Guru bekerja 9 jam? Pelajar pula? Tiada isu…..


1. Baru – baru ini timbul isu guru bekerja 9 Jam, seperti yang diwar-warkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong.

2. Ramai yang membantah dan mengatakan ianya tidak releven dan membebankan. Dari kalangan ahli politik, blogger dan lain-lain.

3. Namun tidak ramai yang cuba memberi pandangan dalam memperbaiki sistem.

4. Apakah pelan tindakan selanjutnya? yang mengurangkan bebanan tersebut?

5. tanpa menafikan pandangan menolak 9jam bekerja (kerana saya juga berpandangan sedemikian), perlu lebih difikirkan penyelesaian untuk membina sistem pembelajaran yang lebih berjaya dan islamik.

Kerana tiada kejayaan yang dicapai melainkan padanya ada nilai Islam.

6. Ada yang pelajari Islam dapat kejayaan, dan ada pula yang pelajari kejayaan akan memahami Islam.

7. JIka tidak dapat mencadang, mungkin boleh membuktikan dalam skala yang boleh kita ubah. Seperti cara memberi pandangan, cara mendidik anak dirumah, atau sebagainya.

8. Cuma saya agak tertarik dengan Korea. Apabila Newsweek telah meletakkannya ditangga kedua dalam carta kecemerlangan dari sudut Akademik mengalahkan kebanyakan negara Eropah.

9. Antaranya adalah mereka mengubah sistem pembelajaran supaya masyarakatnya habis belajar awal (sekitar 15-16) sekolah menengah dan awal 20-an untuk peringkat tinggi.

Jadi mereka memulakan sesi tadika secara wajib kepada semua rakyat bermula seawal umur 3 ke 4 tahun.

10. Dan para cikgu akan mengulang berkali-kali ketika mereka tadika “Sesungguhnya negara kita ini tiada sumber galian. Kita tiada minyak, kita tiada arang dan gas. Dan akhirnya kita hanya ada diri kita.”

Dari kecil ditanam harga diri yang tinggi untuk negara.

11. Boleh jadi diMalaysia, kita kekurangan sudut itu.

12. Sudut yang menanam jatidiri dalam diri pelajar sekolah.

13. Kadang – kadang tertanya, berapa ramaikah yang akan bertanya kepada diri seawal tadika, ” Apa yang akan aku sumbang untuk negara ini?”

14. Hikmah inilah yang kelihatan agak hilang, sedangkan Muslim sejati adalah yang paling sayangkan tanah airnya.

Jika dilihat dari sudut itu, boleh jadi orang Korea lebih berjaya tanamkan nilai cintakan negara dalam pelajar-pelajar lebih dari mereka yang berkata ingin membina daulah Islamiyah.

15. Maka pandangan saya, Jam bukanlah isu terbesar, jika tambah banyak manapun, tapi perkara yang asas dan sebenarnya yang patut ditanam tidak dilakukan, maka ianya tidak menyelesaikan masalah yang ada.

Ingat, masalah hanya selesai bila kita tahu masalah dan selesaikannya.

Takkan hilang sakit perut kalau makan panadol 🙂

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s