jom travel! (jom musafir!)


Seorang Musafir yang sedang berjalan hidupnya berbeza dengan mereka yang kekal duduk dirumah.

Mereka sentiasa hidup dalam keadaan tidak stabil,

Makanan dicari tatkala masa makan atau sebagai bekalan untuk berjalan, itupun sentiasa mengikat juga perut lantaran ketidakstabilan yang dihadapi dalam menunggu waktu makan atau pekan yang ada makanan.

Namun mereka dirumah bila-bila sahaja boleh dipesan melalui telefon, atau masak dalam keselesaan rumah.

Hidupnya sentiasa dalam perancangan yang perlukan perincian, supaya tiap langkah tidak dibazirkan.

Malah supaya tiap langkah lebih mudah dan selamat.

Maka perlu untuk merancang tidak ditenggelami kegelapan malam jika bermusafir ditengah padang pasir namun perlu tidur dipekan berhampiran supaya tidak dirompak penyamun.

Malah jika dikawasan bandar dan musafir menggunakan kereta perlu berhati – hati supaya sentiasa segar dan kuat melakukan tugasan memandu dan sebagainya, jika tidak perlu tidur dahulu untuk memastikan perjalanan selamat.

Namun seorang yg kekal dirumah tidak akan menghadapi situasi tersebut.

Cukup dengan mengunci semua pintu sudah dirasakan tenang.

Cukup dengan memasuki bilik sudah cukup untuk berehat.

Malah jika hidup dipenuhi dengan keseronokan sekalipun tidak dirasakan mengganggu kehidupan seharian.

Maka boleh jika menonton tv sepanjang hari, atau melayar inrternet setiap jam dan lain-lain keseronokan dan kelalian.

Kerana mereka tiada tempat yang ingin dipergi.

Tiada tujuan yang ingin dicapai,

Tiada perjalanan yang perlu ditempuh,

Dan sebagainya.

Begitulah ibarat mereka yang berjalan atas jalan dakwah dan penghambaan kepada Allah.

Mereka yang sentiasa mencari dan bertanya adakah aku cintakan Allah, adakah Allah bertambah sayang padaku?

Maka mereka pasti ;

Tidak boleh duduk diam.

Malah hidup sentiasa mencari bekalan.

Malah hidup sentiasa berperancangan.

Sentiasa sebok untuk mencapai impian.

Namun mereka yang hanya duduk, boleh jadi tatkala menghebus nafas terakhir masih terfikir dengan penuh keraguan dan persoalan, apa yang sudah aku capai dalm hidup ini.

Maka soalan berlegar tatkala nazak hinggalah nafas terakhir dihembus dalam keadaan tidak berjumpa dengan sebarang jawapan yang mampu menutup kelopak matanya sebelum meninggalkan dunia.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s