Tips fokus studi!


Untuk kekal kuat dalam studi memang satu cabaran!

Isunya adalah, dalam jadual kita rancang studi 3 jam, tapi bila tengok hasil adalah hasil studi 15 minit!

Berikut beberapa tips ringkas untuk memastikan stamina fokus berjam – jam studi 🙂

1. Untuk fasa ketiga sebelum pulang ke malaysia, yg memerlukan stamina studi dan menuntut ilmu yang tinggi beberapa perkara telah ana buat, atas tujuan mengekalkan mood untuk jangka masa panjang :

1. Tukar alas meja pakai kad manila 50sen warna kuning terang untuk memberikan mood semangat dan tidak lemah diri.

2. Tukar susunan buku dan barangan atas meja. supaya dirasa perubahan yang kita lalui.

3. Tukar langsir depan

4. Bersihakn lampu untuk lebih pencahayaan, amat penting, kerap saya lihat ramai tidak pedulikan faktor pencahayaan, hasilnya belajar cepat boring, mata cepat penat, bila mata cepat penat otak akan cepat ngantuk, sekali lagi saya tekankan, belajar dibawah cahaya yang terang.

5. Tukar wallpaper dinding dengan , print beberapa collage dengan ayat meletakkan balik target hidup.

2. Seterusnya, untuk ritual sebelum studi, tujuan ritual adalah untuk memastikan fokus kita adalah pada apa yg kita inginkan! Pada apa yg kita hidup untuknya dan bukan sekadar studi2 kosong macam UPSR yg sekarang pun kita mungkin kurang menghargai keputusannya.
Untuk ritual sebelum studi :

1. Beri hak pada badan, dengan senaman ringan, mandi, pakai baju cantik – cantik, shave muka comel2, pakai minyak wangi, siapkan air masak, dan kopi atau teh jika perlu.

30 minit jangan kurang.

2. Pastikan ambil masa 10 – 15 saat, Pejam mata. Tekad! Tajdid niat! tekad semula! janji pada diri akan studi 2 jam baru rehat!!

3. kekalkan Mood dengan secawan kopi setting mood!

3. Untuk ketika studi, dimana untuk berjam – jam studi perlukan perkara berikut :

1. Pastikan berbotol2 air masak untuk diminum. Semakin banyak minum semakin segar!

2. Quran diatas meja pembakar semangat, kalau leka, tengok quran terus ingat fokus balik, ingat tujuan tengok Quran kena ingat baca buku macam baca Quran kena khusyu’ dan ikhlas baru dikira Ibadah! Belajar juga Ibadah!

3. Studi! Studi! Studi! rasailah setiap kalimah ilmu makin bertambah! dengan ilmu makin bertambah makin jelas kejahilan! Itu hakikat ilmu, jadi makin studi rasa makin boring maknanya samada :

  1. Tak faham apa yg dibaca
  2. Tak faham tujuan satu – satu ilmu dipelajari

Insya’allah semakin banyak studi keinginan untuk makin studi sepatutnya meningkat, ditambah dengan hati yg merasakannya ibadaha yng makin dekatkan diri ke Syurga 🙂

Selamat mencuba!

*terima kasih kepada akh Soleh yg bertanya, sedikit pesanan ringkas dalam sela masa rehat pomodoro 🙂

Advertisements

2 comments on “Tips fokus studi!

  1. haziq daniel berkata:

    shukran ustaz, kad manilla 50 sen tu utk boleh conteng2 ke?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s