Salah faham terdasyat terhadap Undang2 Islam?


statusBaru – baru ini, menulis status seperti diatas.

Alhamdulillah banyak respon positif, ada yg komen, dan ada yg PM berjela – jela. Alhamdulillah.

Namun, ada juga yg skeptik seolah saya tiada kelayakan untuk menjawab apa – apa isu yg dikemukan.

Takpalah, insya’allah saya akan cuba menjawab dengan sekadar B.A Syariah, dan beberapa kerat Ilmu ketika mengambil Master Syariah dimesir.

Adapun, jika saya tidak mampu menjawab persoalan tersebut, saya akan mengatakan tidak tahu.

Majoriti berkisar sekitar ketidak releven Undang – undang Islam.

Boleh jadi kerana pada bayangan ramai (bukan yg musyarakah, tapi selain mereka), ianya dihasilkan dari seorang Ulama’, kemudian beliau istinbatkan maka semua kena ikut! Dan seolah pengurusannya adalah seperti pengurusan Majlis Fatwa mungkin.

Namun hakikatnya proses yg perlu diambil bukanlah mudah.

Proses yang disebut diatas hanyalah paling tinggi pun 25 peratus dari proses sebenar.

Untuk sebuah undang2 lulus dan dilaksanakan, ianya perlu melalui proses sebagaiman mana2 undang2 didunia,

Perlu melalui Parlimen (majlis tasyrie) dan seterusnya dinilai perlaksanaan oleh Kabinet (majlis tanfizi) dan dipatah balik ke Majlis Tasyrie, dan diapatah balik semula, dan kemudian barulah boleh dilaksanakan selepas ianya menjadi Rang Undang – Undang yang lengkap dengan akta sekian dan sekian.

Itupun setelah dilihat semula secara penuh semua undang – undang supaya tiada pentafsiran tambahan perlu dilakukan untuk mengelakkan kesalahan atau pertembungan dalam penghukuman.

Malah Jurisdiction setiap rang juga menjadi isu utama.

Begitulah ke akhirnya proses yang berlaku, yang mana Khalifah Umar memulakan proses sedemikian dan kemudiannya diikuti oleh Ulama’ – Ulama’ selepasnya.

Maka disitu ada perbezaan Para pemimpin(yg sebahagian besar adalah ulama’, dan sebahagian besar lain adalah Mujtahid sendiri) dan para Ulama’ yang menasihati, kerana proses yang dilalui bukanlah sekadar keluar fatwa jadi undang. 

Begitulah ke akhirnya.

Berniat nak tulis panjang, cuma masa mencemburui.

Insya’allah komen dan pandangan semuanya diambil, kerana selepas ini mungkin akan menulis tesis master disekitar perihal diatas.

Wallahua’alam

sekian.

*rujukan Nizom Qodhoi fiIlslam – Syeikh Nasr Farid Waseel, bekas mufti Mesir, dan bekas ketua ulama’ Azhar

*peperiksaan ulangan kali keempat subjek yg sama 14/1, mohon doa para sahabat

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s