sempit yang menggembirakan.


” Tidaklah yang sempit itu dunia, tetapi yang menyempitkan dunia adalah hati yang sempit “

Salam,semua.

Sebelum kita tercipta, Allah telah mencipta tujuan dan sunnah didalam dunia. Ianya tidak berubah. Malah kekal sehingga ke akhirnya. 

Kadang-kadang ia desbut sebagai ‘ayaat, petanda, alamat, takdir dan lain-lain’, tetapi ia membawa satu kesimpulan walau berbeza perkataan, bahawa ianya urusan tuhan dan bukan urusan kita.

Ianya mudah difahami, namun sukar untuk diterima.

Terutama didalam alam yang sarat dengan sebab musabbab, dimana kita melihat bahawa apabila kita hendak berjalan, maka barulah kita berjalan, apabila kita memukul barulah terpukul, jadi sunnatulah ‘bukanlah kamu yang membaling ketika kamu membaling’ agak sukar dilihat.

Ia menjadi tersembunyi dan seolah suatu yang gharib, pelik dan sukar diterima.

Walaupun minda menerima namun hati belum tentu menerima.

Kita bisa menyebut “Ya tahu, faham ianya takdir” namun entah mengapa mata masih mengalir airmata, suara masih garau, langkah masih longlai.

Itulah keadaan dimana terbongkar kedudukan hati kita yang sebenar, yang tidak dapat dilihat didalam keadaan yang tenang.

Ibarat air yang jernih didalam sebuah kolam, akan sentiasa kelihatan jernih hinggalah ianya dikocak hingga tiada beza dengan sungai yang kotor.

Itulah hati kita, apabila semuanya “goes well planned” maka tatkala itu hati kita seolah mencapai darjat iman, yakinkan Allah pada tahap tertinggi.

Namun tatkala digertak sedikti oleh sunnatullah, barulah kita memahami nilai sebuah sujud kepadaNya, nilai dua belah tangan diangkat kepadaNya.

Namun bukan untuk kita fokuskan kepada masalah diri, cuma ingin kita ingat dan sedari bahawa hanya dengan menguatkan hati bersama Allah sahajalah yang mampu merawat kesakitan ini.

Kerana ianya juga sebahagian sunnatullah.

Iaitu hati yang sempit dengan ketetapanNya hanyakan terbuka dengan mendekatiNya.

Dan lebih menarik apabila hti mula kembali kepadaNya.

Dirasakan kembali kemanisan solat 5 waktu yang sudah lama kering,

Dilihat kembali kemungkinan ketetapan pada masa kini jika berlaku mungkin mudarat lebih besar.

Dilihat kembali mentari-mentari yang telah Allah ciptakan untuk mengingatkan kita bahawa hari esok lebih dipenuhi rahmat dan kasih sayangnya.

Begitulah yang saya rasai tatkala gugurnya anak pertama pada tahun pertama perkahwinan.

Ya! Ianya bukan ujian ringan.

Kerana berapa banyak sangat impian kita hilang begitu sahaja.

Berapa banyak sangat perkara yang kita betul-betul sayang hilang selama kita hidup.

Berapa banyak sangat perkara yang kita betul-betul lebih kita sayangi dari diri kita hilang dan tidak kembali.

Namun tatkala itulah kita akan sedar bahawa kita akan cetek apabila melihat hanya disitu.

Dan tolak persoalan itu dan kembalikan pada persoalan rahmat Allah dan hadiah menanti.

Berapa banyak ujian yang betul-betul menjadikan aku hamba?

Berapa banyak lagi peluang dan rahmat yang menanti dihadapan?

Berapa banyak lagi keindahan yang bakal menanti.

Tatkala itulah baru hati yang sempit mula bergembira. Dan tatkala itulah kita akan merasa walaupun hilang dunia dan semua impianku, aku tidak kisah, kerana pelukanMu ya Rabb lebih berharga dari diriku yang hina ini.

Selagi kasih sayang itu tidak menyelubungi, maka kesempitan akan sentiasa menyelubungi kita. 

Bukankah apabila Allah mencintai hambanya dia akan mengujinya?

“Janganlah berjalan pada jalanan sia-sia, sungguh pada penciptaan harapan-harapan yang terlalu banyak”

“dan janganlah pergi kearah kegelapan, sungguh pada penciptaan mentari-mentari terlalu banyak disana”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s