HIMPUN – selamatkah Akidah??


Masyarakat yang berhimpun - semoga amal diterima olehNya

Salam kepada semua. Semoga Allah memberkati hidup dan menerima amalan sebagai tanda penghambaan kepadaNya.

Tahniah kepada semua yang berusaha dalam HIMPUN !!

Semoga bertemu disyurga dan dinilai dalam mizan hasanah yang cukup berat.

********************

“HIMPUN,HIMPUN, SELAMATKAN AKIDAH!!”

Itulah antara slogan yang dilaungkan ketika HIMPUN baru – baru ini.

Bukan untuk menjadi pesimis atau sarkastik tetapi persoalan yang bertanya setelah berakhir,

apabila slogan “SELAMATKAN AKIDAH!” habis dilaungkan, adakah pengertian slogan itu terlaksana?

Adakah Akidah akan diselamatkan apabila selesai HIMPUN?

Sebelum bermula HIMPUN sendiri ramai bertanya soalan yang sama, antara yang di “tanya” oleh ramai :

“Setakat kumpul-kumpul, selamatke akidah?”

“Kita nak kualiti dan bukan kuantiti!”

Dan persoalan yang berputar disudut pandang yg sama, adakah Akidah umat akan selamat dengan HIMPUN ?

Jika tidak mengapa perlu berhimpun?

    Soalan pertama yang ingin saya bertanya adalah mengapa soalan tersebut ditanya?

Adakah untuk meremehkan usaha?

Atau untuk menunjukkan mereka lebih tahu?

Atau untuk mengetahui hala tuju yang dibawa?

Atau untuk menegur?

Dan dalam setiap tujuan pasti ada bentuk dan cara untuk bertanya.

     Soalan tersebut sendiri perlu ditanya kepada semua yang menyertai HIMPUN dan menyokong.

Adakah dengan kehadiran ini akan Menyelamatkan Akidah?

Adakah dengan sokongan ini akan menyelamatkan akidah?

Seperti diatas saya tegaskan, persoalan ini bukan untuk pesimis atau bersifat sarkastik.

     Perlu bertanya kerana sebuah hakikat yang jelas, Akidah umat takkan selamat spenuhnya melainkan Hakimiyah / kehakiman dan perundangan dunia dibawah Allah, mengikut pegangan Quran dan Sunnah.

Adakah dengan HIMPUN akan mentahkik hakikat itu? Atau perundangan dan kepimpinan Dunia dan Malaysia masih ditangan dan perundangan manusia?

Maka dihadapan persoalan ini ada yang mengerti kenapa ia perlu ditanya, dan ada yang tidak kisah pun, yang penting aku menyokong! dan ada yang rasakan itulah sebab tidak menyokong HIMPUN.

Sungguh Allah akan menerima amalan, dan pendapat terbaik hanya disisi Allah pengetahuannya. Kita berusaha, Selagi mana adanya ruang perbezaan yan dbenarkan, maka berlapang dadalah cara terbaik mengurusnya. Beruntunglah mereka yang berlapang dada.

Persoalan yang sama sering ditanya ketika derma diPalestin diminta, adakah dengan derma ini akan membebaskan Palestin? Atau dengan menghadiri ceramah atau KBAZ atau demonstrasi pembebasan Palestin akan terbebas?

Atau bagaimana?

Jawapan yang sama seperti permasalahan diatas akan bangkit.

“…..takkan selamat (diganti dengan dibebaskan) sepenuhnya melainkan Hakimiyah / kehakiman dan perundangan dunia dibawah Allah, mengikut pegangan Quran dan Sunnah.”

Jika begitu adakah releven dibuat kutipan? Dan demonstrasi? dan…dan …dan.

“Bererti, HIMPUN takkan menyelesaikan permasalah Akidah pun .”

Kesimpulan diatas hanyalah kepada mereka yang mengukur HANYA dengan HIMPUN sebagai TINDAKAN.

Namun jika dilihat HIMPUN sebagai langkah kesatuan antara NGO, Langkah permulaan kesatuan antara umat!

Maka kesimpulan diatas tidak terjadi, namun kesimpulan lain akan mucul :

Bahawa sudah tiba masanya kita mengukir semula kesatuan Umat yang diimpikan atas aqidah yang disebut oleh semua.

Sudah tiba masa mengambil langkah pertama melihat diri kita sebagai Aqidah yang satu,

Maka mengutamakan Aqidah ini lebih dari yang lain!

Ingatlah, ianya hanyalah langkah kearah membina sebuah ummah yang sensitif terhadap Akidah. Yang mana Akidah yag hidup seperti digambarkan Imam Albanna :

تدور عليها افكاره, وتتجه نحوها أعماله, وتتركز حولها آماله

Yang berputar disekelilingnya Pemikirannya, Dan ditujukan kepadanya Amalannya, Dan difokuskan disekitarnya Cita-citanya dan Impiannya.

Yang mana apabila tingginya cita-cita ini, maka akan terlahirlah darinya amalan-amalan yang tinggi.

     Maka hanya dengan Aqidah yang hidup seperti inilah manusia akan mula berpijak dalam daerah kesatuan hati yang sebenar. Aqidah yang menyedarkan manusia bahawa didalam hatinya terpahat kebenaran, kebenaran yang perlu disampaikan ke pelusuk alam. Akidah yang menggerakkan, dan tidak mati.

“Mereka memahami bahawa peringkat pertama kekuatan ialah kekuatan akidah dan iman. Diikuti dengan kekuatan perpaduan kemudian kekuatan tangan dan senjata” – Hasan Albanna

Dimana kekuatan yang baik dan benar akan membawa kepada kebenaran dan kebaikan yang lain. Dimana kebaikan dan kekuatan Akidah akan membawa kepada kesatuan jika kekuatan Akidah itu benar.

Itulah setiap sifat kebaikan dari dahulu seperti yang diceritak oleh Ibnu Tayimiyah dalam Majmu’ Fatawanya 110/10:

ان من ثواب الحسنة : الحسنة بعدها

sesungguhnya daripada ganjaran kebaikan, adalah kebaikan setelahnya

     Inilah yang dimipikan oleh semua Pejuang Islam tidak kira latar belakangnya, HIMPUN mengingatkan kita kembali kepada hakikat keinginan kita yang satu.

     Semoga ianya menjadi langkah kanan untuk perjuangan Islam diMalaysia. Sungguh, kita cintakan Allah, Kita cintakan Rasul kita cintakan Islam!

    Dan semua pejuang Islam cintakan perkara sama, kerana inilah Akidah kita yang tidak boleh dijual beli dan ditawar menawar.

   Sudah sampai masanya ianya ditiupkan kedalam masyarakat kita. Semoga Ummah bangkit dan bangun!

wallahua’alam

” Membina Ummah Beragenda “

Advertisements

5 comments on “HIMPUN – selamatkah Akidah??

  1. imang berkata:

    nice one, suhail! tertunggu2 gak post-himpun punye artikel. (kimsalam hasanah khayrat sayyid)

  2. khazaidi berkata:

    tahniah. hebat pencerahan anda,.

  3. HanafiSarif berkata:

    mohon copy paste ayat hasan albanna tu…tq

  4. Abu Mujahid berkata:

    well said…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s