Tengok gambar sendiri dan ‘Perasan’ !


‘Desktop dengan tema kuning untuk menyemarakkan mood studi’

saya suka tengok gambar diri sendiri,

Untuk ‘perasan’lah! Apa lagi!

1. Bukankah baik jika kita ni’perasan’! Perasan kita ni hebat! Perasan kita ni sekian dan sekian!

2. Bila kita perasan beberapa perkara akan merangsang kita. Kita akan yakin diri, kita akan lihat suatu perkara yg kita tiada sebagai ada, kita akan sedikit bermimpi dan membina nilai self esteem yg tinggi.

3. Namun, masalah yang timbul adalah apabila kita berhenti disitu, dan tidak tengok semual gambar tersebut buat kali yang kedua.

4. Lihat lebih dalam, anda akan dapati ianya gambar anda pada hari semalam, bahawa gambar itu adalah diri anda yang lama, yang sudah anda ubah.

Namun tengok balik, adakah dia manusia sama yang bernafas hari ini? Jika ya maka anda tidak berubah, dan termasuk mereka yang :

  1. Berangan disiang hari ataupun……
  2. TERTIPU ! MAHBUUUN! Tertipu bahawa anda semakin tua semakin banyak pengalaman, tertipu anda semakin berilmu, tertipu anda semakin hebat, tertipu anda semakin dekat dengan syurga! Tertipu! tertipu! dan Tertipu!

5.  Maka kesimpulannya tengoklah gambar diri sendiri setiap hari, banyakkan tengok untuk mencapai dua perkara :

  1. Cita – cita yang ikhlas, aku ingin capai sesuatu dalam hidup, mencapai suatu yang signifikan yang bakal mengubah dunia, malah tidak sanggup membiarkan hidup aku seperti biasa, bangun pagi tidur usrah, qiyam dan baca sikit – sikit, dengan etika sebegina dunia takkan berubah! dan kewujudan aku adalah hampeh!
  2. Muhasabah! adakah cita – cita itu semakin dekat? Malah tiada jalan untuk dekat dengan mana2 cita melainkan PERUBAHAN!! Memastikan setiap hari bertambah, setiap hari bila melihat gambar tersebut aku sudah meninggalkan dikau wahai diriku yang lama!!

Yakinlah, jika anda tidak perlu berubah,  pasti cita – cita itu sudah berada ditangan anda dan bukanlah suatu yang perlu dikejar.

Mengapa ianya tiada ditanganmu? Kerana anda masih diri yang lama, semakin banyak kita merubah diri, semakin hampirlah pada cita – cita. Ramai yang melakukan kesilapan dengan mengganggap untuk mencapai cita – cita hanya perlukan masa dan kemampuan teknikal seperti wang, namun bila dilihat balik halangan utama adalah diri kita dan bukan teknikal.

Semoag berubah! Maka apa yang anda akan ubah esok supaya berbeza dari hari ini?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s