berfikir didalam selimut


Salam, Alhamdulillah selepas 4 hari bersama selimut, hari ini dapat memulakan hari dgn lebih baik. Walaupun sedikit pening2 dan selsema, tapi Alhamdulillah jauh lebih ok dari semalam. Alhamdulillah dan syukran kepada yg menjaga dan prihatin.

Sepanjang 4 hari dalam selimut, suatu perkara yang menarik telah berlaku.

Dunia seolah terhenti sekejap.

Dari pusingannya yang laju, bagi saya ketika itu seolah berhenti sekejap, dan memberi ruang untuk melihat apa yg sedang berlaku.

Dan paling ketara adalah apabila melihat Khayrat sudah semakin besar.

Ketika didalam selimut melihat bagaimana cepatnya beliau membesar dan dewasa, sudah tidak perlu banyak perhatian, banyak membuat kerja sendiri.

Ketika zaujah keluar(dgn Sayyid) membeli barang dan sebagainya, tinggallah kami berdua.

Lihat beliau mengemas rumah (mainan), duduk bermain  sendiri, pakai seluar,stokin,topi, baju sendiri, malah sudah ada baju feveret.

Kadang2 tolong jaga adik dia. Alhamdulillah sudah besar dah Khayrat. Sedangkan suatu masa dahulu ingin memusingkan badanpun perlu Mama dan Abahnya tolong.

Tapi suatu perkara yg menarik adalah, ianya hanya disedari ketika sdg dalam selimut.

Mungkin kerana ianya suatu yg relatif (perlu dikaitkan dengan sesuatu) maka terhentinya masa sebentar membantu dengan lebih jelas melihat perubahan yang berlaku.

Rupanya konsep yg sama juga boleh dilakukan pada kehidupan kita seharian.

Seorang manusia perlukan suatu masa yang terhenti dari semua perkara yang biasa dilakukan dan mula memerhati dan berfikir, sejauh mana dia sudah berjalan, sejauh mana  matlamat hidup hampir digapai.

Kerana matlamat hidup begitu juga.

Seperti seorng yg sedang marathon, ketika dia sedang berlari tiada suatu perkara pun yg difikirkan melainkan ingin sampai ke garisan penamat, seorang yg hebat dalam marathon biasanya akan memikirkan itu sahaja, garisan penamat, garisan penamat, garisan penamat.

Dan tiada masa untuk bertoleh melihat sejauh mana sudah beliau tempuh.

Tapi hidup bukan seperti marathon dimana caranya satu, berlari dan matlamat asasinya simple, sampai ke garisan penamat.

Maka perlu ada tempoh masa berhenti sebentar dan melihat sejauh mana sudah dilalui, adakah timing kena,  berapa jauh lagi dihadapan dan sebgainya.

Dan ini tidak dapat dilakukan melainkan dengan perhentian sebentar dan mula melihat dan berfikir.

Kepada yang akan imtihan tidak lama lagi, masa peperiksaan adalah masa terbaik untuk berhenti sebentar dan berfikir mengenainya.

Signifikannya kerana imtihan menandakan anda berada pada tahun berapa dan baki persinggahan anda didunia student berapa lama.

Jadi ambillah masa sebentar berfikir mengenai hidup anda.

Tidak kira ketika didalam selimut atau diluarnya.

************************

shukran kepada yg mendoakan ketika hari jadi yg lepas. Maaf tidak dapat reply kepada semua. 

wasalam

Advertisements

2 comments on “berfikir didalam selimut

  1. Anas berkata:

    suka post ni…
    rindunya ust dan khayrat…
    thank you for helping me become the man i am today…
    🙂

    • suhailsufian berkata:

      mukmin dgn mukmin itu ibarat(batu-bata yang membentuk) bangunan yg saling menguat antara satu sama lain.
      you’ll be surprise what you have helped me through, and it’ll remain secret 😉

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s