Gaza Mengubat minggu tertekan! – kisah bersama Syeikh Salim Ahmad Salamah


wallpaper terbaru edisi penguat imtihan

1. Minggu ini minggu yg paling tertekan dalam sejarah peperiksaan yang pernah dilalui.

2. Masakan tidak, 2 subjek yg dibawa dari sem lepas elok2 sahaja tersusun berderet, menjadikan hari peperiksaan RABU, KHAMIS, SABTU dan AHAD.

Ertinya, perlu menghafal dan faham hampir 600 m/s yang detail perlu dihafal dan difahami dan ditempuh dalam masa 4 hari.

Oh tidak dilupai 3 Assignment yg pelru disiapkan.

3. Ditambah, pula soalan untuk 3 subjek yg baru lepas memang cukup membunuh, sebahagian soalan adalah dari hamish (nota kaki) buku!. Malah ketika ujian lisan, Profesor bertanya soalan luar dari buku dengan detail. Maka duduklah 15 minit berbahas bersama Profesor dengan harapan banyaklah jawapan beliau terima, walaupun dari riak wajah dia “Kamu ni kena banyak baca kitab lagi”….

4. Ikutkan hati, nak sahaja dilayan perasan tertekan itu, namun Allah mengubati dengan memebri pengajaran dengan serpihan bom diGaza yang terus melukai hati.

5. Ingatkan Gaza, dalam curi – curi masa, tengoklah gambar – gambar mereka yang syahid disana.

6. Sedang membelek2 gambar, ternampak sebuah susuk tubuh yang cukup ‘familiar’ mengimamkan Solat jenazah Para Syuhada’.

7. Fikir – punya fikir, Ah itulah Syeikh Salim Ahmad Salamah ! 

8. Ketika program Al-Quds tempoh hari, berpeluang berjumpa beliau yang merupakan Ketua Persatuan Ulama’ Gaza, dimana dibawah beliu terdapat ratusan Ulama’ bermula dari degree hinggalah ke Profesor dibawah persatuan tersebut.

9. Terus teringat sembang2 bersama beliau. Sedang kami duduk berdua, saya mulakan bicara selepas taaruf dengan bertanya soalan paling simple, Apakah peranan Ulama’ diGaza.

10. Namun jawapannya tidak simple, berjela panjangnya, dan membuka ufuk yg cukup luas bagi seorang penunutut ilmu agama, namun akan dikongsi dipost yang lain hehe

11. Namun dicelah perasaan beratnya beban itu, saya mencelah syarahan Syeikh dan berkata “Oh beratnya tanggungjawab Ulama’ diGaza” celahan yang pada hemat saya celahan yang biasa dan tidaklah mempunyai kesan signifikan dalam perbincangan. Namun saya silap.

12. Syeikh tersenyum pelik dan berkata “Bukankah kita satu umat” saya bertambah pelik, ini macam tukar topik. Ye lah, tengah sembang pasal peranan Ulama’ tiba2 pasal Ummah yang satu.

13. Beliau menyambung dengan senyuman yang sama ”Maka peranan kamu tidak kurang dari peranan saya”.

14. Dunia menjadi sepi buat diri saya ketika itu.

15. Ingatkan dah peduli dan prihatin isu Gaza, namun hakikatnya perasaan satu umat itu masih lemah dan malap didalam hati, hinggakan bila berjumpa dihadapan secara tidak sedar nilai sebenar hati kita terbongkar, lemahnya diri terpancar dengan jelas, bahawa ketika bersembang berhadapan, masih ada bibit dan kotoran dalam hati mengatakan itu hal mereka dan aku hal aku!

16. Walaupun perkataan beliau pendek, namun hingga kini, kalau teringatkan pesanan itu, tiada istilah lemah patut dipakai. Dan apalah sangat tekanan exam straight dari straight depan mata seorang – seorang syahid.

Tiap kali tertekan, terus jiwa bermuhasabah seperti muhasabah ketika sangat bersama Syeikh Salim, adakah mungkin masih dalam diri ini pentingkan diri dan merasakan hal aku adalah hal aku, dan isu dunia adalah isu mereka. 

Semoga Allah selamatkan diri dari pentingkan diri, dan takabbur..

wasalam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s