Suka Mengadu Masalah – kearah jumud dan lemahnya jatidiri (nota untuk murabbi dan bukan murabbi)


“seorang anak buah berjumpa dengan Murabbinya dalam keadaan gundah gulana, resah dan penuh masalah.

tatkala berpisah dilihat dunia terang dan bercahaya, semua masalahnya selesai.”

Adakah ini petanda dia merupakan Murabbi yang baik dan hebat?

ramai akan menjawab, ya namun..

Bagi ana ianya tanda kelemahan seorang murabbi atau guru.

Mengapa pula? bukankah masalah anak buah sudah selesai? bukankah isu sudah dibereskan?

Walaupun ianya sudah menyelesaikan masalah, namun hakikatnya masalah baru sudah muncul. 

Mungkin masalah lemah jiwa, masalah tiada keyakinan diri, masalah tidak fokus dalam hidup, masalah lewat bangun solat subuh, masalah ukhuwwah, masalah …….. selesai, namun kesemua masalah ini hanyalah ‘tip of the iceberg’ sahaja.

Ianya biasanya akan timbul pelbagai masalah lain, malah masalah memang sifatnya akan kekal wujud dan sentiasa ada hinggalah masuk ke dalam syurga.

Selagi mana 2 belah kaki tidak menjejak dalam syurga jangan mimpi masalah akan selesai, Nabi dah bagi amaran awal2 lagi, apabila ada seseorang yang tiadalah dia dengan syurga melainkan jarak yang dekat, namun akhirnya ke Neraka, wa na’uzubillah min zalik.

Bukankah sepatutnya murabbi tersebut mengajar anak buah tersebut untuk belajar menghadapi masalah dan dia menyelesaikannya sendiri.

Ajar dia untuk berfikir dan kritik masalah tersebut,  ajar dia untuk cuba tengok masalah itu dari sudut lain, ajar dia untuk cuba fikir panjang, ajar dia untuk cuba kuatkan diri dan kaji, walaupun semua jawapan sudah ada ditangan beliau, namun menjadi tindakan yang tidak bijak memberikan jawapan sebelum anak buahnya mencuba.

Kena sedar, jika murabbi tersebut menyelesaikan semua masalah anak buahnya, maka banyak kesan negatif  bakal muncul ;

  1. Anak buah takkan mampu berdikari – malah setiap masalah yang dia ada semuanya perlu diselesaikan oleh Murabbinya, maka anak buah dia takkan mampu menjadi murabbi untuk orang lain, malah akan kekal menyusahkan murabbi2 sengan semua jenis masalah dari yang remeh hinggalah ke besar, tanpa bila kita tengok semula sebenarnya dia(anak buah itu) tidakpun mengambil inisiatif lebih dari berbincang dengan murabbinya.
  2. Akan menjadi budaya jumud dan tidak mampu berfikir dan menyelesaikan masalah – Tanpa menafikan, saya cukup gemar melihat sahabat2 dan ikhwah2 bertanya tentang sesuatu isu digrup facebook, didalam perbincangan dan sebagainya, namun tidak ramai yang mencabar diri menyelesaikan isu tersebut, tidak ramai yang cuba mencari punca masalah dan penyelesainnya, maka budaya ‘insya’allah akan ada org selesaikan’ berleluasa. Kena sentiasa kembangkan budaya kritik, dan mencari kebenaran, dan bukan sekadar berbincang menunggu penyelesaian dari orang lain.
  3. Kita akan takut dikritik pandangan kita, jadi akan lebih suka playsafe dari risiko saya salah.

Kesimpulan ;

  1. Murabbi perlu ubah orientasi dari ‘menyelesaikan masalah’ kepada ‘membantu menyelesaikan masalah’.
    1. Kena rajin bertanya ‘apa cadangan kamu’ dari ‘ini cadangan saya’
    2. kena rajin bertanya ‘apa yang kamu dah buat’ dari ‘sepatutnya kamu buat ini’
    3. Kena rajin soal ‘setakat tu jeke yang kamu buat’ dari ‘sepatutnya kamu tambah itu ini begitu begini’
  1. Mutarabbi (anak buah) pula perlu sentiasa mencabar diri dan jangan mengaharap orang lain yang akan selesaikan masalah anda, yang membuat pilihan untuk pening, tak yakin, marah, sedih, tak puas hati dan sebagainya adalah diri anda dan bukannya orang lain.
    1. Perlu bertanya ‘ apa yang aku dah buat’ dari ‘apa yang orang lain boleh tolong’
    2. Perlu bertanya ‘ takkan tahap ni je yang saya mampu’ dari bertanya ‘siapa yang boleh tolong support’
    3. Perlu ketika berjumpa murabbi menyebut ‘ini cadangan penyelesaian saya, ini yang saya dah buat, ini yang saya rancang nak buat, apa pandangan akhi?’ dari bertanya ‘apa yg perlu saya buat?’ tanpa sandaran kepada apa2 tindakan pun.
    4. Perlu sentiasa mencabar data dan maklumat yang sampai dan berkata ‘ini mesti tidak betul, kalau betul mengapa? kalau salah mengapa?’ dari bercakap terus ‘nanti ana kena tanya murabbi ana ni’ walaupun perkara itu susah mahupun senang, dan selepas itu barulah berbincang dan menyuarakknyaa

begitulah kesimpulannya, insya’allah kearah membina generasi harapan yang mampu berfikir dan yakin dengan pandangan sendiri, serta tidak takut dikritik.

Jadi persoalan tajuk post ini iaitu ;

Suka Mengadu Masalah – adakah kearah jumud dan lemahnya jatidiri?

jawapannya, jika masalah itu adalah selepas mencuba berfikir dan individu tersebut berusaha dan mencuba segala kudratnya, maka ianya tanda ukhuwwah, thiqhoh dan amal kolektif yang kuat, namun..

jika ianya dilakukan sebelum berfikir, sebelum usaha yang kuat untuk menyelesaikannya maka ianya memang jalan menuju jumud dan lemahnya jatidiri,

iaitu tidak mampu menyelesaikan masalah sendiri dari segi berfikir mencari penyelesaian ataupun menyelesaikannya sendiri, maka tiada istilah yang lebih tepat untuk lemahnya berfikir untuk selesaikan masalah sendiri melainkan jumud, dan tiada istilah untuk tidak mampu mengurus masalah sendiri melainkan lemhanya jatidiri, wana’uzubillah minzalik.

wasalam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s