budak SPM kata UPSR senang, kenapa?


Salam ukhuwwah.

budak SPM kata UPSR senang, kenapa?

Dan student U selalu ckp SPM is nothing.

Walaupun semua yg bercakap ni dulunya ketika student merekalah yg mengadu susahlah peritlah, bilalah nak habis dan lain2.

Adakah kerana ilmu dan kematangan bertmbh?

Atau kenapa?

Lojiknya yelah sebab sudah melepasinya dan masak selok beloknya.

Atau lojik kedua adalah kerana kematangan yg meningkat dan ilmu yg bertambah.

Mungkin kerana itu ramai pemuda rasa dunia hampir kepada kehancuran kerana putus cinta.

Atau rasa seperti nak berhenti belajar dan sejauh mungkin dari kawan2 bila tak excel dlm belajar.

Tapi hakikatnya perkara tersebut akan digelakkan oleh org dewasa dan mak ayah kita.

Dan mereka boleh tenang dan kata ‘itulah lumrah hidup’

Tapi bukan jawapan itu yg penting.

Tapi kenapa mereka relaks dan boleh urus hidup lebih, dan kita masih sangkut pada remeh temeh dan masalah kecil?

Kena mula berfikir dan bertindak dewasa maka perkara kecil menjadi kecil.

Dan perkara besar menjadi kecil kerana sentiasa mencabar diri kepada perkara yang lebih besar!

Seorang pelajar tahun satu universiti pasti akan susah dan berat untuk menempuh final pertama di’uni’nya jika dia meletakkan itulah segalanya.

Dan jika dia meletakkan itulah perkara paling besar ketika itu.

Tapi seorng yg berfikir lebih besar biasanya akan mengangap ianya hanya sebuah fasa kecil dalam hidupnya, dimana setelah itu akan mengambil master kemudian phd dan memimpin masyarakat hinggalah dunia!

Tapi tak cukup jika hanya berfikir, kerana terlalu mudah untuk tertipu dengan angan-angan bahawa saya akan menjadi seorng yg hebat!

Namun exam final itu akan menjadi kecil apabila dia jujur dengan impian tersebut.

Secara hariannya dia sudah berjuang menunaikan impian tersebut.

Barulah lojik diatas menjadi benar.
Seperti seorang yang akan mengambil UPSR tapi dari darjah lima sudah membelek buku PMR, maka UPSR bukanlah sebuah tekanan dan besar sangat malah hanyalah sebuah ‘maalim’ (road sign) dalam jalan yang jauh untuk ditempuh, dan apabila sudah melepasinya dia tahu ia akan meninggalkannya jauh ke belakang kerana perkara yg lebih besar menanti dihadapan.

Atau seorang yang hanya berangan dan mendabik dada ‘alaa upsr ni kacang je, aku target PMR 9A! takde hal n[unya lah’ tapi harian dia masih budak-budak, maka tiadalah kanak-kanak melainkan kanak-kanak.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s