taqwa.balas.terbaik


ultraman Khayrat mungkin ada kaitan dengan post bagi mereka yg menghayati

ultraman Khayrat mungkin ada kaitan dengan post bagi mereka yg menghayati

1. Pelikkan, puasa yang sebulan, dibulan paling mulia pernah tercipta, hanya untuk capai Taqwa?

Nampak sangat jika kita pelik merupakan petanda yang jelas bahawa kita sebenarnya tak faham dengan mendalampun Taqwa itu apa.

Ada orang kata taqwa ni praktikal kepada Islam iaitu buat apa yg Allah suruh dan tinggal apa yg larang, apapun jawapan tepat dan kefahaman yg sebenar hanya dapat pada mereka yg mencari dan takkan tertulispun diblog ini.

2. Balas? Lebih menarik lagi suatu sistem pengimbang yang Allah ciptakan antara kesalahan dan kebaikan iaitu, tatkala melangkah ke daerah kegelapan maka tidak cukup untuk kita sekadar keluar dari daerah tersebut, bahkan perlu untuk berlari ke daerah cahaya yang penuh keterangan.

Kerana keluar dari kegelapan tidak bermakna sudah masuk kepada cahaya tapi biasanya kita hanya melangkah ke daerah kelabu yang dipenuhi asap dan biasa menjatuhkan kita kedalam kegelapan semula.

Contoh tatkala kita bersalah pada seseorang, sebenarnya kata2 memohon maaf tidak cukup malah hati yang terluka perlu diberi vitamin dan tampalan yang lebih untuk ianya sembuh.

Begitu juga jika jatuh kedalam masalah perempuan, porno, dan zina. Tidak cukup dengan berusaha meninggalkannya tanpa cuba mengisi dan memenuhkan hati dengan kebaikan qiyamullail, puasa, solat dan dakwah yakni berfikir untuk membentuk ummah ditangan sendiri walaupun kita melihat tangan tersebut dipenuhi debu kotoran jahiliyah.

Jika tidak sekelip mata dia berubah menjadi baik, maka dengan lebih pantas dari kerdipan mata kembali kepada kegelapan.

3. Terbaik, dalam manusia diceritakan dicipta dari tanah yang hina, manusia beribadah dengan sujud posisi yang paling hina bagi seorng manusia, dalam keadaan2 yang tampak hina diatas pantas Allah menceritakan suatu perkara yang seolah berlawanan dengan perkara tersbut yakni Allah telah muliakan Bani Adam dan juga manusia tercipta dengan sebaik penciptaan.

Hikmah disebaliknya?

Manusia sendiri perlu ada peribadi yang mulia tatkala memiliki Islam yang mulia, perlu mengalir perasaan Bangga (Izzah) dalam diri. Dan tidak cukup dengan merendah diri rasa diri hina.

Siapa yang hebat mengimbang maka bisa mencapai kehebatan sebagai hamba dan tidak sekadar menjadi hamba yang rasa dirinya hina etc

*isi diatas diambil dari Khutbah jumaat di Masjid Mansi, Siberbay, Tonto berdasarkan Hadis إتق الله حيث ما كنت ……
Dan diadjust sedikit isi untuk disesuaikan untuk penulisan blog

Posted with WordPress for BlackBerry.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s