terlupa sokong Germany kali ni :) – euro 2012


Image

baru perasan euro dah mula hehe, agak berbeza dgn 4 tahun lepas dimana, semua grup dihafal, dan setiap player dihafal.

bagus juga ada euro setiap 4 tahun, menjadi noktah muhasabah untuk 4 tahun, sejauh mana kesebokan kita dengan bola, sejauh mana keseriusan kita dengan hidup, sejuah mana nilai hiburan dalam diri dan sebagainya.

walaubagaimanapun, saya tetap minat sukan bola dan main bola setiap minggu, dan seperti rakan2 maklum, saya cukup meminati pasukan German, dan agak bersedih dengan kekalahan German 4 tahun lepas difinal.

Namun kesedihan dan kegembiraan dalam perkara ini bukanlah aib, melainkan apabila terlebih dosnya, kerana meminati sesuatu yang harus itukan boleh, malah ianya merupakan adat kesukanan pada hari ini.

Dan yang penting keseimbangan dengan kegembiraan ini di’check and balance’ dengan kegembiraan dan kedukaan lain yang lebih penting dan lebih utama.

Bagaimana gembirapun saya dengan kemenangan Pasukan Germany, saya akan lebih gembira apabila berjaya membuatkan sahabat saya tersenyum.

Bagaimana gembirapun saya dengan kemenangan Pasukan Germany, saya akan lebih gembira apabila lebih memahami sepotong Ayat Quran.

Bagaimana gembirapun saya dengan kemenangan Pasukan Germany, saya akan lebih gembira apabila seseorang berterima kasih kepada saya.

Bagaimana gembirapun saya dengan kemenangan Pasukan Germany, saya akan lebih gembira apabila selesai berdoa kepada Allah.

Begitulah hakikat seorang muslim, dia tidaklah menafikan adat dan budaya disekeliling tetapi dia pandu dan nilai dengan adil.

Tidak naif dan tidak jahil, tapi belajar mengimbang hidup dengan keutamaan, mengetahui hidupnya perlu berhibur namun mengerti apa yang perlu dilakukan dalam hidup.

buknakah itu erti hidup seorang muslim 🙂

 

*p/s serius dah start berapa lama dah?

Advertisements

6 comments on “terlupa sokong Germany kali ni :) – euro 2012

  1. syamil berkata:

    baru semalam start =)

  2. Fadzli berkata:

    saya setuju

  3. nawfal fathel berkata:

    ana sokong england dan portugal. tapi sama lah juga.. benyak benda yang lebih gembira dari kalau rooney hatrick harini lawan france, hehe

  4. addinlover berkata:

    sokong saff ettihad !

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s