Suratkhabar Lucah


1. Perkara lucah seperti surat sama sahaja, jika didalam surat khabar ataupun didalam majalah lucah.

2. Ianya hanya beza apabila ianya adalah bukti didalam mahkamah dengan syarat yang ketat dan terhad kepada pihak yang berwajib tanpa diedarkan kepada mana2 pihak. Namun tidak ingin dipanjangkan disini.

3. Namun lebih dirisaukan lagi, adalah kerana ianya bukanlah kali pertama, malah sudah dilihat menjadi semakin ‘biasa’ menyiarkan perkara sepertinya.

4. Ingin saya bawa pembaca kepada 2 persepektif yang lain, selain hukum ataupun kehuduhan tindakan tersebut, 

Perspektif pertama

 Tindakan tersebut melambangkan strategi sesetengah pihak menyebarkan ‘keraguan’ dalam hati masyarakat dalam meraih sokongan dan mncapai mileage dalam politik. 

 Agak menyedihkan, apabila strategi mencapai mileage bergantung kepada perkara sekotor itu. 

 Mengapa?

 Kerana dilihat mileage yg ingin dicapai bukanlah merujuk kepada kekuatan, agenda ataupun prinsip yang akan dibawa, tetapi lebih kepada melemahkan pihak lawan dengan charachter assasination.

 Dan trend itu berterusan, apabila pihak yang dituduh pula menggunakan cara yang sama mengejar political mileage.

 Isu ini akan diputar – putar dalam setiap kempen, seperti isu sebelum ini dalam menunjukkan bahawa kerajaan kotor, korup, rasuah, dan tidak bermaruah.

 Dalam perspektif yg saya bawa, menggunakan charachter assasination dan cara mengulang-ulang kelemahan pihak lawan adalah taktik yang tetap melambangkan kelemahan diri.

 Namun dalam realpolitik, perkara ini hanyalah ethic yang tidak menguntungkan. disitu berbeza politik Islam dan selainnya.

 Sepertimana krisis terawal yakni Ali dan Muawiyah sendiri, tidak tercatat Ali mahupun Muawiyah saling mencela, maka pada hari ini, perkara ini sudah tidak lagi diambil berat, kerana ia hanyalah ethic yang bukanlah penyumbang kepada political mileage.

 Sehinggakan modal utama untuk kempen dan meraih undi mahupun sokongan adalah pada isu yang dibina dan bukan prinsip dan manifesto yang dipegang (prinsip merujuk kepada pegangan sesebuah kumpulan dan bukanlah tuntutan umum seperti keadilan, tetapi lebih kepada praktikal dan prinsip keadilan yang dijaga, seperti memastikan umat Islam sentiasa menjadi suara terbesar, dan sebagainya)

 Apabila keadaan ini berterusan, maka ianya membawa kepada perspektif kedua :

Perspektif kedua

 Tiada siapa boleh menafikan bahawa kepimpinan parti politik ini pada masa kini adalah pimpinan masyarakat, dan masyarakat menjadikan mereka qudwah.

 Malah lebih ramai lebih mengenali Qudwah pimpinan parti politik dari qudwah Nabi sendiri.

 Maka apabila tindakan awal berterusan, maka masyarakat akan terbina atas isu, dan bukan prinsip.

 Maka majoriti yg mendengar menjadikan ‘taqlid’ yakni mengikut tanpa hujah dan dalil sebagai cara melihat sesuatu dan membuat keputusan dan persepsi dalam hidup.

 Budaya kritikal ditinggalkan, malah budaya mencari kebenaran juga semakin jauh.

 Tanpa menafikan bahawa membudayakan kritikal adalah suatu cabaran dan adalah tidak realistik untuk diapply kepada semua kerana perbezaan kekuatan akal, ilmu dan kefahaman.

 Maka menjadikan tindakan pemimpin itu lebih bahaya sebagai Qudwah, maka pahala yang dapat akan berlipat ganda kerana ramai yg mengikut dan dosa juga akan dilayan serupa.

Kesimpulan

Maka tatkala itu rakyat yang dibina bukanlah rakyat yang melihatkan sesuatu perkara atas asas prinsip, ataupun neraca yang bijak, namun lebih kepada kebencian kepada sesuatu entiti dan kecintaan kepada sesuatu entiti. 

 Bagi pandangan Machiavelli dalam sudut pandang relapolitik, untuk memahamkan rakyat perkara2 ini adalah hampir kepada mustahil, maka cara menanam kebencian kepada sesuatu entiti dan kecintaan kepada diri adalah lebih sesuai digunakan, sebab itu pada pandangan Machiavelli, apabila pemerintah melakukan kesalahan atau sesuatu yang buruk, yang penting bukanlah menjawab isu tersebut, tetapi memastikan 5 kualiti terjaga iaitu ; penyayang, penuh keimanan dan keyakinan, berperikemanusiaan, ditempat yg betul dan mementingkan agama. Jawapan kepada keburukan tidaklah penting.

Namun apabila dilihat cara Islam bersiyasah, berpegang kepada prinsip dan menanamkan prinsip didalam masyarakat adalah lebih kritikal dari melayan isu. 

Hanya dengan cara itulah politik Machiavelli diatas dapat dielakkan dan masyarakat terbina atas prinsip dan pegangan, dan bukan sekadar kebencian dan kecintaan yang dimanipulasi oleh pihak berkepentingan.

Pembentukan ummat,
dan pembinaan sebuah bangsa,
merealisasikan sebuah impian
dan memperjuangkan sebuah prinsip memerlukan seluruh bangsa atausekurang-kurangnya sekumpulan manusia yang mahu mencapai cita-cita ini memiliki jiwa yang benar-benar kental yang dapat dilihat melalui beberapa aspekiaitu:
Kemahuan tinggi 
yang tidak mampu digugat oleh kelemahan.
Kesetiaan sejati 
yang tidak mengenal erti kompromi dan pembelotan.
Pengorbanan agung
yang tidak mengenal erti tamak dan kedekut.
Memahami prinsip
,meyakininya, menghormatinya, tidak melakukan kesilapan, tidak terseleweng,tidak berkompromi dan tidak terpengaruh dengan prinsip lain. Dengan hanyamemiliki kesemua asas yang berbentuk rohani ini dan dengan memiliki kekuatanrohani yang agung akan tertegak sebuah prinsip dan akan mampu membentuksebuah bangsa yang mampu bangkit, membentuk jiwa bangsa yangbersemangat waja dan akan bermula kembali suatu kehidupan bagi mereka yangtelah sekian lama tidak merasainya

Inilah sudut pandang saya, jika ada sudut pandang lain amatlah seronok jika dibincangkan.

wasalam. 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s