selepas 7 tahun exam sekali


menaiki ‘tut-tut’ terakhir ke peperiksaan akhir di Universiti Al-Azhar Tonto bersama sahabat (boleh nampak gambar beliau disidemirror)

Bagi ramai manusia, semalam mungkin adalah hari yang biasa seperti hari-hari lain.

Rutin yang biasa, mungkin sarapan seperti biasa dengan nasi lemak dengan teh tarik, kemudian mungkin sedikit kerja, sedikit facebook, dan disudahi hari dengan sedikit kopi dan roti canai.

Namun semalam agak berbeza buat saya kerana buat pertama kali selepas 7 tahun, peperiksaan master yang dilalui berbeza dengan seorang teman rapat saya.

Selama 7 tahun bermula dari tingkatan 4, SMA, 5, SPM, tingkatan 6, STAM, tahun satu hinggalah ke tahun 4 diuniversiti Azhar Tonto, setiap peperiksaan kami akan pergi sekali.

Jika disekolah dahulu kami akan keluar menuju ke dewan peperiksaan sekali, ketika STAM menaiki kertea sekali, ketika diTonto menaiki ‘tut-tut’ sekali, namun kali ini saya ke Open Universiti beliau ke Al-Azhar di Husin.

Banyak kenangan bersama yang kalau ditulis disini mungkin akan menjadi novel bersiri, namun Alhamdulillah, saya cukup bersyukur dikurniakan seorang sahabat sehebat dan sebaik ini.

Mungkin inilah tandanya jalan akan bercabang dihadapan, dan masing-masing akan membina cita-cita masing-masing.

Sangat berharap dan berdoa  hubungan ini menjadi qudwah seperti yang disebut Al-Imam ‘sehingga ianya menjadi contoh ukhuwwah yang kuat kepada ummat’

Dan akhir sekali, harap tidak terlambat untuk diucapkan selamat hari jadi ke 25. Semoga umur yang berbaki menghampirkan diri kepada Allah dan cita-cita didunia dan akhirat.

Semoga akhi bahagia, uhibbuka fillah 😉

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s