Peperiksaan – perosak sistem?


Image

bersedia untuk peperiksaan esok ‘pandangan syara’ terhadap akad’

Komen dan komen, adalah 2 perkara yang menyeronokkan, pertama, komen terhadap sesuatu, kemudian omen semula terhadap komen tersebut, dan berterusanlah begitu.

Antara yang kerap dikomen adalah sistem peperiksaan.

Istilah exam-oriented, indoktrinisasi peperiksaan dan lain-lain agak masyhur bila komen pasal sistem peperiksaan.

Ramai meletakkanyya sebagai perosak sistem, maka dikritiklah dengan pelbagai cara, dikutuk dengan pelbagai hujah dan sebagainya.

Namun dalam masa sama, jika ditanya ‘habihtu nak buat sistem mcm mana?’ tak ramai yang boleh menjawab dengan baik.

Walaupun ada yang sebahagian jawapannya agak konkrit berhujah dengan sebahagian sistem yang berjaya didunia, seperti Amerika dan Korea, bagi pandangan saya ianya masih sistem yang korup apabila dilihat diAmerika sendiri mereka sudah tidak percaya kepada sistem pendidikan mereka, boleh lihat dan cari dokumentari yg banyak menceritakan perihal ini (saya cadangkan ‘Looking for Superman’). 

Ketika Newsweek mengeluarkan ranking 100 negara didunia 2 tahun lepas, Korea menduduki tangga kedua selepas Finland dari sudut pendidikan.

Kekuatan yang dilihat adalah keupayaan kerajaannya mengeluarkan sistem yang menyeluruh dari seawal 4 tahun. 

Semua perkara direkodkan perkembangannya termasuklah fizikal, maka mereka yang mempunyai masalah fizikal bakal mempunyai kelas khas untuk menjadi ‘fit’. Maka tidak terkejutlah apabila melihat jagoan-jagoan KPOP begitu fit badan mereka.

Namun jika dilihat seciri lebih halus dilihat masalah yang besar, apabila masyarakatnya terlalu cintakan rupa, hinggakan sebahagian ibubapa memberi tawaran pembedahan kosmetik untuk anak mereka yang cemerlang dalam pelajaran melalui sistem menyeluruh ini.

Walaupun dari tadika mereka mengatakan “negara kita tiada apa-apa, minyak, gas dan lain-lain, semua tiada, kita bukan seperti negara lain yang ada sumber bumi…..maka apa yang kita ada melainkan diri kita!” penuh bersemangat membangunkan sumber manusia, namun ianya tetap tidak melahirkan insan yang bahagia, malah dengabn sistem peperiksaan yang kemas dan rapi, insan yang lahir rosak.

Maka model mana yang baik?

Bila dilihat sistem diAzhar pula, sangat lemah, ini merupakan kelemahan yang ketara, yang mana hanya mereka yang naif mungkin akan mengatakan Azhar dan Mesir mempunyai sistem yang kuat.

Peperiksaan ulangan Master, jika anda fail satu subjek dalam mana-mana subjek, anda perlu mengulang semua subjek yang susah itu semula dalam peperiksaan ulangan. Sangat menyusahkan pelajar. 

Tanpa menafikan konsep sabar dan tawakal, keadaan yang daif dari sudut sistem ini jelas menjadi aib bagi Azhar.

Namun dalam keadaan tersebut, Azhar masih mampu melahirkan ulama’ yang bertaraf dunia. Pelik sungguh. 

Apakah dengan peperiksaan sedemikian mampu melahirkan ulama’? Ataupun hakikatnya ulama’ tersebut lahir dari sistem lain?

Bila dilihat sistem yang melahirkan manusia didunia ni, banyak perbahasan dan kritikan boleh dikeluarkan.

Namun menjadi tanda tanya paling besar sebenarnya adalah diri kita, letaklah sistem sebaikman manapun, penipu tetap penipu, jahil tetap jahil, namun mereka yang berusaha akan bijak menggunakan kesempatan dicelah kekalutan sistem, dan dalam masa sama sedar keadaan sekitar bukanlah kondisi terbaik.

Yang menyedihkan bukan pada pengkritik sistem, tetapi mereka yang mengkritik namun bila dilihat hidupnya, seolah sedikitpun sistem yang dia bina menggunakan tangan sendiri dikritik, maka kekallah dia hidup dalam keadaan lemah dan menyalahkan sistem, nauzubillah min  zalik.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s