tak boleh kawal?


(Tulisan umum dengan semangat Mari muhasabah!)

Bila nampak kebaikan, kamu duduk diam.

Atau kamu putar jadi benda tu nampak seburuk-buruk benda.

Bila nampak keburukan seolah dunia ini berada dalam genggamanmu,

Mulalah ligat bergerak, bergetar, keatas kebawah.

Bila berdepan, kamu sembunyi, tersimpan dibalik senyuman.

Bila dibelakang, mula semula.

Mulalah ligat bergerak, bergetar, keatas kebawah.

Bila dah biasa ligat,

Tak kisah keseorangan atau berkumpulan, atau dikhalayak ramai.

Mulalah ligat bergerak, bergetar, keatas kebawah.

Tapi ramai lupa walau ligat, ia ibarat senduk.

Yang periuknya hati, maka hati budi seorang insan akan terzahir.

Yang menjadi kayu ukur, solehkah dia atau hatinya kotor penuh dengki.

Kadang terlalu ligat, lupadah ada kiamat.

Lupadah ada istilah menipu, mengumpat dan hasad dengki tak tentu hala.

Lagi dilupakan erti kasih sayang, hormat menghormati, berkata benar, ukhuwwah, dan jaga lidah.

Mungkin kerana tidak bertulang keligatannya sukar dikawal.

Tapi mungkin lebih tepat kerana pengawalnya sudah rosak,

lantas ibarat lori dipandu tanpa stereng, melanggar semua yang berada dihadapan, tanpa berfikir adakah ianya menyakitkan mereka? Adakah aku menghormati saudara seagamaku?

Dan akan lebih kurang bertanya, adakah maruahku makin menipis? Adakah nilai jiwaku makin menghina?

Dan adakah ia bisa membuat aku hancur dalam neraka? Adakah ia merosakkan penduduk disekeliling? Adakah adakah adakah???

Namun tatkala nafsu memandu laju dijadikan hujah darinya dan sumber kekuatan dan sandaran bagi semua perkara, adakah bermakna semua soalan diatas untuk difikirkan?

Tatkala itu tiada erti hujah pada mereka, rasional sudah dibuang awal lagi, akhirat? Wallhu a’alam.

Dan ianya terus……

Ligat, ligat, ligat,

Dan manusia sekeliling kepelikan dah tak boleh nak kawal kah?

Posted with WordPress for BlackBerry.

Advertisements

2 comments on “tak boleh kawal?

  1. emir.abu.khalil berkata:

    macam tau-tau aje maksud entri ini. hmmm…

    • suhailsufian berkata:

      Erm, dia umum sebenarnya, pada semua.

      Dan khususkan pada diri 😉

      Cuma kalau sebab tertulis, mungkin sebab tengok zaman sekarang ni bila kita manusia banyak bercakap tanpa berdepan(maknanya ikut facebook,internet,blog dll) membuatkan manusia lupadah dosa lidah.

      Tiba2 terlintas nak tulis 😉

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s