2. Tahun 2012 tahun perubahan? – 2 : Bumi berputar


Secara mudahnya perubahan dunia pada tahun ini sudah agak ketara bila dilihat suku pertama tahun ini hampir ke penghujung.

Antara yang ketara ;

1. ekonomi ; kenaikan China dan kejatuhan eropah.

2. sosial ; kekuatan laman sosial

3. politik ; kelemahan pelapis

Banyak yang boleh disyarahkan jika kita berbincang mengenai 3 aspek ini, dan mungkin lebih sesuai jika ditulis menjadi 3 post yg berbeza.

Namun kekangan masa, dengan peperiksaan, menjadikan lebih baik menulis sebahagian dari tidak dapat melengkapkan tulisan.

1. Ekonomi

– secara umum dalam perihal ekonomi, apabila sistem kapitalis jatuh, sebenarnya dunia mencari-cari sistem yang bisa mengganti sistem kapitalis.

– Ramai mula merujuk semula kepada sistem sosialis sebagai ganti, apabila melihat kebangkitan China sebuah negara Komunis dengan sistem satu parti.

– Namun tidak kurang juga yang mengkritik kenaikan China dengan menganggap ianya hanya kenaikan sementara, dan hakikatnya sistem yg digunapakai adalah sistem kapitalis juga seperti yang diceritakan oleh  Carl E. Walter dan Fraser J.T. Howie  dalam buku mereka Red Capitalism. 

– Kesimupulannya, tiada sistem yang meyakinkan pengamal ekonomi hari ini sebenarnya. Ramai yang hanya cuba membaiki dan mempertahankan sistem tersebut selagimana ianya membawa faedah pada mereka. Dan apabila sudah mula menunjukkan tanda – tanda kejatuhan, maka mulalah mencari jalan keluar yang biasanya memberi mudharat pada mereka yang boleh dieksploitasikan seperti rakyat atau pelanggan bank.

– Beberapa kritik juga dilakukan terhadap Eropah, antaranya oleh Tun Dr Mahathir, yang mana memerli eropah yang berlagak kaya tanpa produktiviti sebenar.

2. Sosial

– Tabiat masyarakat sosial juga sudah berubah.

– Semua yang mula hidup dialam maya dengan lebih serius, ertinya mengambil isu dan penyataan dialam maya dengan kaca mata ianya merupakan sumber kebenaran.

– Maka taburan masyarakat sudah mula nampak terpecah dek alam maya, yakni ada yang serius dengan alam maya, dan ada yang tidak serius.

– Contohnya bila seorang meletakkan status difacebook, ianya kana menjadi rujukan berbanding mengenalinya dengan dekat face to face, hati ke hati.

– Kesannya jelas kerana manipulasi maklumat dan persepsi melalui alam maya ataupun mana-mana media lebih mudah berlaku berbanding alam realiti.

– Contoh lain, adalah isu Kony 2012, isu Syria, isu Lynas dan sebagainya.

– Ada sebahagian membawa faedah yang besar namun ada sebahagian bisa dimanipulasi tanpa sedar dengan mudah oleh mereka yang berkepentingan.

– Maka boleh jadi ianya perlu dilihat sebagai perubahan tabiat sosial manusia hari ini, dimana dalam membuat keputusan untuk memakai baju apapun mungkin akan terfikir kalau masuk facebook nanti orang akan like atau tidak.

3. Kelemahan Pelapis

– Ini merupakan keelut utama politik hari ini.

– Juga kemelut kepimpinan negara pada hari ini.

– Pelapis hari ini, terbina dengan laman sosial, bacaa blog, tabloid, 9gag, propaganda, dan sebagainya.

– Tidak ramai yang terbina dengan pemahaman yang mendalam, intelektual yang tinggi, keluasan cara fikir dan jauhnya cara fikir dalam melihat dan mengurus sesuatu isu.

– Ini kerana untuk memiliki kualiti sedemikian, masa hidup, perlu disalurkan dengan ;

1. pembacaan yang berat,

2. pebrincangan yang tinggi,

3. kritikan oleh mereka yang berpengalaman.

– Dan ketiga – tiga perkara ini tidak akan dapat dilaman sosial dan blog. 

– Kerana mereka yang berpengalaman luas biasanya tidak duduk lama – lama difacebook, tetapi akan lebih banyak masa jika berjumpa dan bertukar pandangan dalam satu-satu isu.

– Juga blog bukanlah tempat mendapat ilmu yang tinggi. Cara argumen dilontar dan sandaran hujah tidak akan sama dengan ratusan helai buku.

– Malah kritikan terhadap cara kita berfikir, kejauhan pandangan, dan sebagainya juga tidak akan mampu membina kita jika ianya hanya dapat dalam sepotong ayat difacebook. Malah kebiasaanya kita akan degil dengan pandangan kita jika ianya berlaku difacebook.

– Tetapi jika jumpa berdepan, maka argumen akan matang dan lebih luas.

– Malangnya hari ini lebih ramai berpuas hati dapat add tokoh – tokoh besar, berbanding pergi berjumpa mereka sendiri.

– Dan menjadi lebih malang, apabila lemhanya generasi hari ini, apabila berjumpa tokoh besar, apa yang akan ditanya? apa argumen yang akan dibincangkan? apa prinsip yang ingin dijelaskan? sejauhmana manfaat prinsip tersebut, adakah sebulan atau boleh dipegang hingga mati? semua persoalan ini tidak difikirkan, yang penting dapat tangkap gambar dan letak diFacebook sudah memadai.

Sesiapa yang tidak bersedia untuk hari esok, apabila dia bangun pagi dengan keadaan hari ini,

boleh jadi dia sudah tidak releven untuk hari esok,

dan kekallah begitu sehingga nilai tidak releven dari satu hari menjadi seminggu, kemudian sebulan, dan kemudian setahun,

kerana bumi akan terus berputar, hari akan berjalan, jika anta tidak berjalan,

pasti sedih melihat jauhnya ketinggalan, namun bila sudah mula sedar akan rasa peritnya betapa jauhnya ditinggalkan masa. 

jadi mengapa hidup, kalalu statik?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s