Ustaz sekarang bukan macam dulu


*ditulis sempena kejatuhan Khalifah dan juga sempena habis membaca buku ke 3 untuk Peperiksaan yang berkaitan dengan tajuk

Ustaz sekarang bukan seperti dahulu, jika fokus pada bab fungsi dan kerja.

1. Suatu masa dahulu, Ustaz atau Ulama’ bukan duduk dimasjid sahaja, tapi memenuhi kabinet kerajaan, malah syarat pemimpin negara mestilah Ustaz atau Ulama’.

2. Ianya jelas tercerita didalam kitab-kitab tarikh dahulukala.

3. Dan menjadi suatu yang pelik bagi diri saya sendiri ketika baru selesai Kitab Sistem Perundangan dalam Islam tulisan Syeikh Nasr Farid Wasil(exam minggu depan mohon doa semua) apabila Imam – imam besar dalam Islam berbicara soal perlembagaan negara, soal hak asasi individu dan peraturan didalamnya, soal kehakiman, nilai guaman, dan cabang-cabang halus perundangan yang kini dimonopoli oleh mereka yang memepelajari sains politik, undang-undang dan ahli politik sendiri.

4. Bagaimana Imam Syafii boleh berbicara soal guaman. Khalifah Omar berbicara pelan strategik apabila memecat 3 orang sahabat besar dari mengurus negara hanya untuk merangka kerangka perlembagaan kerajaan yang lebih besar. Dan pelbagai contoh yang boleh didapati dalam sejarah Islam.

5. Namun apabila jatuhnya Khilafah Turki, maka proses pensisteman semula dunia berlaku dengan pesat dan sistem yang meletakkan Quran dan sunnah tertinggi ditukar kepada sistem lain, yang tidak meletakkan ruang kalam Allah untuk dirujuk melainkan pada perkara kecil.

6. Apabila sistem bertukar, maka satu hakikat yang perlu difahami, orang yang akan dan layak untuk mengisinya akan bertukar, kerana sistem secara ringkasnya adalah hubungan manusia yang kompleks.

7. Maka apabila sistem negara bertukar kepada sistem perlembagaan British etc, maka yang layak untuk mengisinya adalah mereka yang menguasainya dan mempelajarinya dari British. Sepertimana suatu masa dahulu mereka yang ingin memasuki Melaka perlu memahami Undang Laut Melaka dan mempelajarinya untuk berdagang atau tinggal diwilayah pemerintahan Melaka.

8. Maka yang akan menguasai pemerintahan dan sistem adalah mereka yg menguasai perlembagaan British dan pergi ke sekolah Inggeris atau menuntut diEngland.

9. Maka para pemerintah dikalangan Ustaz akan tersisih kerana sistem yang menyisihkan mereka dan menjadikan kekuatan mereka iaitu mengambil Quran dan Sunnah sebagai hujah sudah tidak releven dalam sistem ini, tidak seperti suatu masa dahulu dimana apabila suatu hukuman melanggari nas, Qias Jali ataupun jelas kefasiqan penuduh atau saksi maka perbicaraan boleh ditarik balik (rujuk Asybah wa Nadzoir  – Ibnu Subki).

10. Maka berlalulah masa dan peranan tersebut berterusan dan berterusan.

11. Hinggalah kini, menjadi suatu yang dianggap kurang releven jika UStaz yg berbicara soal perlembagaan, malah dilihat jelek oleh sesetengah masyarakat.

12. Dan fungsi Ustaz dikekalkan untuk ingat mati dan akhirat, tanpa menafkan kepentingan perkara tersebut, namun tetap ianya tidaklah lengkap kerana Allah bukan sahaja menyuruh mengingatkan tentang Akhirat tetapi juga perana manusia diDunia juga.

13. Mungkin juga disebabkan ianya sudah dijadikan pembudayaan, dan para Ustaz – ustazah juga selesa sedemikian.

14. Tatkala itulah sepatutnya para Ustaz – Ustazah tidak perlu duduk diam dan redha dengan suasana, cabarlah diri masuk ke sistem ini untuk memandunya. Jika para asatizah tidak mencabar perkara ini dengan baik, boleh jadi kita larut bercerita ketinggian kesufian dengan sifat hati, akhirat, cinta rasul dan lain-lain, namun akhirnya Ummat masih belum terpandu dengan seperti yang Allah pinta.

15. Sedangkan Ulama’ dahulu menangis kerana dosanya tidak memandu umat kepada sistem Allah, namun kita hanya melihat dosa kerana ibadah – ibadah, sedang dosa mengabaikan kewajiban Khalifah juga akan ditanya, dan Khalifah zaman sekarang perlu faham sistem demokrasi dan sistem kapitalis yang sedang memerintah dunia.

16. Dan untuk memahami Demokrasi dan Kapitalis tidak cukup dengan menelaah kitab kuliah untuk lulus ujian, dan berfikir cetek dan sempit, maka Ustaz sekarang perlu mengetahui lebih dari apa yang dia belajar dikuliah, kerana sistem diluar sana bukan sistem yang situlis dalam buku kuliah atau kitab kitab utama.

jadi Ustaz sekarang bukan macam dulu, maka jadilah Ustaz zaman sekarang bukan Ustaz zaman dahulu…

 

beberapa kesimpulan penting >

*tanpa menafikan kepentingan baca kitab – kitab utama untuk memahami Quran sunnah, namun perlu faham juga sistem yang ada sekarang, kerana realitinya disitulah praktikal Quran Sunnah yang disyarah dalam kitab utama.

kesimpulan – tak kuasai Quran, Sunnah dan baca kitab – kitab utama tak benar=benar mamahami kehendak Islam secara mendalam.

Tak menguasai sistem sekarang – tak releven dengan semasa.

Maka ; perlu doublekan usaha dan juhud berbandgin ulama’ dahulu dan ustaz dahulu barulah perjuangan menegakkan Islam suatu perkara yg realistik

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s