adakah ini terima kasih terawal dan terakhirmu…..rabbuna yusahhil


dalam perjalanan keretapi sentiasa terfikir tatkala melihat anak-anak mesir yang gembira walaupun...

dalam perjalanan keretapi sentiasa terfikir tatkala melihat anak-anak mesir yang gembira walaupun…

ditulis – 28.6.11 Mansurah – Tonto – Keretapi separuh ayam

Menagih terima kasih sudah menjadi suatu yang sinonim dengan manusia, kalau sudah melakukan sesuatu perkara secara tabiatnya kecenderungan untuk rasa dihargai mengalir sebagai seorang manusia. Fitrahlah katakan.

Namun sebuah fitrah yang lebih ditakuti syaitan dan musuh Islam adalah hakikat perasaan manusia ingin berterima kasih dan menghargai orang lain. Ar- Rasyid menceritakan secara tidak langsung ianya sebagai kecerdikan seorang dalam keadaan fitnah. Malah ianya antara tuntutan kesetiaan ukhuwwah antara manusia.

Namun saya lebih cenderung melaksanakan ia sebagai suatu perkara yang menjadi langkah seorang hamba kepada tuhannya,

Kita sepakat mengejar redha Allah adalah perkara terawal yang kita inginkan namun saya lebih suka menungkapkan ia sebagai sebuah bentuk terima kasih sebenarnya.

Menuntut redha Allah adalah sebuah bentuk terima kasih kepada Allah yang telah memberi kita terlalu banyak nikmat.

Inilah terima kasih terawal kita sebenarnya.

Namun setelah berjalan dalam hidup, pabila mula mengenal jalan menuju Allah dengan pecutan masing – masing, menunaikan permintaan Allah dan meleraikan kebencian Allah…. ada yang menjumpanya dalam sujud ditengah malam,
….ada yang dalam menguasai Quran dan sunnah
…..ada yang berzikir
…..ada yang menyampaikan walau sepotong ayat
…..ada yang secara seorang dan ada yang secara berjemaah
…..ada yang dengan mengubah diri dan mengubah yang lain…..

Namun tatkala kita mula untuk serius,
kita merancang, kita memasang harapan, mencipta impian dan mula berpijak di bumi realiti…

Akhirnya kita tidak dapat apa yang kita inginkan,
impian makin jauh,
kita mula rasa diri sendiri seolah bertepuk sebelah tangan dan seolah tiada yang mampu merawat apa dihati, resah, gelisah, kecewa dan hampa mula tampak diriak wajah kita dan sudah tidak mampu disembunyikan lagi.

Tapi…..
Resah dan kecewa yang tidak terpandu bukanlah sifat seorang yang layak memikul amanah umat…kan?

Namun selayaknya bagi kita adalah melihat semula apa yang Allah telah kurniakan kepada kita dalam tempoh itu.

Kembalilah kepada terima kasih terawal kita, agar ianya membentuk terima kasih terakhir.

Kerana, hakikatnya kebanyakan keputusan dan langkah yang kita ambil tidak akan mampu menjanjikan kepuasan penuh atau kekecewaan penuh….ianya takdir ilahi, pasti ada perkara yang kita terpaksa akur dan sedikit kecewa atas keputusan itu kerana disini bukan syurga.

Namun sulaman terima kasih diakhir setiap kekecewaan atau kekurangan adalah langkah pertama yang menjadikannya sebuah kebahagian,

ianya langkah pertama untuk kita melihat kurnia Allah yang lebih dan merasainya mengalir dalam darah kita dalam bentuk kasih sayang ilahi.

Jika tidak fitrah ilahi ini tidak akan dapat dirasai dek kerana terlalu kering dalam merancang hidup dan kebergantungan kita kepada teknikal dan teori.

Ramai menamakannya syukur, tapi saya perasan untuk kita secara umum biasanya bahasa melayu lebih difahami dari arab..
sebab agak kurang mengalir perasaan bila sebut syukur,

namun terima kasih membayangkan sebuah perasaan penghargaan atas kurniaan dan perasaan kasih sayang seperti seorang anak mengungkap terima kasih tatkala terkenang ibunya melahirkannya.

Maka lebih hadir jika diungkapkan sebagai terima kasih terawal yang membuka hidup kepada sebuah ketinggian matlamat dan terima kasih terakhir yang menjaga kita sentiasa optimis dan intim dengan Allah.

Malah ramai juga yang mereka sendiri tidak mampu bermimpi.


Terima kasih Ya Rabb atas kurniaan ini.


*tulisan ini ditulis tatkala teringat impian-impian dulu, kekecewaan-kekecewaan dulu, keinginan-keinginan dulu yang terpaksa dijadikan sejarah tatkala ianya bertukar menjadi sebuah senyuman kegembiraan terima kasih.

*ditutup dengan lagu Brotherz Andai kau disisi
kaburnya pandanganku adakah esokkan menunggu namun seandainya kaui disisi hatiku takkan sedih bak kata Yassin.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s