Kisah cinta – ulangtahun yang ke-3


kali ke-3  merupakan suatu yg agak signifikan untuk menjadi banyak, 2 dikira musanna dan 3 dah dikira jama’ atau banyak.

Begitulah perasaan tatkala nombor ini menimpa kamidialam ruamh tangga ini.

Hubungan yang terbina sudah lebih dari atas asas ignin mencari kesefahaman.

Peribadi masing-masing sudah hampir tiada yang tersorok.

Hati yang dulu rasa seperti 2 kini sudah menjadi satu.

Pengorbanan yang dahulu hanya janji sudah menjadi realiti.

Malah kasih sayang yang dahulu penuh segan silu sudah menjadi suatu yang jauh dari teori.

Bila terbayang wajah pasangan pasti rindu walaupun kadang ke Masjid sahaja.

Mungkin ini namanya berkat yang kita baca lain bila rasa lebih beza dari langit dan bumi.

Bukan berniat untuk meluah disini, tapi lebih kepada untuk menghargai seorang Isteri,

Yang tidakkan tidur melainkan tahu suaminya mampu untuk tidur pada malam itu.

Yang sentiasa bersama membina generasi dan penuh sabar,

Tatkala sikecil sakit, sehat, gembira mahupun sedih.

Alhamdulillah terlalu banyak yang menguatkan hubungan ini.

Semoga Allah memberkati seorang isteri yang tulus dan ikhlas dalam berbakti.

Terima kasih isteriku, Hasanah Khairuddin yang dicintai.

Berikut dilampirkan post pertama tentang kisah kami, agak jangkal juga bila baca balik, yelah manusia berkembang, rasa macam baca postbudak2 pulak 🙂

Bismillahirrahmanirrahim, pertama sekali ana memanjatkan setinggi kesyukuran ke hadrat ilahi kerana telah memberi ana rezeki dan kemampuan serta memudahkan semua rurusan ana dalam membina cinta.

Bagaimanakah permulaan kisah percintaan ana? Soalan yang memang akan sentiasa berlegar disekeliling mereka yang mengenali diri ana. Dah lama kenal ke? Camner boleh jumpa? Dan sebagainya. Namun sebuah hakikat yang indah adalah kalaulah ana melihat tunang ana 6 bulan yang lepas pasti kami takkan mengenali diantara satu sama lain, dari segi nama apatah lagi peribadi dan akhlak.

Ya !! Kami memulakan kisah kami agak gharib (pelik) untuk zaman yang mana kita sangat mudah mengenali seseorang wanita yang begitu asing dari kita hanya dengan memetik bebreapa kalimah di telefon bimbit ataupun hanya dengan menekan search sekian-sekian di friendster ataupun ym kita boleh mengenal secara zahir siapakah seseorang wanita itu, tapi hakikatnya dapatkah kita mengenali dirinya yang sebenar?. Dan keadaan ini (kami tidak berhubung ) kekal sehinggalah ke hari ini. Tidak pernah sms, ataupun ym walaupun sudah lebih sebulan bertunang. Tak takut tak serasi ke?? Sebuah persoalan yang telah ditanya kepada ana apabila ana menceritakan perihal hubungan kami.

Baiklah, pertama sekali kami tidaklah langsung tidak berhubung,kerana islam sendiri menegaskan supaya bakal suami mengenali bakal isteri terlebih dahulu sebelum ingin berkahwin (boleh rujuk artikel Ustaz Fauzi megenai batas pertunangan) dan ana sendiri mengenali bakal zaujah ana melalui cara yang sangat syari’e dan bagi ana jauh lebih adil dan shahih dari cara lain kerana ianya selari dengan kehendak Alah. Melalui perantara dan keluarga pihak perempuan ana sudah mengenali secara zahir dan adil siapakah dia. Mengapa ana mengatakan dengan cara ini lebih zahir dan adil, kerana ia jauh lebih realistik daripada ana berhubung direct kepada bakal pengantin kerana secara jelas seorang bakal pengantin dengan mudah terpengaruh kepada emosinya dan harapannya terhadap sesuatu perkahwinan dan akan membentuk suatu peribadi kurang realistik yang akan menyembunyikan sifat sebenar mereka. Baiklah kalau dia tunjuk sifat sebenar dia pun akan berlaku suasana yang mana dia mempertaruhkan perkahwinan yang akan dilaluinya, kerana jelas nobody is perfect jadi persoalan perilaku asal kita tak perlu ditonjolkan oleh kita kerana ia akan memberikan gambaran awal yang jauh berbeza berbanding jika sifat tersebut diketahui dengan mendengar perkara tersebut daripada orang lain. Apabila dia dalam keadaan mendengar maka posisinya akan berada didalam posisi berbincang dan mendengar pandangan maka dalam posisi ini ruang untuk menerima dan keterbukaan terhadap kelemahan pasangan akan sudah mula terbentuk sebelum perkahwinan lagi. Dan sifat ini akan menjamin kebahagian didalam rumah tangga(ikut pengalaman orang yg dah kawen dan ikut buku yang ana baca, ye la ana tak kawen lagihe he)

Sekarang hidup ana penuh dengan thrill !!! kerana setiap saat ana mula mengenali diri pasangan ana sedikit demi sedikit dengan penuh keberkatan,kebahagian dan berlandaskan syariat. Pergh macam terlalu ideal pulak. Tapi hakikatnya begitulah cinta, sentiasa perlu disandarkan kepada Allah, jika tidak pasti akan berlaku sesuatu yang akan menajdikan kita menyesal, tidak pada hari ini di akhirat kelak. Mana mungkin seorang yang mengaku dia cintakan seseorang kerana Allah tetapi cara mereka bercinta tidak mengikut cara yang Allah cintai. Baiklah cuba renung kembali kenapakah kita mencintai seseorang? Jika direnung tujuan semua percinataan pengakhirannya sama!!! akan membawa kepada 3 martabat cinta sahaja, berdasarkan ayat Quran :

“قل ان كان ءاباؤكم وأبناؤكم واخوانكم وأزواجكم وعشيرتكم وأموال اقترفتموها وتجىرة تخشون كسدها ومساكن ترضوها أحب اليكم من الله ورسوله…………”

Katakanlah, jika bapak-bapakmu,anak-anakmu, saudara-saudaramu, istri-istrimu, keluargamu harta kekayaanmu yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah, Rasulnya dan berjuang dijalannya……attaubah24

1.Martabat tertinggi

Cinta Allah,Rasul dan berjuang dijalannya.

2.Martabat pertengahan

Cintakan Keluarga

3.Martabat ketiga

Cintakan harta dan keduniaaan

Maka tidakkah hidup ini hanya untuk merealisasikan cinta tertinggi?

Ada orang berkata kepada ana : “Ye la, kena cara thiqhoh laa ape la itula, tapi ko takleh nafi, nanti bila kawen kalau tak serasi tak jadik gak, orang ade pendapat dia tapi nanti ko yghidup koyang nak kawen,ko tak takut menyesal ke silap pilih !!! Susah beb, nanti kalau ko tak kenal lagi la senang nak silap pilih, paling kurang pg la makan sekali ke ape ke baru boleh tahu serasi ke tak, kalo tak menyesal beb menyesal !!!”

OK la, tentang kenal tak kenal, ana dah terang diatas, Cuma persoalan yang ditimbulkan. Tak menyesal ke kalau ade ape2 yang terjadi lepas ni? Tak serasi ke? Atau sebagainya. Soalan yang pada mulanya terkelu juga untuk dijawab, tapi selepas mengamati beberapa panduan dripada sunnah Alhamdulillah ana takkan menyesal, kerana itu janji Ar-Rasul didalam sebuah hadis :

“لا خاب من استخارى ولا ندم من استشارى”

Tidak akan rugi mereka yang beristikharah dan tidak akan menyesal mereka yang bermenyuarat

Jika disenaraikan semua perkara yang ditakuti akan berlaku didalam sebuah perkahwinan ataupun didalam sebuah percintaan antara lelaki dan perempuan , contohnya perempuan takut lelaki tak setia, lelaki takut perempuan curang, pasangan takut tak serasi dan sebagainya maka boleh disimpulkan semua perkara ini menjadi dua perkara, penyesalan dan kerugian.

Jika dilakukan perbandingan maka kita akan melihat betapa rapuhnya cinta yang tidak dimulakan dengan perkahwinan.

Seorang yang ingin bercouple adakah dia akan istikharah dan meminta dengan sepenuh hati kepada Allah supaya mengurniakan kepadanya pasangan yang serasi dan yang akan menjamin kebahagiaan dalam hidupnya? Berbanding dengan mereka yang ingin berkahwin, maka istikharah dan doa akan dilakukan dengan penuh keikhlasan dan pengharapan kerana ia merupakan penentu kepada masa depan. Ana sendiri didalam doa, telah mengambil doa nabi ketika badar dan disesuaikan dengan doa untuk berkahwin, “Ya Allah jika pilihan ini merupakan pilihan yang salah maka diri ini mungkin akan meninggalkan jalan ini kerana pilihan ini, dan jika pilihan ini yang terbaik untukku maka diri ini akan lebih kuat menyerahkan diri ini padamu.” Mungkin kerana tabiat couple yang terlalu mudah bertukr pasangan membuatkan perasaan untuk berdoa dan memohon diberi pilihan yang terbaik tidak terbentuk. Maka bukankah seorang yang berdoa dengan sepenuh hati dengan mereka yang tidak berdoa jauh bezanya disisi Allah. Seorang yang berdoa tentulah sentiasa berada dalam cinta ilahi dan namanya akan diisytiharkan kepada semua penduduk langit dan bumi bahawa “Aku mencintai sifulan” oleh Allah sendiri, maka ketika itu masalah sebesar manapun insya’allah akan menjadi kecil.

Tapi bukan ke, “ye la doa-doa jugak usaha kat ne? Tak leh, zaman sekarang nak taknak kena couple dulu baru bahagia, doa camner pun kena usaha yang zahir, usaha nak pastikan serasi, couple la!!! Ape lagi”. Hadis tersebut jelas memberikan garis panduan kepada persoalan kedua.

Jika dibandingkan seorang yang couple dengan sebuah perkahwinan, seorang yang ingin couple, berdasarkan pengalaman ana bersama rakan-rakan lain kurang 5% yang akan berbincang dengan sesiapa sebelum couple(fakta secara rawak betulkan jika salah), kalau bincang pun mesti tanya pendapat kawan dan jarang sangat bincnag dengan parent.

Berbanding jika perkahwinan, maka perbincangan tersebut akan dilakukan oleh berpuluh pihak yang berkait. Dan majoriti adalah mereka yang sudah mempunyai pengalaman didalam alam perkahwinan melebihi 20 tahun !!! Dalam urusan ana sahaja dipihak ana seramai 22 orang kerabat yang sudah mempunyai pengalaman berkahwin secara purata 25 tahun. Dan mereka semua merupakan keluarga ana yang tidak sanggup melihat ana menitiskan walau setitispun air mata kesedihan di alam ini. Ni belum kira para asatizah yang membantu mencarikan pasangan ana mereka yang menangis melihat ana didalam kesusahan, yang mana mereka menyayangi ana seperti bahkan ada yang lebih daripada adik-beradik sendiri !! Dan belum lagi dikira pihak perempuan yang mana perbincangan dipihak sana akan lebih teliti dan hebat kerana selepas ini mereka akan menyerahkan tanggungjawab menjaga seorang puteri mereka kepada seorang putera, tentu mereka akan sedaya upaya mengenali putera tersebut sehinggalah mereka yakin bahawa putera tersebut serasi dan cukup kuat untuk menjaga puteri kesayangan mereka.

Dan dua perkara inilah yang menambahkan keyakinan pada diri ana untuk menjaga cinta dan hati seorang puteri. Kalau bukan kerana dua perkara ini pasti ana goyah dalam meyakinkan diri, suhail dah sampai masa…. Alhamdulilah Rahmat Allah membantu ana didalam menempuh hari yang mendatang, sebagai seorang muslim dan bakal suami.

Maaf jika kisah cinta yang ana ceritakan agak kering daripada perasaan, ye la kalau kisah cinta tu kenala cerita habis apa yang berlaku antara kami berdua, tapi ni cam ceramah lak, he he. Kalau ikutkan hati nak je ana cerita, tapi……………..

“ Kisah cinta ana bukanlah milik hati ana seorang, tetapi ia milik sebuah hati yang lain, ia merupakan rahsia percintaan kami berdua “,

Jadi lepas kahwin kalau diizinkan barulah boleh ana bercerita, he he

Apepun doakan kebahagiaan kami berdua, moga rumahtangga yang akan didirikan akan menjadi batu-bata kepada agama ini, moga rumah tangga yang kan didirikan kan serbaris dengan rumahtangga para sahabat dan moga ia menjadi sebuah kisah cinta indah yang kan didengari oleh semua penduduk syurga kelak.ameeeeen ya rabb……………….

Rujukan :

Al-Quran

Alislam wa hubb / Islam dan Cinta- Ustaz Abdullah Nasih Ulwan

A’athifah imaniyah- Muhammad Musa Sharif

Bait Muslim Alqudwah

Advertisements

3 comments on “Kisah cinta – ulangtahun yang ke-3

  1. thaaqhib berkata:

    hehe suhail

    kan? kan? dulu berat2 kan

  2. Anas Mat Asis berkata:

    fuh beza sungguh style penulisan dulu dan sekarang.
    penuh semangat baca post enta ni.. 😉
    mabruk kerana berjaya mempertahankan perkahwinan sampai kini. doakan ana n pasangan akan dapat mengikut jejak langkah BM qudwah ust. 😉

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s