raya merdeka!


Selamat Hari Raya buat semua yang mengenali dari dekat mahupun jauh.

……………

Menarik raya pada tahun ini apabila raya dan merdeka begitu dekat antara satu sama lain.

Boleh jadi inilah hikmah ilahi dalam penciptaan tarikh, dimana setiap tahun akan berbeza buat yang menilai dan berfikir.

Untuk sambutan raya kali ini, boleh jadi persolan utama yang perlu difikir, apakag puasa ini membuatkan kegembiraan ketika raya itu setimpal? Atau bagaimana?

Dan kalau tidak setimpal adakah perlu aku menyambut raya dengan hambar atau mengekalkan budaya-budaya baik dalam raya seperti menziarahi dan sebagainya.

Perlu ambil keduanya, dengan bersungguh menunaikan amalan pada bulan ramadhan seperti solat dimasjid 5 waktu dan qiyamullail dan dalam masa sama meneruskan kegembiraan dalam ziarah dan ukhuwwah.

Merdekapun sama, janganlah terlalu terikat dengan kita sudah aman dan tiada masalah hinggakan menimbulkan jiwa yang sukakan kerehatan dan melemahkan semangat juang, namun jangan pula terlalu terikat dengan kita belum merdeka yang hakiki dan masih dijajah, kemerdekaan kita sebuah penghinaan dan sebagainya.

Namun yang terbaik adalah kita mensyukuri rahmat keamanan dan dalam masa sama menyedari betapa lemahnya dan kurangnya sensitiviti masyarakat kita terhadap kemerdekaan sejati iaitu kedaulatan Islam diMalaysia.

Kena ingat jika tidak boleh buat semua jangan tinggal semua.

Perlu bijak dalam bersemangat.
Hinggalah semangat itu dipandu dengan akal yang waras dan ilmu yang tinggi.

Dan perlu bersemangat dalan kebijaksanaan.
Hinggalah ilmu yang ada tidak hanya terbuku didada tetapi dimanfaatkan oleh dunia hingga seorang alim yang dilihat dari luarannya ibarat mujahid yang sentiasa berjihad dijalanNya.

Wallahua’alam.

Selamat hari raya dan selamat hari merdekam

Wasalam

Posted with WordPress for BlackBerry.

Advertisements

One comment on “raya merdeka!

  1. thaaqhib berkata:

    “Boleh jadi inilah hikmah ilahi dalam penciptaan tarikh, dimana setiap tahun akan berbeza buat yang menilai dan berfikir.”

    kalau merdeka digazetkan menurut tarikh hijriah waktu tahun 1957 tu, kita takdapat merdeka raya.

    doploh sen saya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s