RAHSIA Pemimpin hebat Terbongkar! siri-1


distesen Metro Syuhada' - dulunya Mubarak sekarang dah bertukar dek revolusi baru2 ini

distesen Metro Syuhada’ – dulunya Mubarak sekarang dah bertukar dek revolusi baru2 ini

*tulisan ini ditulis – 22/6 selasa didalam Metro, Syuhada’ – Sayeda Zainab

Menilai kebanyakan kepimpinan yang mencipta sejarah, 2 bentuk rahsia yg mereka miliki yang menjadikan mereka yg mimpi perkara sama dapat bangun dari tidur dan mengejar mereka yg telah menulis sejarah dengan darah mereka :

1. Melihat merekalah pemimpin itu
Kita sering diingatkan bahawa jangan minta jawatan, jangan minta jadi ketua, jangan, jangan, jangan! Namun kita kabur sebenarnya apa yang boleh dan mesti,mesti,mesti!

Kita bukan sahaja dituntut untuk zuhud dalam jawatan, ianya benar namun kita juga dituntut untuk mengubah dunia hinggalah ianya berada dibawah kepimpinan syariah Allah.

Mana mungkin dunia yg berada dibawah kepimpinan musuh Islam kini, kita ingin merek kosongkan kerusi kepimpinan dunia, namun dalam masa sama kita tidak layak menjadi pemimpin yang mengisi kerusi yg kosong itu?

Ianya bukan sahaja pertembungan hak dan batil tapi juga pertembungan siapa yg lebih layak dan qualified untuk memimpin dunia? Tengok seharian kita penuh kemalasan untuk mengubah dunia dan diri kita yg turut serta malas menuntut ilmu mahupun menjadikan diri syakhsyiah mustawa antarabangsa?

Bukankah Suraqah bin Malik menuntut dari Nabi gelang atau mahkota pada riwayat lain tatkala hidayah mula berjalan bersama debu2 tapak kaki kuda beliau ke wajahnya?

2. Alasan terhebat!
Mulanya ingin menulis tiada alasan, tapi akhirnya ianya merupakan suatu yg hampir kepada tidak praktikal bagi pandangan saya.

Tapi apa yang dilakukan oleh pemimpin hebat adalah mengukur alasan terhebat dan berpegang padanya, bukan bererti menghilangkan alasan tapi berpegang pada alasan yg lebih mulia dan hebat disisi Allah.

Maka antara alasan penat kerana tidak tidur malam kerana buat pertama kalinya pijat keluar semula pada musim panas dengan ketaatan kepada Allah dengan menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar dan daie?

Ataupun waktu sekarang terlalu sebok sampai tidak boleh bernafas dengan ada hak2 lain yang perlu dilaksanakan?

Perlu timbang antara alasan dan meletakkan alasan remeh sebagai alasan yg remeh.

Sekadar alasan untuk lebih rehat, timbanglah mana nak letak alasan seperti itu.

Lihatlah Nabi Muhammad yg sentiasa meletkkan alasan Tuhannya dan Umatnya dihadapan, dan para sahabat yang juga meletakkan alasan dunia memerlukan aku sebagai alasan mengatasi pelbagai alasan, dengfan alasan seperti inilah akhirnya kita islam, dan kita masih kurang mengenang budi dan berpegang pada alasan yg remeh?

Ingat, tanpa mimpi kita akan mengubah dunia dan alasan dunia memerlukan kita akhirnya kita akan sentiasa bangun pagi dalam keadaan meninggalkan mimpi kita berjasa mengubah dunia sebagai mimpi manis yang kitra akan segankan apabila kita sedar kita hanya bermimpi atau menyigau sahaja.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s