Kisah Syeikh Abdul Sattar dengan Petani (khas untuk para huffaz)


Apabila Syeikh ABdul Sattar mula menjejak kaki ke Universiti, maka kesebokan beliau dalam ilmu lain semakin meninggi, hinggakan beliau tidak sempat mengulang Quran seperti biasa.

Serba sedikit ini memberi kesan kepada hafalan beliau, namun apakan daya kekangan masa yang ada menjauhkan beliau dari idealnya kekal dengan ulangan seperti sebelum melangkah ke menara gading.

Suatu hari, beliau pulang ke kampung beliau Itai Barud, lebih kurang 20 kilometer dari bandar Tonto dan 30 – 40 KM dari Iskandariyah.

Dalam perjalanan beliau tersempak dengan seorang Petani yang mengenali beliau.

Maka dengan sapaan mesra seperti biasa mereka mula berbual.

Tengah rancak berbual, petani tersebut teringat tentang ayat menceritakan tentang si fulan dan si fulan, maka bertanya kepada Syeikh Abdul Sattar,.

Dengan tenang Syeikh Abdul Sattar cuba mencari ayat tersebut dalam hafalannya.

Cari punya cari, tidak berjumpa juga.

Setelah agak lama mencari tidak juga berjumpa, akhirnya beliau menyerah dan berkata kepada Si Petani yang miskin itu “Aku tidak ingat”

Dengan muka yg marah bercampur kecewa si Petani tersebut berkata kepada Syeikh Abdul Sattar “Tahukah kamu nilai Quran bagi seorang Syeikh!”

Syeikh Abdul Sattar termenung sebentar.

Maka sambung Petani “Ia ibarat kebun bagi Petani!” 

Suatu misalan yg difahami dengan mendalam oleh Syeikh Abdul Sattar!!

Ertinya seorang petani akan hilang fungsinya jika tiada kebun, malah akan hilang nilainya jika kebunnya rosak atau dibiarkan begitu sahaja.

Begitulah juga pada mereka yg menghafal Quran, jika dibiarkan tidak dijaga, sebenarnya beliau hanyalah seorang hafiz yg rosak, dan hilang peranan!!

———————————

Tatkala itu dimanakah nilai usaha menghafal yg telah dilakukan pada awal dahulu!

adakah sekadar gelaran seperti seorang Petani, namun bila dilihat kebunnya, jelas bahawa dia seorang petani yang malas dan cuai!

Allhummarhamna bilquran, Allhumma zakkirna minhu ma nusiina….

Allhumma ij’alha hujjatallana wala alaiaina…

Allhumma ij’alha hujjatallana wala alaiaina…

Allhumma ij’alha hujjatallana wala alaiaina…

Yaa rabbb

*sumber –

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s