kita hanya pekerja? …adakah itu sahaja


*Salam, semoga semua berada dalam keadaan selamat, dan Mesir Alhamdulillah tenang. Baru selesai 3 paper. 3 paper sahaja lagi dengan 10 hari lagi. Rabbuna yusahhil.

1. Ramai berfikir apabila melalui hidup, melihat kepada apa tugas yang ada.

2. Mereka mula melihat, “siapa saya” dengan penugasan yang sedang berlaku.

3. Maka mula menyenaraikannya bermula dengan

1. Hamba Allah (bagi mereka yang sedar)

2. Anak.

3. Pelajar.

dan lain-lain

4. Dan mula menjalani hidup cuba mengoptimumkan penugasan tersebut.

5. Ada yang mula menjadikannya sebagai tujuan hidup.

6. Adakah mereka berjaya? erm, bergantung kepada berjaya itu apa.

7. Namun kebiasaannya mereka akan hidup berjaya, jika seorang pelajar, mampu skor, seorang anak yang soleh, seorang disiplin dalam ibadat dan lain-lain.

8. Ianya suatu yang terpuji, kerana termasuk dalam kefahaman “Allah mencintai hamba yang melakukan amalan dengan tekun”. Dan bukanlah bermakna dia tiada tujuan hidup.

9. Ianya suatu cara fikir yang praktikal, namun akan terlepas suatu kehidupan yang menarik.

10. Kerana apabila kita mengejar menjadi seperti biasa, walaupun optimum, ianya tetap biasa.

11. Namun jika kita berfikir menjadi seorang yang lebih dan pergi lebih jauh, maka apa salahnya!

Perlu ada perubahan orientasi dari apa yang kita sedang lakukan, kepada meletakkan visi dalam hidup. Menjadikan hidup mempunyai impian yang tinggi, kehidupan yang mulia dan kehebatan dihadapanNya.

12. Kerana ketika itu, perkara biasa menjadi mudah, sekadar tugasan harian sebagai seorang anak dan ayah agak ringkas, berbanding membina sebuah lagesi atau status yang tidak pernah dicapai oleh yang lain, ianya termasuk dalam cara kita fikir dan urus kehidupan.

13. Dan kita tahu, kejayaan tertinggi sudah ada (Ar Rasul), panduan sudah ditunjukkan. Ianya limit seorang manusia dari segi pengorbanan dan pengurusan hidup.

14. Cuma untuk kita bermimpi dan mengejarnya. Bukankah menjadi seperti Ar-Rasul dalam semua aspek dikira mustahil? Namun menjadi sepertinya dalam sebahagian tidak mustahil.

15. Terfikir, mengapa Allah menjadikan Qudwah tertinggi mustahil untuk ditiru sepenuhnya?

16. Maka mustahil menjadikannya limit yang jelas kepada impian kita. Supaya walaupun bermimpi, ianya mimpi yang mampu realistik untuk kita bangun dan mengatakan,

ada seorang sahaja didunia dah mencapainya. Apa salah aku mengejarnya.

17. Kesimpulan :

  1. perlu berfikir dalam kerangka tugasan sedia ada supaya kita praktikal,
  2. namun perlu mencabar diri mengejar impian yang lebih besar bersunguh-sungguh.

Inilah yang diistilahkan sebagai suatuharinanti.

Lafaz yang mengajar kita bermimpi. 

Dan mengelak dari hanya menjadi pekerja. Tapi menjadi seorang manusia yang mulia didunia dan akhirat. Sehampir mungkin dengan Rasulullah. 

wallahua’alam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s