Ramadhan yang gemuk – Rahsia terus menggemuk dibulan Ramadhan


Terlalu biasa pada hari ini apabila dilihat masjid diawal Ramadhan penuh, diakhirnya kosong, atau bacaan Quran diawalnya berjuz-juz, diakhirnya hanya helaian.

Fenomena ‘semangat awal-awal’ pada bulan Ramadhan bagi pandangan saya adalah perkara biasa dan bukanlah sesuatu yang pelik.

Ramai yang cuba merungkai sebab dan punca isu ini berlaku, namun bagi pandangan saya tiada lebih tepat untuk menggambarkan hakikat kelesuan ini melainkan kerana berlakunya Ibadah dua hati.

Yang dimaksudkan Ibadah dua hati adalah “Tatkala seseorang hamba itu beribadah, didalam hatinya masih kekal dua perkara, iaitu Jahiliyah dan Islam, masih kekal dua cinta iaitu cinta Allah dan cinta Makhluk, masih kekal dua keutamaan Dunia dan akhirat”

Malah ibadah yang sepatutnya menjadikan seorang hamba semakin cintakan Islam, semakian cintakan Allah dan Akhirat, tidak berlaku.

Maka dalam keadaan badan penat berterawih 20 rakaat selama sejam setengah, dalam masa yang sama dunia kekal didalam hatinya.

Dalam ketika membaca Al-Quran sebanyak sejuz, maka dalam masa samalah kepalanya masih memikirkan apakah nasibnya didunia seperti bagaimana kerja yang tertunggak, bagaimana keputusan peperiksaan, bagaimana dan terus bagaimana tentang keadaan dunianya!

Berapa ramai daripada kita, yang pada mula Ramadhan bukan sahaja bertekad ingin solat 20 rakaat terawih, tetapi bertekad juga ingin khusyu’ dalam 20 rakaat terawih?

Berapa ramai daripada kita bukan sahaja tekad membaca sejuz Al-Quran namun tekad menghayati dan mengamalkan sejuz itu?

Mereka yang bijak memahami bahawa Ramadhan perlukan nafas yang panjang untuk kekal istiqamah kuat beribadah didalamnya.

Dan rahsia kekal kuat didalamnya, tidak lain hanyalah seperti nukilan saya diatas, apabila ibadah kita dari mula Ramadhan mula mengesani kita.

Disitu momentum keseronokan dalam beribadah akan terbina!

Seperti seorang yang gelojoh makan makanan yang banyak, maka dia takkan mampu untuk konsisten dalam gelojohnya!

Namun mereka yang makan banyak namun dengan kadar yang tidak gelojoh, malah menghayati tiap titis gula yang manis didalam makanannya, tiap keserasian rasa yang diimbangkan antara rasa masin – manis – dan masam, malah uraian-uraian rempah yang seimbang dengan kelemakan susu atau santan didalam masakan, maka mereka yang menghayatinya akan mampu untuk konsisten makan dengan banyak!

Berbeza mereka yang gelojoh dengan makanan, hinggalah hilang kesedapan dan kemanisan makanan tersebut takkan mampu konsisten dalam gelojohnya, kerana itu jika dilihat bazaar Ramadhan dihujung Ramadhan juga kelihatan seperti pesta Ibadah itu sendiri, makin lengang dan sepi.

Rajin – rajinlah bertanya sebelum ibadah “Apa nak jadi dengan aku selepas Ibadah ini?”

dan rajin – rajinlah bertanya selepas Ibadah “Seronok ke tak seronok aku tadi?”

Semoga usaha kita menjadi “gemuk” pada bulan Ramadhan berjaya hingga ke akhirnya, dan tidak menjadi hangat-hangat tahi ayam yang tidak akan mampu untuk gemuk kerana sudah gelojoh dimulanya hinggakan naik muak dan loya dengan kesedapan yang ada dibulan ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s