Manusia vs Ombak


Suatu hari duduk seorang manusia dipesisiran pantai sambil melayan diri.

Tiba-tiba, ombak memukul dengan KUAT!

Lemas!

Tergolek!

Muka tersembam kedalam air laut!

Dirasakan tiada daya melawan ombak yang menolak.

Namun bila berdiri ombak yang disangka kuat rupanya hanya geseran-geseran lembut dicelahan kaki.

Begitulah manusia, bila dia berfikiran cetek, dalam suasana yang sempit, dan meletakkan akal dan hati pada keremehan dan kerendahan dunia, ombak yang kecil disangkanya tsunami.

Namun mereka yang berdiri tinggi. Dengan keizzahan ilmu dan haq, dengan keluasan cara berfikir dan jauhnya pandangan, maka ribut dilautanpun dianggap seperti takdir, ketentuan dan ujian Allah yang lain, seperti lahir dimana, bila tarikh lahirnya, sedikit gagal dan lain-lain.

Tidak merungut malah menerima dengan pandangan positif yang membawa kepada pandangan rahmat. Bahawa, jika Allah mentakdirkan begitu, tenanglah aku kerana Allah maha adil dan inginkan kebaikan buat hambanya.

Ketenangan kekal apabila kembali kepadaNya walau dalam keadaan paling getir sekalipun, seperti ketika mizan dibentangkan.

Bukankah suatuhari dahulu telah berlaku, tatkala seorang badwi yang bertanya tentang siapakah Hakim pada hari kiamat, yang mana datang dalam keadaan gelabah,

diakhiri pertemuannya dalam keadaan tenang,

pabila ditanya kenapa berubah dari gelabah dengan tenang dgn cepat beliau menjawab

“kerana Hakimnya Allah yang maha adil dan tidak menzalimi sesiapapun, bagaimana mungkin tidak tenang pula?”

Maka hanya mereka yang mampu memecah lautan kehidupan yang tinggi dan tidak duduk statik ditepi pantai dengan persepsi susah dan lemah diri atau yang lain sahaja yang mampu sampai disini.

Mungkin bila seorang manusia lama dalam keadaan duduk dan terbaring selesa ditepi pantai, maka pabila tiba2 air pasang dan ombakpun datang, maka yang sepatutnya menggeletek akhirnya dirasakan merosakkan dan menghancurkan, seolah dunia sudah diambang kiamat!

Itulah umpama mereka yang berada pada kerendahan nafsu dan dunia.

Maka mari bertanya,

Adakah kita sedang duduk atau berdiri?

Kita tentukan dengan kejujuran pada diri masing-masing.

Wasalam

Posted with WordPress for BlackBerry.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s