para suami yang …. mengandung


tajuk tiada kaitan dengan gambar

Assalamualaikum, semoga semua masih dalam suasana korban.

1. Kalau 2 -3 bulan lepas, kedengaran puluhan manusia disekeliling berkahwin, hari ini pula berbeza.

2. Kedengaran puluhan pula yang bakal menjadi Bapa.

3. Yang terdekat Hafiz Razak Batch 9, beliau dan isteri sedang menunggu masa diHospital, rabbuna yusahhil!.

4. Namun tak terkecuali mereka yang masih ada 7 – 8 bulan menunggu lagi, dan mereka ini agak ramai.

5. Lima 5 tips untuk mereka :

  1. Sentiasa berada disisi Isteri ketika senang atau susah. – Biasanya isteri hanya ingin melihat wajah suami sahaja, atau mendengar suara suami melalui telefon, samada senang (ada perkara gembira) atau susah.
  2. Banyakkan bersembang tentang anak – serba sedikit ia akan mengubat kesusahan mengandung, apabila bersembang tentang masa depan anak. Nak anak muka camne, nak anak mahir dalam bidang apa, nak belikan bau warna apa. Walaupun suami jarang pergi ke bahagian baju dan seluar warna apa, Isteri cukup suka part tu sebenarnya.
  3. Jangan terlalu risaukan kondisi kesihatan dan bertanya tentangnya – antara perkara yang memburukkan keadaan adalah selalu bertanya sehat tak, ok tak, dan terlalu risau tentang kondisi. Biasanya keadaan yang kurang selesa jadi sakit. Ingat suami kena maintan cool dalam hal ni.
  4. Sentiasa berdoa…..BERSAMA. Ini skil terakhir yang ingin saya kongsi. Biasanya suami solat dimasjid, dan isteri dirumah. Perkara ini bagus, namun perlu ada sesi solat bersama dengan isteri, dan berdoa bersama untuk anak. Ianya akan menimbulkan roh dan semangat ibadah dalam kesusahan dan cabaran menghadapi situasi mengandung.

6. Oh terlupa, tips yang terakhir dan yang kelima, yang merupakan antara terpenting adalah : Suami mesti selalu membayangkan bahawa dialah yang sedang mengandung, yang sedang muntah-muntah, yang sedang pening-pening dan yang sedang tak cukup rehat.

Ini penting supaya perkara diatas berkesan.

Kenapa ?

Kerana suami yang melakukan tips diatas denga ‘kering’ tanpa emosi dan perasaan takkan mampu membantu sangat isterinya sebenarnya.

Kerana Isteri sebenarnya cukup memerlukan sentuhan kasih sayang yang berbentuk emosi menyayangi dalam tindak tanduk kita walaupun sebentar. 

Kerana mereka (para isteri) bukanlah pekerja , atau orang gaji, tetapi pasangan hidup yang kita berkongsi segala dengan mereka.

Barulah hadaf ‘liyaskuna ilaiha’ tercapai.

7. Maka, yang penting bila isteri mengandung, suami pun mengandung 🙂

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s