Syarat berangan/bermimpi


1. Ketika saya tingkatan satu, saya ada seorang rakan bilik yang unik.

2. Mengapa unik? kerana apabila ditanya apakah hobi beliau, beliau menjawab dengan nada selamba,

AKU SUKA BERANGAN !

Jawapan yang simple dan mudah.

3. Dan apabila saya melihat dihadapan cermin, saya dapati itu juga boleh dikatakan hobi saya juga! 

4. Bagi saya berangan atau bermimpi merupakan suatu yang menarik dan membina skil berfikir.

Saya dapti mereka yang kuat bermimpi mampu menolak dirinya ke suatu tempat yang tidak terfikir jika seseorang meletakkan hidupnya hanya pada aturan kehidupan, seolah apa nak jadi  jadilah!

5. Malah lebih teruk ramai yang meletakkan takdir apa yang berlaku itulah yang sepatutnya!

6. Seperti seorang yang tidak pernah bermimpi untuk straight A SPM takkan mampu untuk dapat straight A dalam SPM..

7. Namun dahulu saya juga bermimpi untuk mendapat straight A, namun tidak tercapai, malah Bahasa Arab mendapat C

8. Malah terlalu banyak mimpi tidak tercapai, sehinggakan ianya seolah angan – angan kosong!

9. Ramai tereprangkap dalam kemelut itu, termasuklah saya sendiri, dan dalam keadaan itu, kecenderungan untuk menyalahkan sikap berangan dan bermimpi adalah tinggi.

Dan kita akan mula berhenti bermimpi.

10. Namun rupanya aturan Allah cantik, setiap perkara ada pasangannya.

11. Apabila Allah mencipta mimpi, Allah mencipta juga realiti.

12. Kita perlu sentiasa cengan realiti yang berlaku setiap hari, realiti yang berlaku setiap minggu, realiti yang berlaku setiap bulan, malah realiti yang mungkin berlaku esok, lusa, minggu depan, bulan depan hingga tahun depan!

13. Dengan menggarap realiti kita mampu untuk menjelmakan mimpi ke realiti.

14. Dan semua itu berlaku dengan PERUBAHAN.

15. Realiti takkn berubah melainkan selepas kita PAKSAKAN perubahan itu.

16. Disini perana tarbiyah dan perubahan diri. 

17. Bermula dengan ubah persepsi, hinggalah sikap berubah. Bina persepsi pada diri bahawa aku adalah seorang yang hebat, kemudian bina sikap dan rutin ke arah itu. 

18. Memang sukar kerana stiap hari kita melihat masa silam kita, namun pejam mata bermimpi dan ketahuilah jika kamu rasa kecil dan lemah, persepsi itu bemrula dari diri sendiri, maka SEMUDAH itu, dengam memberi perspsi baru pada diri kita mampu untuk berubah!

19. Kesimpulan, syarat untuk bermimpi adalah jangan bermimpi kosong sahaja, tapi bermimpilah sesuatu yang bakal mengubah diri, dan bakal mengubah dunia.

20. Dan syarat kedua, jangan lebat / terbakar / semangaqt dalam kepala sahaja, PAKSAKAN, TEKANKAN ianya kedalam realiti, semakin mencabar mimpi tersebut makin kuatlah tekanan dalam hidup, dan makin hebatlah seseorang itu.

wasalam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s