siapa yang tahu?


*esok imtihan Fiqh Syafii tentang hudud, doakan!

Manusia memang kuat terikat dengan sabab dan musabbab.

Hinggakan ianya dijadikan cara berfikir dan hujah bagi sesuatu perkara.

Kalau camni jadi camtulah! …..Kalau dah jadi camni maknanya camtulah! Dia buat A sebab B, B terjadi disebabkan A, Sampai ke hujung hayat dok bahas perkara sama, lojik yang sama.

Malah seolah mereka yang mahir sebab musabbab menjadikan mereka seorang yang hebat.

“Dan bukankah Allah juga minta kita berfikir begitu!?” Yakni dengan cara sebab musabbab!?
Jawab si-A.

Tapi itukah yang Allah mahukan?

“Ye lah tengok ayat Quran berlambak cakap suruh pikir lagu tu! Dah terang lagi bersuluh nak main-main tanya pulak!” Bidas si-A.

Ia, setuju. Tapi tak sepenuhnya.

Kerana ianya hanya sebahagian dari tuntutan Allah. Dan bukan semua perkara terbina atas sebab musabbab.

Malah banyak arahan Allah yang kita cuma boleh sebut sebab dia sebab Allah suruh, jadi mereka yang terlarut dengan semata2 kaedah pemikiran diatas akan buntu dengan keadaan tersebut.

Apa yang utama adalah mengikut Quran dan Sunnah, kembali kepada apa yang Allah nak!… bukan samada ada sebab atau tak.

Setelah itu barulah cari ada tak sebab Allah minta dilakukan begitu dan begini.

Kerana mereka yang rajin mencari sebab musabbab sebelum memerhati arahan dan kasih sayang Allah akan biasanya mengutamakan akal dan emosi dari syariat.

“Habistu salahlah tu cara aku pikir! Aku dah lah bukan ustaz! Ni nak main hukum2 lah ni tak nak bagi kami berfikir la ni, tapi nak kami taqlid buta dekat Ustaz-ustaz!”
Cantas si-A.

Tidak, perkataan begitu hanya kerana kita terikut sabab musabbab yang ana sebut diatas tapikan hadis minta supaya bina sesuatu atas yakin dan bukan dzan,niat saya adalah perkara yang perlu ditanya bukan dihukum, hinggakan mereka yang minum arak sendiri perlu ditanya kenapa? Barulah boleh laksana hudud untuk mengelak syubhat,melainkan jelas dia memang sudah dinasihati dan ditegur berkali-kali barulah boleh. kerana kebanyakan hukum dan ayat Quran sendiri yang berkait dengan kehidupan seharian tak perlukan Ustaz pun nak terang, ianya terlalu asas.

Namun asas-asas inilah yang sering dilupakan.

Perlu ditegur cara fikir ini kerana akhirnya ia membuatkan seseorang terbudaya mengenepikan Quran dan Hadis dalam hidup.

Dan ianya membentuk budaya yang kurang sehat bila dilihat apabila pandangan dari Quran dan Hadis dilontarkan, terus dipandang sebagai usaha menutup kita dari berfikir.

Penting supaya meletakkan lojik kita Quran dan sunnah dan bukan semata-mata lojik falsafah akal.

Contoh bila studi lain seorang yang mengatakan kalau aku buat camni akan jadi camni, dengan seorang yang berkata kalau aku buat camni INSYA’AllAh jadi camni BIiZNIllah berdasarkan lojik Quran dan sunnah “wama ataakum bihi minnikmatin famina Allah”.

Contoh lagi jika kita melihat masalah sesama manusia, pihak yang pertama kalau ikut lojik dengan hujah sekian,sekian dan aku buat sekian dan sekian akan ok, dan kalau ikut lojik sunnah kena clearkan hati dulu dari dzon, kerana ianya asas ukhuwwah seperti dalam surah hujurat. Dan setelah itu baru berbincang dengan baik.

Jika kita berubah…..

Perancangan dan langkah kita akan berbeza selepas ini, itupun jika kita ingin kembali kepada Quran dan Sunnah.

Part paling menarik tentang ini ialah akhirnya kita meletakkan pengetahuan apa yang akan terjadi kepada Allah semula, tanpa kita bergantung 100% pada lojik kita, namun 100% pada takdir Allah dengan usaha sebaik mungkin dengan munasabah sebaik mungkin berfikir sebaik mungkin seperti dituntut oleh Allah.

Beza, mereka yang 100% dia dimana diletakkan, kerana ianya akan menentukan kita ni seolah tahu semua benda, atau yang tahu semua benda tu Allah sahaja, yelah siapa yang tahu lepas ni akan berlaku apa? Nak keluar rumah hidup pun tak tentu lagi.

Ia akan menjaga kita dari ‘play god’ seolah nyawa seseorang ditangan kita kalau dibilik kecemasan, atau nasib seseorang ditangan kita, atau kita mampu mempengaruhi semua orang dan bla bla bla…

Yelah siapa yang tahu sebenarnya?

Posted with WordPress for BlackBerry.

Advertisements

2 comments on “siapa yang tahu?

  1. johanendon berkata:

    Idea bagus dan komprehensif

    Tapi, belum tentu bila benar-benar berhadapan situasi, dapat sampaikan sebegini rupa

    Komunikasi yang baik menentukan sejauh mana mesej akan tersampai. Dan, melibatkan seberapa byk pihak yang melibatkan diri

    • suhailsufian berkata:

      Merindui pandangan2 anta Qib, firstly shukran.

      Komunikasi anta merujuk pada cara ana menulis ke atau isu yang dibawa? 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s