keputusan drastik ; Facebook vs Dunia


Baru ini, untuk meningkat produktiviti dan berubah, saya mengambil keputusan dgn Facebbok untuk :

  1. tidak baca sedikitpun wall ataupun tengok post difacebook.
  2. buka hanya dinotification berkaitan urusan yg penting
  3. tidak rajin post, last post lebih kurang 2 minggu lepas.

Jadi proses ini berlaku selama 2 minggu dan direkodkan untuk melihat perubahan.

Dalam 2 minggu ini, apa yang saya buat :

  1. Tingkatkan produktiviti membaca
  2. Luaskan pengetahuan berkaitan isu dunia dan malaysia
  3. Siapkan tugasan tugasan lain.

Saya tidak ingin panjangkan apa yang berlaku sepanjang 2 minggu, tetapi lebih kepada ingin kongsi apa yang saya rasa hari ini apabila saya mula membaca wall difacebbok :

  1. Betapa isu yang bermain tidak berubah
  2. Hujah yang bermian disekeliling rakan2 tidak berubah
  3. Sentimen yang tidak puas hati sendiri tidak berubah
  4. Cara berhujah juga sama

Tanpa menafikan penambahan isu seperti nakbah.

Namun masih banyak yang tidak berubah dari sudut watak dan mentaliti.

Dalam masa sama dalam tempoh 2 minggu, agak giat bersembang dengan mereka yang diluar ruang lingkup facebook secara berdepan.

Saya dapati ianya merupakan suatu pengalaman dan hasil yang cukup berbeza.

Terutama dari segi perubahan yang berlaku.

Jika minggu ini kita bincangkan suatu perkara, PERSEPSI mereka sudah berubah dan tindakan yang dilakukan berbeza dari sebelumnya. 

Berbanding dengan mereka yang difacebook, yg mengukur sesuatu hujah berdasarkan komen dan lain – lain.

Dalam masa yang sama, masa yang diperuntukkan bersama dan kekerapan juga jauh berbeza.

Jika diFacebook berpuluh kali berhujah, tidak akan sama dengan sekali berhujah berhadapan dan bersembang berhadapan.

Inilah yang dinamakan fitrah manusia

Walaupun dunia ini merapatkan maklumat dan persepsi, namun untuk melakukan perubahan ianya perlukan lebih dari itu, bukan sekadar perkara – perkara kering diinternet, namun dia perlukan perjumpaan hati ke hati.

Kerana itu Nabi bukan sekadar menghantar surat kepada pembesar, namun wakil yang cukup hebat seperti rabiah bin amir untuk berdakwah.

Jika dakwah selesai dengan surat dan ketinggian bahasa Ar-Rasul, sudah pasti dakwah Nabi itu mudah, namun Nabi mengambil pendekatan, berhadapan dengan hikmah dan sentuhan hati ke hati.

Sebab itu, sebaran difesbuk mudah membangkitkan seseorang untuk marah, sedih, kecewa, takut dan sebagainya, namun tidak memberi mereka panduan mengapa mereka bersedih, mengapa mereka cukup benci, mengapa mereka cukup kecewa dan sebagainya, sedangkan semua perasaan itu biasa sahaja menjadikan seseorang itu tidak jelas, dan tidak dapat menjawab soalan mengapa?

Hujah-hujah difacebook

Maka kita ditinggalkan dengan jawapan yang simplistik, yang mana jika dinilai, ianya kembali kepada hujah kemarahan mereka dan kesedihan, dan bukanlah suatu yang jelas. Jika faktapun, masih tergantung jika dibincangkan kerana berhujah bukan sekadar menyatakan fakta, tetapi perlu dilihat tempat perbincangan, tempat perbezaan, cara hujah dikaitkan dan lain – lain.

Dalam keadaan itu, untuk membezakan samada sedang memimpin atau sedang dipimpin tidak dapat dilakukan, apatah lagi melihat kebenaran dalam pandangan pihak lain.

Kesimpulan umum

Sebab itu, bagi saya facebook selamanya bukan tempat bincang perkara tinggi, tetapi lebih kepada tempat sentimen dan perkara yang umum. Malah ianya bukanlah sumber rujukan dalam Islam.

Apatah lagi tempat berbeza pandangan dan berbincang untuk menyatukan pandangan.

Namun sekadar mengatakan pendirian, dan mendapatkan penjelasan, bagi saya budaya yang baik, namun untuk berbeza pandangan, bagi saya masih jauh untuk difikirkan, melainkan bersama mereka yang biasa berhujah diluar facebook.

Dan bila tengok semula, kesepakatan dan kesefahaman itu terbentuk diluar facebook dan bukan didalamnya.

Maka, seperti yang pernah saya sebut sebelum ini, facebook tempat komen dan bukan berbincang, sebab itu dia tulis dibawah setiap post komen dan bukan bincang, maka siapa yang nak bawa kepada perbincang akan terhenti dengan komen2 yang tidak berniat untuk berbincang. begitu kan?

Advertisements

2 comments on “keputusan drastik ; Facebook vs Dunia

  1. Al-Aslu bagi facebook di sisi saya ialah ruang berkongsi, tanpa debat diskusi khilaf dan sebagainya.

    Khatirah dalam bentuk tulisan, di facebook.
    Kalau dars/tazkirah, akan diterjemah di blog.

    Apa pun, setuju : sembang kedai kopi bersemuka lebih berkuasa daripada debat berjela di facebook.

    🙂

    • suhailsufian berkata:

      setuju disitu.

      sesuatu argumen dikira tidak matang jika dibuat difacebook.

      malah tidak berkesan kerana bukan one to one.

      namun sekadar berkongsi amat efektif.

      rasanya team facebook sendiri pun jelas dengan meletakkan share sebagai butang untuk post status 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s