Malaysia paling korup didunia ? ye ke?


Terbaru The Wall Street Journal telah memasyuhurkan Transparency International Index tentang teruknya Rasuah apabila persaingan dalam perniagaan dan trade berlaku.

Yang menariknya, ramai terus mengambil perkara ini dan mengutuk negara kita seteruk-teruknya dipentas facebook, mahupun dipentas-pentas lain, macam negara kita ni paling teruk didunia dalam isu rasuah.

Saya hanya mampu tersenyum dan berbisik dalam hati, mungkin sebab mereka tidak pernah duduk diIndia, Indonesia mahupun Mesir yg rasuahnya jauh lebih teruk dan berdarah daging.

Alhamdulillah, ada sedikit masa membaca tentang perkara ini, walaupun sumber untuk laporan diatas hanya boleh dijumpai di WSJ, namun syukur kerana ianya pembuka jalan untuk memahami isu korupsi dengan lebih mendalam dan meluas dengan merujuk sumber2 lain, samada dari Transparensy International sendiri, IDEAS, The Economist dan lain – lain pihak yg sibuk membincngkn isu Korupsi secara umum, dan secara khusus diMalaysia.

Kesimpulan pembacaan saya ada 3 perkara :

1. Index diatas adalah index yg tempang, kerana ianya perlu difahami dalam beberapa konteks lain, antaranya :

  1. Sejauh mana budaya kerja dan kemahiran  sesebuah negara meng’halalkan’ rasuah, 
  2. Sejauhmana ianya difahami dalam konteks CPI (Corruption Perceptions Index) yg mengukur sesuatu persepsi terhadap korupsi secara umum.
  3. Sejauhmana difahami hubungan Persepsi terhadap korupsi dan Index yg lahir.

Perkara pertama  : Kemahiran ‘menghalalkan Rasuah’

Perkara pertama yang mengejutkan saya apabila melihat index ini adalah tiadanya Mesir dalam senarai tertinggi.

Dimana diMesir hampir setiap perkara perlu untuk rasuah, dari parking kereta, mendapatkan Visa, membawa barang pulang ke Malaysia, disetiap sempadan tol, dan juga hampir setiap perniagaan melibatkan rasuah!.

Tapi mungkin tidak termasuk diatas, kerana ianya terlalu biasa dan common hinggakan ianya tidak dijadikan persepsi sebagai rasuah.

Begitu juga negara2 maju diEropah dan Amerika Utara. Disebabkan kekuatan mereka legalise Rasuah, maka ianya sukar untuk dibuktikan sebagai rasuah kerana hitam putih menggambarkan ianya adalah ‘normal transaction’. Nak tahu sumber, kalau google pun insya’allah akan jumpa sumber yg konkrit dari badan2 pencegah rasuah disana.

Kedua : CPI

CPI akan menggambarkan rasuah secara umum. Dan yang paling pelik ketika mencari sumber diatas, endingnya semua diWSJ walaupun dia mengatakan ianya dari Transparency International.

Apa yang ada diTI hanyalah CPI dan perakra yg lebih solid berbanding sebuah survey seperti diatas.

Dalam erti kata lain, untuk membina persepsi bahawa Malaysia paling teruk tidak mudah, ianya perlu kepada data2 lain yang menyokong perkara tersebut, dan data yg lebih menyeluruh mengatakan Malaysia ditangga 54 dari 174 Negara.

Bererti ianya tidaklah PALING TERUK namun tidak dinafikan ianya sebuah barah dalam masyarakat, nak mudah faham, kita katakan ianya Cancer stage 1 atau 2, walaupun harapan masih ada, namun ianya tetap Cancer, sebuah sakit yg sangat ditakuti oleh manusia.

Ketiga : Hubungan Persepsi dan Index

Perlu difahami, apa yg direkodkan adalah persepsi masyarakat terhadap sesuatu isu, dan dalam kes ini persepsi terhadap korupsi.

Maka yg menariknya dalam laporan IDEAS beliau argue mengenai SEBAB persepsi tersebut muncul, lebih dari melihat ranking dan mula bina perspsi dari ranking semata – mata, keraan argumen mereka – benarkah korupsi benar2 teruk? atau persepsi yg lebih – lebih.

Maka bagi pandangan mereka, antara punca utama persepsi korupsi diMalaysia meningkat adalah kerana semua komponen politik diMalaysia menuduh lawan masing – masing dengan rasuah. Maka index meningkat dengan lebih hangatnya politik tuduh – menuduh dan bakar – membakar mengenai rasuah.

Tanpa menafikan rasuah yg wujud, namun argumen disini adalah adakah benar rasuah semakin meningkat mendadak? atau sekadar persepsi masyarakat terhadap korupnya Malaysia itu yang mningkat?.

Bagi mereka yg nak main propaganda semata ,maka soalan ini tidak releven, namun mereka yang ingin menyelesaikan masalah akan melihat soalan in iadalah kritikal, kerana membesarkan isu lebih dari hakikat dan dos masalah tersebut, biasanya tidak membantu menyelesaikan masalah pun, malah hanya meletak manusia dalam doubt dan bertambah masalah.

Dan disitu, perlu difahami bahawa survey yang dilakukan bukan diNegeri yg Parti pemerintah memerintah sahaja, malah ramai responden dari negeri dibawah pemerintahan Pembangkang juga, menguatkan lagi argumen diatas.

Kesimpulan

Saya sangat tidak suka main ‘the blaming game’ yg tidak akan menyelesaikan masalah. Namun saya tegaskan disini agak kecewa dgn sikap sebahagian kita terhadap negara sendiri.

Walaupun tidak suka dengan parti pemerintah sekalipun, janganlah mudah – mudah telan kutukan, kritikan, dan tuduhan yang menggambarkan negara kita teruk.

Kalau sayangkan negara, pasti terasa kalau orang kutuk lebih2 negara kita, sama kesnya kalau Harimau Malaya dikutuk habis – habisan, pasti kita pertahankan, ini bukan isu BN ke PR ke, sila lihat ianya sebagai isu Malaysia.

Namun saya tidak menyeru menjadi naif dan menafikan korupsi yg berlaku. Namun tuduhan Index tersebut yg mengatakan paling teruk itu saya tidak boleh terima bulat -bulat kerana ianya tuduhan yg berat.

Saya ulang untuk mudahkan pemahaman :

“ianya tidaklah PALING TERUK namun tidak dinafikan ianya sebuah barah dalam masyarakat, nak mudah faham, kita katakan ianya Cancer stage 1 atau 2, walaupun harapan masih ada, namun ianya tetap Cancer, sebuah sakit yg sangat ditakuti oleh manusia”.

Ingat menerima bulat – bulat tuduhan dan kritikan orang juga adalah tanda seorang yg naif, sebagaimana menafikan realiti juga adalah naif.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s