Nilai subjektif dan objektif – Al-Azhar dan AOU


*semoga demonstrasi dan apa yang berlaku sekarang memberi impak positif untuk perkembangan dakwah dan keharmonian negara Mesir.

1. Memang benar kebanyakan perkara dinilai dengan subjektif.

2. Namun terlalu subjektif akan menyebabkan kita terlalu lama berada dipesimpangan dan sering bermain dengan pertembungan antara kehendak diri dan tuntutan semasa, atau dengan keadaan diri dengan kemahuan kita.

3. Contohnya, apabila kita terlalu meletakkan kejayaan subjektif, maka ada yang terlalu lama mencuba, dan apabila ditanya apa yang diperolehi, maka bolehlah mensyarah itu dan ini,

4. Namun apabila ditanya apa kesannya? Apa perolehan ini dapat membantu masyarakat? Apa perubahan yang akan berlaku dengan ilmu ini?

5. Ini adalah sedikit situasi yang saya tempuhi apabila melalui fasa 4 tahun diUniversiti AL-Azhar. Dan ianya juga sistem turath yang dimuhasabah oleh Tariq Ramadhan kepada perlunya nilai yang saya sebut sebelum ini.

6.  Anda mampu menceritakan pandangan yang banyak dan naqal dari Syeikh itu dan ini, namun untuk menjadi seorang yang efektif dan berobjektif yg jelas dalam penerangan perlu lebih.

7. Anda mampu menjadi eorang yang cukup subjektif dari segi ilmu, namun orientasi objektif adalah sesuatu yang bukanlah mudah diperoleh.

8. Bukan untuk memperkecilkan nilai, tetapi disitu perlukan nilai pelengkap kepadanya.

9. Berbeza pula dengan AOU (American Open University).

10. Walaupun ianya agak berobjektif namun nilai subjektif agak kurang, mungkin kerana umurnya dan konsep yang dibawa.

11. Dimana, sebuah subjek kita fokus pada seorang Doktor (biasanya dari Azhar ataupun Darul Ulum) , dengan tujuan yang sudah jelas perbincangan apa yg akan dibincang nanti, tempoh masa dan sebagainya.

12. Maka agak kehilangan nilai subjektif yang ada diAzhar, dimana apabila berjumpa dengan Doktor, ibarat semua perkara akan disembang dan dikembangkan.

13. Keduanya perlu pelengkap.

14. Kesimpulan cerita, tiada tempat yang sempurna, kerana itulah sifat institusi dibawah tangan manusia, maka sebagai penuntut ilmu sifat partisan dan memilih sebuah pihak sahaja akan merugikan dimensi yang patut didapati.

15. Saya takkan tinggalkan subjektif lautan ilmu Azhar, dan takkan merugikan masa dijurusan sarjana di AOU, keduanya perlu dikutip, dan perlu bina lebih dari itu,

Dalam menuntut ilmu,

Jangan makan apa yang disuap sahaja, perlu tamak mencari nikmat-nikmat kelazatan yang lain.

Ibarat pergi buffet, rugi kalau makan nasi goreng sahaja 🙂

*kerana biasanya nasi goreng diletakkan yang paling hampir dan ditanya pertama oleh waiter yg bertugas disitu ‘boleh saya hidang?”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s