buat macam nak kahwin je…


Ramai bertanya, bagaimana nak sambut Ramadhan dgn baik?

Bagi saya mudah sahaja, cuba sambut seperti ingin sambut perkahwinan anda!

Ertinya, bila nak kahwin, pasti setiap manusia risau tentang persiapannya, dari sudut teknikal, mental, jiwa dan lain-lain.

Maka setiap sudut diperhati dan diteliti, malah begitu teliti sehinggakan sesetengah tu, memerlukan ratusan tenaga untuk menjayakan sambutan raja sehari.

Namun adakah Ramadhan disambut sebegitu rupa?

Kalau perkahwinan, kita berusaha memeriahkannya, bermula dengan ‘wedding wire’ , kemudian baju berwarna apa, ilmu apa perlu dituntut, perubahan jiwa apa yang diperlukan, muhasabah diri untuk menerima pasangan baru dan sebagainya..

Begitu rapi dan cermat.

Sebarang kesilapan adalah sesuatu yg sangat besar.

Apabila tiba Ramadhan, yg mana semua maklum boleh jadi Ramadhan terakhir, adakah persiapan sekemas itu?

Atau sekadar beli kurma dan buatlah macam biasa?

Kalau sekadar beli kurma dan buat macam biasa, maka biasalah bila kita tengok selepas Ramadhan tiada perubahanpun yang kelihatan, malah lebih malang seolah menunggu nak buat Haji baru nak berubah.

Begitu juga, tidak terkejut untuk saya katakan mereka yang tidak bersedia untuk berkahwin, dan tidak berubah ketika tempoh perkahwinan, akan kekal kebudak-budakan seperti sebelum memegang tanggunjawab sebagai suami dan ayah.

Jadi bagaimana?

Jom bekahwin dengan Ramadhan!

*inspirasi dari Thaurah Perkahwinan yang berlaku sekarang

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s