong dengan kuat!

Namun ingin menarik pembaca dari satu sudut lain, iaitu sudut ‘keputusan dalam agama’ dan ‘jurisdictionnya’, saya akan mengurangkan hujah – hujah syara’, kerana boleh baca ditulisan lain seperti tulisan akhi Syamil, dan juga hujah sejarah dan jatuh bangkit Islam, keraan boleh dibaca pada tulisan akhi Syed Israa’. 

—————–1——————–

Kalau dilihat setiap agama ada disiplin dalam membuat keputusan, ada ahlinya dan sebagainya. Islam apabila sebuah keputusan dibuat  maka ianya akan dirujuk kepada alim ulama’ manakal Kristian pada Pope dan Paderinya, begitu juga Hindu kepada Sami yang ada.

Namun apakah istilah ydan pengamalan ang akan diguna pakai andai, kita keluar dari disiplin diatas, dan andaikan “ramai – ramai” berkumpul dari semua agama dan membuat satu -satu keputusan dengan penuh toleransi yang diguna pakai dalam satu – satu agama?

Contohnya, apabila Kristian duduk dengan Islam, dan menghasilkan ketetapan terhadap Agama Islam? Atau Islam meletakkan sesuatu kepada agama kristian?

Dimana pasti konflik akan muncul, dimana ada perkara yang Islam mengatakan ini milik beliau, dan Kristian kata ini borderlinenya, hinggalah ke akhir.

Jadi dalam kemelut tersebut, Civil Religion dianggap penyelesaian oleh barat, dimana suatu ketetapan agama yang ditetapkan bersama dan menjadi rujukan kita bersama, dimana tunjang akidahnya adalah Pluralisme dan bertulangkan Liberalisme dan Toleransi mutlak dalam soal akidah dan upacara keagamaan, “apa yang penting adalah yang terbaik untuk semua”

Jadi penggunaan kuasa agama dalam hal ini adalah dianggap menekan, mundur, dan mengarah ke zaman kegelapan Eropah!!

Penggunaan kaedah lama, iaitu ahli agama masing – masing mengeluarkan arahan itu kepada agama yang lain, akan dianggap mundur dan berlawanan dengan hak asasi manusia.

Dalam isu kalimah Allah kali ini, maka siapa yang menggunakan kaedah seperti Ust Syamil dalam berhukum akan dianggap tidak waqi’iy dan tidak releven pada zaman sekarang yang moden walaupun Ulama’ tersebut sehebat Ustaz Haron Din!!.

Malah siapa yang memaksa agama kristian mengikut ketetapan Majlis Fatwa juga tidak releven untuk hidup dalam perubahan yg ada !!

Jadi apa penyelesaiannya? Bagaimana kemelut ini diselesaikan secara demokratik dan moden?

Lebih parah, ada yang cuba menggabungkan kedua – dua cara iaitu dengan ambil bahagian Syariat yang sesuai dengan Cara Demokratik yang kelihatan moden, dan menolak Disiplin Ilmu Syariat yang lain.

Bertambah keliru dan kemelut makin meruncing. Jadi bagaimana?

——————–2———————-

Dalam apa – apa konflik, antara perkara paling asas adalah melihat ‘punctuation‘ ataupun ‘timing‘ sesuatu persepsi muncul dan berlaku, dalam isu ini, apakah rujukan persepsi dan undang – undang yang berkait sebelumnya? Mengapa kali ini ‘perlu’ untuk menggunakan kalimah Allah dalam Bible?

Mengapa sekarang kalimah Allah perlu jadi polemik dan bukan ketika Portugal datang membawa Bible ke Tanah Melayu suatu masa dahulu? Apa yang telah berubah dari zaman itu hingga ke hari ini?

Apa yang menjadi faktor pendesak ianya diperlukan? 

Apa yang menjadikan Paderi sanggup keluar dari normal kehidupan menggunakan Jesus? Menggunakan God, O Lord kepada Menggunakan Allah dalam doa – doa mereka? Yang mana jelas dna normal setiap kali azan pasti mereka akan mendengar nama Allah yang Maha Esa digunakan dan oleh Muslim.

Malah bukankah 2010 menandakan benchmark bahawa apabila tuntutan ini dilakukan maka sebahagian umat Islam akan marah? Sebahagian berdiri dibelakang Tuan Guru Ustaz Harun Din, Ustaz Harun Taib dan pimpinan PAS yang melarang, dan sebahagian dibelakang NGO seperti ISMA, Pembela dan sebahagian yang neutral pun tidak bersetuju!

Mengapa perlu berkonflik sekarang?

Apa faedah yang boleh didapati dari konflik ini? Malah sebahagian Undang – undang diperingkat Negeri dan pusat juga terpaksa dilanggar atau mungkin di’bend’ kan untuk mencapai tujuan ini.

Dan semua ini berlaku dalam keadaan hakikatnya Kristian diMalaysia ‘outnumbered’, adakah ini akan mengukuhkan Akidah dan Patriotik mereka terhadap Kristian atau apa?

——————–3————————

Dalam melakar masa konflik ini bergerak, persoalan diatas “Mengapa sekarang?” perlu difahami juga dengan “Mengapa penting untuk hari esok?”

Berbalik kepada Ucapan YB Lim Guang Eng ““Selain membenarkan perkataan Allah seperti yang digunakan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan ribuan tahun di negara Timur Tengah, BN juga harus menghentikan taktik menakutkan pengundi Melayu dengan mendakwa negara Kristian akan tertubuh di negara ini.” Maka agak jelas tujuannya Politik dan bukan berkait dengan Kristianisasi atau apa sahaja jangkaan yang boleh kita buat, ini adalah Persepsi yang paling jelas patut dibina dari statement Yb Lim.

Tapi apabila kenyataan Majlis Gereja Malaysia, yang disokong oleh Persekutuan Kristian Malaysia, mengatakan “Kami ingin mengulangi pendirian bahawa (penganut) Kristian Malaysia menggunakan perkataan Allah dalam Injil bahasa Melayu dan pengabdian hidup mereka sejak berabad lamanya” Setiausaha agung Rev Hermen Shastri dari CCM, Majlis Gereja Malaysia, maka apakah masih valid kenyatan YB Lim, bahawa ini adalah masalah BN dan hanya bertujuan Politik?

Persoalan, apakah lakaran hari esok yang ingin dilakukan dengan konflik sebegini? 

Ke arah mana tuntutan ini ingin dibawa? Dan apakah border yang mereka ingin pecahkan lagi? Konflik yang mereka bisa timbulkan selepas ini?

Apakah ‘mileage’ Politik yang boleh dapat? Apakah ‘mileage’ dalam agama Kristian terhadap isu ini? Apakah ‘mileage’ umat Islam diMalaysia dalam isu ini juga?

Set soalan diatas adalah untuk bertanya apakah hari esok bagi Malaysia dalam tuntutan sebegini, dalam konflik yang ditimbulkan dalam keadaan sensitiviti dan pegangan sebahagian yang lain akan tercabar.

———————4———————-

Baik, jadi disini untuk tengok konflik dengan lebih jelas, boleh diduksikan konfliknya antara dua sudut Masyarakat Muslim yang selesa dengan Allah sebagai hak milik mutlak agama Islam ataupun tuntutan minoriti  Kristian yang ingin menggunakannya.

Dalam dua pihak ini, mana yang leibh betul? Mana yang lebih utama?

Persoalaan yang perlu ditanya :

Adakah jika meraikan kehendak pihak pertama akan menafikan keperluan dan hak pihak kedua?

Ataupun meraikan kehendak pihak kedua akan menafikan keperluan dan kehendak pihak pertama?

Siapa yang sepatutnya bertoleransi disini? Atas asas apakah toleransi tersebut sepatutnya dibuat?

———————5———————

Kesimpulan perbincangan ikutlah pembaca nak fikir macam mana, saya tak suka nak gaduh – gaduh siapa betul siapa salah, yang penting berfikir secara lebih luas dan terpandu, dari terus bermain dalam percaturan sesiapa pun diluar sana. Berfikir! sila fikir!

Namun pandangan peribadi saya dalam perihal ini, untuk Umat Islam bertoleransi, maka bayarannya jauh lebih mahal dari Kristian bertoleransi dalam hal ini. Kenapa?

Kerana 3 sebab :

  1. Bilangan mereka yang lebih ramai sepatutnya diambil kira sebagai faktor, nilai bayaran yg perlu ditolerankan.
  2. Kerugian dari segi praktis, Praktis Kristian pada asalnya sudah tiada Masalah tidak menggunakan Nama Allah, jika ada masalah minta nyatakan bukti ianya bermasalah, namun apabila praktis diubah, maka praktis dalam Agama Islam yang selama ini menggunakan Allah sebagai hak multak milik mereka diubah kepada hak bersama, bakal menimbulkan isu dikalangan pengikutnya, ditambah dari segi praktis terlalu ramai yang menolak penggunaan oleh agama kristian.
  3. Jika toleransi dilakukan oleh Orang Islam maka ianya akan melanggar terlalu banyak ‘jurisdiction’ yang ada. Malah perlaksanaan sedia ada, terbukti keharmonian antara Kristian dan Muslim wujud, dan dalam beberapa kes yang tiada jurisdiction yang jelas dalam perihal ini, seperti diIndonesia, ketegangan Agama biasa muncul. Tiada selepas sesebuah prinsip dan jurisdaksi berubah melainkan kekabusan apakah selepasnya? Mengapa perlu ubah dan ambil risiko ini?

——————–6——————–

Antara paradoks sistem demokrasi adalah yang mana satu akan didahulukan apabila pertembungan kehendak berlaku?

Hak majoriti atau hak individu? kerana kononnya secara idela, ianya bisa menjaga hak majoriti dan dalam masa yang sama hak individu dari sudut kebebasan semua ada!

Namun dari sudut praktis tidak pernah berjaya pun idealisma yang disebutkan, maka siapa yang cenderung kepada hak individu akan melihat majoriti membuli individu!

Manakala sesiapa yang cenderung kepada hak majoriti akan melihat minoriti boleh buat ikut suka hati! Bak kata Mirwana

“Beza persepsi disana-sini”

Walaupun secara masyarakat maju dan bukan ‘gaya mundur’ akan rujuk undang – undang, namun polemik diatas akan tetap muncul, yang cenderung kepada sedikit akan kata “Ini undang – undang dulu yang mambuli” adapun kepada yang tidak memihak kepada yang cenderung kepada ramai “Ini undang – undang hutan yang semua orang boleh buat suka hati!”

Penyelesaiannya walaupun diawal saya katakan tak nak rujuk Undang – undang Islam, saya akan katakan Islam penyelesaian.  Jawapan bagaimana Islam menyelesaikan kemelut ini, nantikan dipos lain 🙂

Namun dalam kes ini, bukankah tidak semua tuntutan perlu dilayan? , kerana mempunyai kekuatan untuk menerima kehendak sesuatu pihak dan menolak sesuatu pihak tanda kematangan dan kekuatan sesebuah entiti,

Apatah lagi jika diimbangkan kesan dan konflik yang bakal ditimbul? Bukankah lebih bijak jika Pihak Kristian mengikut uruf dan perlaksanaan disemenanjung yang sekian lama tidak bermasalah dalam perihal ini?

Dan jika ingin dilayan bukanlah melalui propaganda yang melarut dan hanya menimbulkan konflik demi konflik, kalau benar – benar nak ubah ikutlah sistem yang ada, melalui ‘Jurisdiction’, kuasai Parlimen 2/3, Ubah Perlembagaan melalui sistem yang ada, dan ubahlah secara baik dengan gaya baik, ops ! adakah itu tujuannya? Mungkin ye, mungkin tidak.

Yang penting jangan terlalu cepat buat konklusi ye atau tidak, berjaga – jaga itulah yang terbaik. 

Dan jangan naif dengan menyangka semuanya akan berjalan mengikut kehendak kita, jangan naif bahawa kita kebal ditipu, kerana dalam politik “Manusia ini terlalu mudah melayan nafsunya, hinggakan si-Penipu takkan kering dengan penipuannya” – Machiavelli

Tahniah kepada yang berprinsip, kuat dan berfikir, semoga kita semua tidak ditipu dengan mudah dan mampu mencipta masa depan kita dengan lebih matang dan mengurus konflik disepanjang jalanan dengan lebih maju. Adapun kepada yang nak komen dengan emosi – emosi dan segala macam caca merba, jauhilah sifat tersebut, ianya hanya akan memalukan diri walaupun tak terasa malu sekarang suatuharinanti perasaan malu tersebut akan datang seperti seorang budak kecil yang ketika menjerit ditengah pusat beli belah “nak mainan power rangers!” takkan rasa malu, tapi andai ianya dirakam dan dimasukkan ke youtube, bila besar  nanti dan terjumpa video tersebut akan menjadi tersangat malu, apatah lagi kalau ianya ‘viral’ dan siakhirat semua perkara menjadi ‘viral’.

*teori pengurusan konflik dicedok terus dari Interpersonal Conflict – William Wilmot and  1972

*insya’allah komen membina sentiasa dihargai! Syukran. 

Advertisements

One comment on “Isu Kalimah Allah – Politik, Agama, atau apa?

  1. JIWA HAMBA berkata:

    Reblogged this on jiwa_hamba.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s