Liberal tak sebulu dgn Demokrasi


Apabila Prof Aeon Skoble mengatakan bahawa Liberal tidak sebulu dengan Demokrasi,  ianya berlainan dengan pendapat ramai pejuang liberal lain dan menyaggahi tanggapan ramai bahawa apabila demokrasi tertegak maka masyarakat akan liberal.

Beliau terkenal dengan memperjuangkan Liberal melalui platform akademik, learnliberty.org

Bagi beliau (yang merupakan Prof Falsafah dari Bridgewater State University) demokrasi boleh menjayakan liberal, tetapi tiada jaminan apabila demokrasi terlaksana maka liberal akan terlaksana.

Bagi beliau ini terjadi kerana 3 kepincangan dalam sistem demokrasi :

1. Apabila majoriti mempercayai sesuatu, ianya tidak membuktikan ianya benar.

2. Majoriti juga sebenarnya boleh bertindak tirani seperti raja-raja lain.

3. Sejarah membuktikan, demokrasi telah menobatkan pemimpin-pemimpin yang tirani.

Dalam erti kata lain, mereka yang berjuang untuk liberal secara mutlak dan ikhlas perlulah melakukan antara 2 tindakan dibawah untuk memastikan perjuangan liberal tertegak :

1. Membentuk sebuah sistem negara yang baru yang menjadikan Liberal(hak keutamaan individu) paksi dan bukan hak majoriti. 

2. Meng’adjust’ sistem demokrasi yg ada supaya menjadikannya liberal. (bukan merujuk sistem Liberal Demokrasi)

Inilah yg ditegaskan oleh Prof Aeon dalam syarahan beliau.

Jika tidak matlamat liberal tidak akan tercapai seperti yang digambarkan oleh Thomas Jefferson

“A democracy is nothing more than mob rule, where fifty-one percent of the people may take away the rights of the other forty-nine.” (Demokrasi bukanlah lebih baik dari undang-undang Samseng, dimana 51% dari rakyat boleh mengambil hak 49% yang baki)

Beliau merupakan Presiden Amerika ke 3 dan Pengarang Utama Deklarasi Kemerdekaan Amerika Syarikat, dimana beliau betul-betul beriman dengan masa depan liberal selepas melalui tempoh hidup dibawah Koloni British, dan memperjuangkan kemerdekaan 13 Koloni yang berperang dengan British akhirnya merdeka dan liberal.

Antara idea asal dan rujukan untuk liberal moden akan diambil dan dirujuk dari Deklarasi Kemerdekaan AS yg dikarang oleh beliau. (teringat Michael Moore melihat Deklarasi tersebut untuk membuktikan Amerika bukan milik Kapitalis dan ianya sepatutnya liberal dalam filemnya Capitalism : A Love Story)

Mengapa apabila isu Liberal vs Demokrasi kata-kata Thomas Jefferson bernilai?

Kerana beliau mengalami pertembungan itu, dimana seorang pejuang Liberal cuba mempraktikkan Liberal dalam Demokrasi Moden yang muda, jadi krisis-krisis Liberal dan Demokrasi sudah kelihatan.

Jelas dilihat pada kata-kata dan ucapan beliau, cukup banyak mengungkapkan kekecewaan terhadap Demokrasi yang menggagalkan liberal. Sebahagian dalam pasrah kerana demokrasi mengikat Liberal.

*****************************************

Pemerhatian dan pandangan saya,

Sistem dan Ideologi ini (Liberal dan Demokrasi) akan sentiasa bertembung dan dilihat dalam banyak keadaan ianya seolah minyak dan air.

Terbukti kerana tujuan keduanya yang berbeza, apabila tujuan berbeza, jalan yg diambil akan berbeza, maka pasti akan bertembung :

1. Liberal : kepentingan dan hak individu diutamakan (dalam ayat mereka – utamakan kebebasan<tidak terikat> dan hak samarata)

2. Demokrasi : kepentingan dan hak majoriti diutamakan

Mustahil kita nak meraikan semua hak individu dalam masa yang sama meraikan juga hak majoriti, kerana praktis demokrasi dalam menjadikan hak majoriti diutamakan akan bertembung apabila hak minoriti dilihat juga perlu dirai.

Namun ianya akan dilihat cukup mesra dan baik apabila keduanya sedang memiliki tujuan yang sama.

Conothnya tujuan untuk meletakkan kepentingan manusia menjadi rujukan tertinggi, maka liberal dan demokrat akan bersetuju.

Contohnya meletakkan kepentingan Allah lebih bawah, liberal dan demokrat(kena faham ianya merujuk kepada pure demokrat bukan islamis dalam sistem demokrasi) akan bersetuju.

Persamaan tersebut kerana asas kepada keduanya, sumber kepada keduanya, perlaksanaan keduanya sama, dirujuk kepada kehendak manusia. Dan hak asasi dijadikan rujukan utama dalam menilai. Cuma praktis dan sudut berbeza, maka ada persamaan, dan perbezaan.

Persoalannya..

Dimana kedudukan islam ketika ini? 

*************************************************

Apabila melihat pandangan dan meneliti kertas kerja beliau(Prof Aeon) seolah teringat dengan beberapa potong ayat quran. Antaranya , ayat ‘wa in tuti’ akthara man filardh yudhilluka a’an sabiilih’ 

Teringat juga betapa Islam meletak calon untuk pemimpin bersyarat, dan majoriti memilih beliau tidaklah ada dalam syarat.

Dan beberapa potonganan dari turath, yang mengikat Sistem Pemerintahan dengan Quran dan Sunnah melalui tujuan sistem, dan disiplin rakyat terhadap pemerintah.

Yang mana 3 perkara yg saya sebut (ayat quran,Syurut Pemimpin dn Turath) pada pandangan umum bukanlah rujukan utama dalam menyelesaikan atau membina negara dalam perlembagaan yg bertunjang Demokrasi berParlimen.

Kesimpulan, tidak mudah untuk menegakkan Islam dalam sistem Demokrasi, dan Masyarakat majmuk seperti Malaysia. Kerana kepentingan berbeza-beza.

Dan ianya hanya boleh terlaksana dengan masyarakat yg menegmbalikan rujukan pada Quran dan Sunnah dan melihat tiada yang leih adil melainkan apa yg telah Allah tetapkan.

Kerana masyarakat yg menentukan kemana halatuju negara, Pemimpin walaupun soleh dan berpengaruh, hakikatnya tidaklah boleh membawa perubahan yg signifikan yang berlandas Islam, memenangkan Islam dan meletakkan Allah tertinggi melainkan masyarakat berubah dan menerima Islam.

Dalam erti kata lain, perubahan membawa masyarakat kembali kepada Allah perlu dilakukan oleh semua pihak.

Kerana negara bukan Perlembagaan, tetapi Ianya Rakyat yang hidup didalamnya.

Ana memetik semula kajian Prof Aeon, tapi gantikan liberal dengan Islam atas asas, memenangkan Ideologi dan kerana kajian Prof tersebut berdasarkan nature dan sejarah Demokrasi ;

1. Islam adalah benar, namun tidak semestinya akan tertegak dalam kerangka Dmeokrasi kerana dalam demokrasi : > apabila majoriti mempercayai sesuatu, ianya tidak membuktikan ianya benar.

2. Kebebasan dalam Islam berlandaskan Quran dan Sunnah jadi tidak semestinya tertegak dalam Demokrasi kerana : >Majoriti juga sebenarnya boleh bertindak tirani(dan mengongkong kebebasan yg Islam Gariskan) seperti raja-raja lain.

3. Sejarah membuktikan, demokrasi telah menobatkan pemimpin-pemimpin yang tirani dan tidak Islamik.

Wallahua’alam.

*Teringin melihat respon pembaca, namun sebelum komen, pastikan samakan pentakrifan dahulu supaya perbincangan mencambahkan positif dan hasil.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s