Aku betul! Kamu salah!


“saya betul! kamu salah!”

1. Mudah kata saya betul, memudahkan kita cakap kamu salah

2. Kerana apabila kita mudah mengatakan kita betul, boleh jadi kerana kita kurang muhasabah diri. Boleh jadi juga kerana kita sendiri lemah dalam mengetahui kebenaran sesuatu perkara boleh jadi dari aspek ilmu ataupun nafsu, kerana ilmu yang cetek menjadikan kita mudah menerima kita betul, atau nafsu yang bergelojak menjadikan kita mudah mengatakan kamu salah.

3. Syahwat (nafsu) menipu kita dengan meletakkan kita lebih tinggi dari selainnya. Dikenali sebagai takabbur.

4. Manakala Syubhat  atau jahil (kurangnya ilmu) menjadikan kita tidak dapat melihat kedudukan sebenar sebuah pendirian.

5. Maka apabila mula bercakap 2 perkara diatas diletakkan dihadapan sebagai tujuan, menjadikan hasil yang ingin didapati dari perbincangan hanya melibatkan keduanya.

6. Boleh jadi kerana ingin meletakkan diri kita lebih dari orang lain, ataupun tiada ilmu tentang pendirian menjadikan ianya dilihat cantik dan tinggi kebenarannya walaupun bila disulami dan dikritik rupanya kosong.

7. Maka dalam keadaan “Aku betul” kebenaran susah dilihat.

8. Tetapi bagaimana pula jika ianya suatu yang benar?

9. Lihatlah semula perkara tersebut berkali-kali, bincanglah sebaik mungkin, kemudian kembali kepada keadaan yang berlawanan dengan sifat diatas (syahwat dan syubhat) dimana hasilnya pasti jelas dimana akan menjauhi perbalahan dan perbincangan kosong.

10. Berbincang untuk mencari ilmu dan kebenaran ada caranya dan disiplin yang menjaga perkara tersebut berjalan sebegitu.

11. Sepertimana mana-mana kertas kerja ilmiah ada format yang diukur nilai kebenaran dan tinggi rendah ilmunya, begitu juga dengan perbincangan dan perbahasan ilmiah lain.

12. Jika sekadar perbincangan diFacebook, atau kertas kerja 2 muka surat tanpa rujukan yang kukuh, malah ditempel dengan kenyataan yang tidak itirad (mencakupi) lapisan atau disiplin yang dipinta, maka sekuat itulah prinsip yang lahir darinya.

13. Mungkin ada yang kurang setuju, dan mengatakan cukup ana ikut ustaz ni sebut gitu dan gini.

14. Hakikatnya tidak semudah itu dan ruang berfikir dan berbincang dengan lebih luas sepatutnya diwujudkan.

15. Terutamanya apabila ianya berkaitan dengan seseorang atau sesetengah pihak, maka disitu budaya yang terbaik adalahberbincang terus dengan cara terbaik. Jika dalam keadaan yang tidak dapat tidak mengatakan dia atau aku salah, maka selesaikan bersemuka dengan hujah sepatutnya dan tatkala inilah prinsip ukhuwwah teruji dan prinsip bersepakat atas yang kita setujui dan berlapang atas perbezaan, malinakan ianya berkait usul dalam agama atau bida’aah yang jelas seperti golongan Syiah Rawafidh atau Ayah Pin.

16. Jadi untuk mengatakan orang lain salah, bukan mudah. Sepertimana kita juga tidak mahu orang lain mudah-mudah mengatakan kita salah. Jika ianya bersifat teguran PM kan ada 🙂

17. Malah kesalahan yang dilakukan jika ianya tidak sepatutnya disebarkan jangan disebarkan, ingat penyebaran seperti diatas, apabila ianya jelas sesat tanpa khilaf.

18. ingat, susah sebanarnya mengatakan diri betul jika dilakukan dengan muhasabah dan cara mencari kebenaran, lagilah susah sebenarnya untuk mengatakan orang lain salah. Mereka yang banyak muhasabah diri biasanya tidak gemar memuhasabah orang lain.

19. Wallahua’alam, maaf tidak smpat attach rujukan sepatutnya esok imtihan terakhir sem ni. Doakan.

“Penyakit hati itu dua, syahwat dan syubhat” – Tahzib Syarah Aqidah Tohawiyah, Dr Solah Sowi

wasalam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s