Ikut-ikut dipagi Raya


tak ramai tahu kenapa gembira masa hari raya?

Cuba tanya pada diri dan orang ramai, ramai akan menjawab dengan jawapan yang tidaklah konkrit sangat, mungkin yang kuat sikit dengan menyatakan ‘persaudaraan’ berjumpa dengan sanak saudara, dan sebagainya.

Namun, untuk mengatakan ianya tidaklah konkrit sangat mudah sahaja, kerana jika diukur tahap kegembiraan yang dituntut atau dilakukan dengan sebab untuk gembira, maka ianya nampak kurang memuaskan.

tahap gembira > lebih besar > sebab gembira

Ialah, bayangkan keadaan gembiranya semua ketika itu, dengan baju raya baru, dengan nasyed raya baru, dengan movie raya baru dan macam2 lagi. Teringat zaman kecil-kecil dulu kalau time rayalah dapat baju baru, selain raya mmg susah untuk dapat baju baru.

Tanpa menafikan bahawa ianya adalah sunnah, namun maksud atau mengapa nabi suruh kita berpakaian baru cantik dan bermcm2 lagi budaya gembira, itulah persoaalannya.

———————————-

Namun jika kegembiraan yang disambut adalah simbolik kembali kepada fitrah, maka ianya sangat patut.

Apabila ianya menjadi seolah kita dibebaskan dari api neraka, dan seolah syurga melambai kepada kita, maka ianya adalah sangat patut untuk bergembira sedasyat itu.

Jadi kesimpulannya, nak seronok pada hari raya bermula pada hari ini, bukan dengan shopping, tapi dengan pesta ibadah

Barulah bila gembira masa hari raya, kegembiraan tersebut berjalan dengan sepatutnya, dan bukan sekadar ikut-ikut.

 

Tidak salah, untuk gembira pada hari raya, tapi mengapa tidak bergembira dengan lebih ikhlas 🙂

 

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s