1. 2012 – Tahun Perubahan Dunia? – siri 1


Alahmdulillah, post pertama diTahun baru. Signifikan atau tidak? wallahua’alam namun berdoa Allah beri kekuatan.

*******************************************************

Suatu yg menarik bila dilihat tahun yg lepas dan tahun ini (2011 dan 2012) terlalu banyak peristiwa yg mengubah landskap dunia, terutama dari sudut ekonomi dan politik.

Jika kita lihat didunia, terjadinya Arab Spring, kebangkitan ekonomi China (dimana dari sudut pengeluaran sudah mengalahkan Amerika Syarikat), kematian beberapa Pemimpin Dunia dari yang zalim seperti Saddam, yang ‘cool’ macam Steve Jobs dan ramai lagi.

Dan banyak lagi perubahan pada tahun lepas pada tahap dunia dan setempat.

Namun bila dilihat 2012, perubahan tersebut tidak putus, malah lebih banyak perubahan akan berlaku.

Antaranya perubahan Presiden-presiden dunia, dan Malaysia mungkin termasuk sekali, bergantung kepada pengumuman Datuk Seri Najib.

Secara luarnya banyak perubahan berlaku, yang boleh ditulis dan tidak ditolak, seperti perubahan jawatan, ekonomi dan sebagainya, namun perkara yang lebih sukar dari itu adalah bagaimana landskap yang baru ini mengesani dan mengubah mereka yang berada didalamnya?

adakah mereka yang melihat perubahan ini kekal sama?

Atau disana beberapa perubahan bisa berlaku.

Bila menyebut mengenai perubahan ini teringat tulisan Ibnu Qayyim didalam Daa’ wa Dawa’ yang meletakkan asas ‘harakah’ dalam alam ini bermula dengan keinginan dan keinginan bermula dengan ‘cinta’.

dan beliau kembangkan bahawa Cinta inilah asas kepada semua agama/ajaran dan dan keputusan yang dibuat oleh seseorang. (rujuk daa’ wa Dawa’ – Ibnu Qayyim)

Jadi perubahan manusia yang hidup didalam sesuatu sistem juga diukur berdasarkan perkara ini, sejauh mana tindakan perubahan dalam sistem dari sudut ekonomi dan politik ini menyentuh individu yang hidup dalam suatu sistem dari sudut kecintaan mereka kepada suatu perkara.

Prinsip yang sama diperkenalkan oleh Machiavelli. Dimana The Prince juga ditulis untuk membuktikan kecintaan dia kepada keluarga DeMadici yang kembali ke tampuk pemerintahan (boleh rujuk Introduction, the Prince).

Malah kata-kata beliau yang masyhur :

“It is far better to be feared than to be love, if you cannot be both”

Tidak ingin memanjangkan teori-teori diatas, namun yang jelas, perubahan hanya bisa dirasai oleh sekelompok manusia apabila kecintaan mereka di’jentik’.

Apabila harga barang naik, tiada kerja dan sebagainya, namun pada kadar mana ia terjentik? Pada sudut itulah mereka akan berubah.

Namun jika harga barang naik, namun berasa ok sahaja, kerana gajipun naik, dan hidup baik. Maka boleh jadi perubahan yang dituntut tidaklah sejauh mana akan berlaku.

Dan topik yang saya sebut adalah berkait dengan tindakan individu.

Maka kehidupan akan berjalan seperti biasa, cuma mungkin akan berubah undi, dan ikut beberapa kali rapat umum, dan post beberapa artikel difacebook.

Namun jika dilihat dari baki masa hidupnya, tidaklah menggambarkan inginkan perubahan yang ketara, namun bila beberapa detik menulis status, menjawab komen, bercakap dlilihat ketara inignkan perubahan, namun bila dilihat dari sudut dirinya sebagai penyumbang kepada suatu perubahan yang lebih besar, tidaklah ketara perubahan dalam tindakan mereka.

Kerja masih seperti biasa, jadual harian msih seperti biasa, cara fikir masih seperti biasa, dan tiada yang kelihatan melainkan perkara biasa.

Dan berlalulah hidup seperti biasa.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s