kalau nak senang tiruje – celoteh 2 hakikat


khayrat cuba meniru orang lain naik motor

khayrat cuba meniru orang lain naik motor

Ramai yang suka meniru pada hari ini.

Dari di peringkat Ultraman hinggalah ke peringkat Dr Mahathir.

Dari orang yang kita kenali hinggalah yang kita tertipu dengan kehidupan mereka seperti selebriti.

Meniru memang mudah, kalau nak bercakap tiru Tuan Guru Hadi kalau nak main bola tiru CR7, kalau dot dot tiru dot dot dot.

Untuk peringkat awal ianya baik, sebab kita mampu buat sesuatu perkara pada tahap tertentu dalam masa yg singkat macam tiru semasa exam, jawapan sudah sama macam mereka yang pulun tak tidur malam walaupun kita mungkintak tidur malam sebab main game ataupun tidur nyenyak.

Tapi bukankah hidup ini terlalu pendek untuk kita menjadi orang lain, akhirnya bila tengok semula hidup kita,ianya akan dipenuhi ketidakpuasan hati, kerana kita asyik meniru hinggakan kita lupa siapa diri kita sebenarnya….

Inilah hakikat pertama yang ingin saya sentuh.

Kemudian….

Kita lupa impian yang terpendam dihati,

Kita lupa bakat yang Allah berikan seawal kita mula berbicara,

Kita lupa bahawa Allah mencipta manusia pelbagai,

Dan lebih teruk, kita mula diresapi perasaan kecewa dan hampa.

Kerana tak mampu mengejar mereka yang kita tiru,

Kita lihat mereka yang kita tiru semakin jauh berlari kehadapan,

Semakin jauh dan kita mula kecewa seolah hidup kita menuju kearah kegagalan.

Semua kerana kita terlupa hakikat kedua, iaitu ;
Semua orang yang hebat yang kita tiru, mereka menjadi hebat kerana mereka tidak meniru orang lain tetapi hanya dengan mereka menjadi diri mereka sendiri.

Namun tak salah meniru, tetapi jangan lupa 2 hakikat diatas supaya tujuan meniru bukan untuk menjadi orang lain tapi untuk mengejar mereka dengan diri kita sendiri, kerana kita pasti kalah kalau cuba mengejar mereka dengan cara mereka kerana setiap kita berbeza.

 Tapi mengalirkanlah semangat dan tekad aku ingin buat lebih dari mereka!

Dan tatkala kita mula ingin menjadi diri sendiri –

 ianya akan merasa seolah mengejar suatu yang baru.

Memang sukar untuk membentuk suatu yang baru, kerana boleh jadi jalan yang ingin ditempuh tak pernah ditempuh oleh sesiapapun sebelum ini, tapi berbaloikan? kerana hidup hanya sekali dan kubur masing – masing.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s