3 step Simple Dakwah


Salam, bila berlalunya masa, biasanya melalui kajian dan perkembangan zaman dan semasa, sesuatu yang simple akan berubah menjadi lebih teliti dan mendalam.

Bukannya tidak baik, namun adakalanya ia membawa kepada rumit dan terlalu berteori.

Contohnya Dakwah.

Asalnya hanya sebuah arahan yang ‘simple’. Berdakwahlah kepada manusia.

Tapi berlalunya masa, dengan semangat ingin menyusun dan memudahkan pengurusan dan pemerhatian dakwah yang lebih efektif, menjadikannya agak rumit.

“Bolehke saya berdakwah? mcm tak layak je?” “Dakwah ni tak efketif lah sebab kurang unsur sekain balablablabla”

Kerumtina ini menjadikan sesetengah usaha dakwah diperlekeh, sesetengah dakwah menjadi khusus tugasan golongan tertentu dan sebagainya.

Post ini bertujuan untuk membawa segenap lapisan muslimiin tak kira siapa anda, kembali melakukan dakwah!

Jadi 3 step ini adalah unuk sebuah dakwah yang simple tapi best!

Step 1.Berkenalan. 

Mulakan dakwah dengan berkenalan, dan jangan terus meompat kepada kesimpulan. Dari sini anda akan mengenali siapa anda dakwah. Walaupun ianya seorang yang sudah lama bersam anda, tapi tugasan dakwah takkan boleh ditinggalkan.

Takkan ada ukhuwwah yang tiada dakwah! Kerana kawan baik sepatutnya orng pertama menegur kita, dan teguran itulah yg dikatakan dakwah.

Dan tidaklah difahami bahawa org yg berdakwah lebih baik dari yang didakwah, kerana ukuran masing2 adalah pada taqwa kepada Allah dalam berdakwah, maka pada yg berdakwah tiada tempat untuk rasa bengga dan  didakwah tiada ruang untuk inferior.

Dari berkenalan kita akan kenal, Oh part mana yang akan saya tolong.

Ianya kritikal supaya pemberiaan kita akan bermakna.

2. Memberi

Maka, inti kepada dakwah adalah membantu. dan memberi.

Jika ada kekurangan kita tambah,

Jika ada penambahan kita sokong,

Jika ada kekuatan kita bantu untuk istiqamah.

Memberi, adalah roh dan semangat dalam dakwah.

3. Closure – meminta

Closure step terakhir yang terpenting.

Prinsip asas adalah, “tanasuh”

Apabila kita sudah menasihat seseorang rakan, jangan lupa untuk minta dinasihati.

Apabila kita sudah berdakwah jangan lupa untuk minta didakwah.

Step ini kritikal supaya roh dan tujuan step pertama dan kedua terjaga dan tebrina.

Supaya tidak timbul pandangan pelik selepas dakwah berjalan.

Contoh :

step 1 :

“Budin apa khabar?” ,

Alhamdulillah sehat

“Dari mana?”

Dari masjid.

“Oh lambat balik, ada buat apa?”

Aku dengar ada Tazkirah sikit

step2 dan 3

“oo, nanti kalau ada lagi ajaklah ye, aku teringin juga, erm tapi aku mcm krg minat, ko ade ape2 nasihat?”

Ooh, ………taqwa….. .

Apa yang terjadi diatas?

1. Dalam step satu x bertanya pada Budin ttg apa yg dilakukan, dari situ dia dapat kenal pasti satu kekurangan, iaitu budin tidak ajak org lain kepada majlis ilmu.

Walaupun budin seorng yg baik dan pergi ke majlis ilmu.

2. Step 2 dan 3 bergabung dengan satu ayat “ajaklah sekali”

Jadi simple sahaja!

Yang penting mentaliti adalah improve semua perkara, dari “sepatah perkataan” hinggalah kepada projek dan sebagainya.

Perkara yg simple dilakukan seharian akan menyelesaikan banyak perkara rumit yang pening untuk difikirkan.

Semoga dakwah berdarah daging dalam tubuh kita.

wasalam

3 step ini disusun berdasarkan hidupnya roh dakwah itu, iaitu terbina atas asas Iman dan Ukhuwwah.

disimplekan dari bab 10 kitab Awaaiq “Tanasuh wa Taghafuur”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s