angin berlagu – Azharikah atau apa?


Kertapi ; Tonto-Mansurah ; 2.6.11
Smbgn : tramco ; Ramsis – A’syir

Angin melagukan cabaran dan persimpangan antara dua

Tersentak,
tiap kali mendapat soalan,hebat Doktor memilih soalan, pandai dibaca mana yang kita target, jika diletak 2 kemungkinan soalan biasanya kemungkinan ke 3 yang keluar,

Keraguan,
tatkala menghantar kertas soalan, soalan umum dan markah tidak disebut, doktor nak apa ni?

teringin rasanya mengkaji Psikologi doktor Azhar membuat soalan.

Kesimpulan,
menarik dan selalu terasa dengan soalan.

Terasa, perlu baca lagi ni 😉

Perlu mencari ilmu lagi.

Dan rasa macam banyak mana baca pun mesti macam tak pernah baca buku, dalam erti kata lain sentiasa rasa diri jahil dan perlu belajar.

Namun tertanya adakah keseronokan yang sama akan dapat dalam masa mendatang?

Atau akan mendapat keseronokan lebih,

Rindu menuntut ilmu dari mereka yang mensyarah tulisan sendiri,

Terasa lain.

Namun jika selalu tengok belakang akan jatuh longkang atau terhantuk tiangkan?.

Masa untuk melangkah ke hadapan dan mencipta sejarah.

—————————-

Perlu pastikan impian sudah bermain dicelahan jari dan bukan masih didalam belukar kerisauan atau semak kejahilan.

Nasihat kepada yang baru menghidu bau ‘Bunga’ ini :


” Impian dalam hidup bukanlah suatu yang anda tunggu ada wali datang dan cakap, anda sesuai itu dan ini,

Walaupun perbincangan banyak membantu,

Tapi ia adalah ketelusan hati dalam jujur pada potensi dan mimpi-mimpi sendiri

Dalam menentukan apa yang saya impikan, dan apa yang saya takkan redha mati melainkan diatasnya,

Jika tidak kita akan mula menyalahkan wali-wali tersebut jika wujud

Atau menyalahkan diri yang akur pada lemahnya jiwa untutk bermimpi”

Kepada yang lama jika anda masih diatas, tiada perkataan ‘terlambat dan tiada pilihan’ melainkan kepada mereka yang hampir pada putus asa.

Mulalah bermimpi, sebagai seorang Azhari dan yang paling penting sebagai diri anda sendiri.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s