kenapa Khayrat dilihat bijak?


khayrat di Ramsis

khayrat di Ramsis

“Khayrat ni pandailah!”

” Ee bijaknya!”

Alhamdulillah ramai yang mendoakan sebegitu tatkala melihat gelagat si-abang Khayrat.

Namun saya terfikir, kenapa Khayrat menjadi tumpuan dan dilihat bijak, sedangkan ibu dan ayahnya disekitar dilihat biasa?

Bukan meminta untuk dilihat begitu,tapi musykil apa yang menarik pada si-abang Kecil ini yang pada saat itu tiada pada orang lain?

Dan apakah ianya suatu yang istimewa yang ada hikmah diatas quotation tersebut?

Apa yang Khayrat buat sebenarnya yang membuatkan beliau dilihat bijak?

Kadang – kadang kerana beliau tepuk Sayyid dan mendendangkan zikir ‘laailaahaillahlah”

Kadang – kadang kerana beliau mengambil buku dan duduk ‘membaca’ lebih 15 minit, tekun meneliti satu-satu gambar dengan lagak fokus dewasa.

Kadang – kadang kerana dia menyusun mainan dengan cara yang lain dari kanak kanak lain, menyusun dalam satu baris lurus.

Apapun,

Setelah direnung maka dapat saya lihat Khayrat hanya lakukan 2 perkara sahaja sebenarnya:

1. Menjadi seorang yang stabil.
2. Menunjukkan perkembangan yang agak lain, diluar jangkaan umur beliau.

Tatkala beliau meragan(kurang stabil) tidaklah nampak seperti diatas.

Dan tatkala terlalu manja, pun tidaklah nampak seperti keadaan diatas.

Mungkin kerana tabiat bayi yang kembali pada beliau ataupun lain.

Namun jika direnung, tabiat yang sama juga terlihat pada hidup mereka yang dewasa.

Bijak tidaklah diukur pada IQ dan genius semata, walaupun ianya menunjukkan seseorang mampu melakukan sesuatu lebih dari yang lain dari sesetengah sudut,

Namun hidup yang teratur, hubungan sesama keluarga dan manusia yang intim dan stabil, malah perwatakan yang sederhana juga boleh dinilai sebagai sebuah kebijaksanaan dalam hidup.

Mungkin seseorang mampu berfikir pada tahap dunia, mampu membuat penyelidikan yang hebat, mampu mensyarah juzuk itu atau ini,
Ataupun yang dekat dengan kita, mampu untuk skor peperiksaan dengan jauh meninggalkan rakan-rakan yang lain,

namun jika dilihat hidupnya yang biasa tidak teratur, malah terlalu banyak berfikir sehingga tidak menunaikan kerja-kerja asas dalam hidup, dan tidak mampu berperanan dalam mana-mana komuniti dalam masyarakat,

Maka adakah beliau itu bijak yang terbaik?

Atau sekadar bijak yang terlalu terjuzu’ pada sesuatu bidang dan meninggalkan kebijaksanaan lain.

Bukan untuk menafikan mujahadah, namun manusia yang paling mujahadah dalam sejarah juga berbuka puasa, bersama isteri, bermain dengan kanak-kanak, membantu masytarakat, memudahkan semua dan mudah untuk difahami tabiat diri Beliau(S.A.W).

Ingat,

Menjadi normal adalah suatu kebijaksanaan.

Namun jika kita mampu menjangkau umur kita dan masih berperanan maka itu juga suatu kebijaksanaan yang perlu cuba diusahakan seperti perkara kedua.

Lantas, jadilah seorang yang stabil dan kehdapan(proaktif) supaya menjadi bijak dalam hidup dan cuba memhami 2 perkara yang sebenarnya tidaklah lari dari pengertian 2 bahagian hadis Al-kayyisu……………dot,dot,

takpa saya tak habiskan hadis diatas kerana saya yakin andapun tahu ending hadis ini kan?

Posted with WordPress for BlackBerry.

Advertisements

2 comments on “kenapa Khayrat dilihat bijak?

  1. MeMAMeA berkata:

    Mungkin sbb ayah borek anak rintik. 🙂
    Serius ana xtahu mcm mana nak sambung hadis tu…

  2. hoodsunny berkata:

    Salam,

    Oh x sabarnya nk berjumpa adik beradik 2 org itu….. Kirim salam pada ummu khayrat.

    Salam imtihan dr bumi Badawi.. T-T

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s