Jangan lari!


*maaf masih tidak menulis permintaan khusus dari akh ….a.s
* esok insya’allah akan ada paper hadis ahkam, minta doakan
* ditulis ; selasa,21/6, keretapi marakiz dalam perjalanan ke Tonto

Satu perkara yang menarik bila dilihat budaya para Anbiya’, sahabat dan tabiin ialah mereka tidak lari, tapi mereka tempuh.

Masalah, rintangan, ujian, cabaran? Mereka tidak menyembunyikan diri mereka bahkan mereka tempuh. Malah jika ada kelemahan pada diri, mereka tidak compress dan mengelak tapi mereka mengambil langkah proaktif berhadapan dengan masalah itu dan selesaikan.

Namun kita, jarang mengambil langkah tersebut, terutamanya jika ianya berkait dengan ketidak puasan hati pada dua sudut :

1. Tak puas hati dengan orang lain
2. Tak berpuas hati dengan diri sendiri.

1. Untuk yg pertama.
Kita lebih selesa untuk pendam dan compress perkara tersebut seolah tiada apa yg berlaku, bila berjumpa tersenyum dengan senyuman palsu bagi menyembunyikan perasaan yg kita compress.

Ianya biasa berlaku tatkala kita rasa seseorng membuatkan kita berasacontempt atau dihina.

Kita lebih suka husnu dzon yg berlebih dan anggap tiada apa yg berlaku, walaupun husnu dzon dituntut, tapi kita juga dituntut menyelesaikan perkara tadi.

Kerana saya yakin jika tiada tindakan yg kita lakukan untuk menegur pihak tersebut perasaan contempt/dihina tidak hilang begitu sahaja malah ianya boleh jadi hanya membina persepsi kita terhadap org tersebut kerana ia tidak hilang malah hanya dicompress dan erti sebenar husnu dzon tidak akan wujud.

Belajarlah dari Bilal apabila beliau merasa perkara yg sama, beliau mengadu kepada Rasulullah. Bukankah mengadu untuk menyelesaikan juga suatu sunnah? selain dari sunnah meninggalkan Jahiliyah.

Tatkala itulah erti ukhuwwah sebenar baru muncul,

Ianya bukan sekadar husnu dzon, tapi keupayaan dan keasanggupan menerima perubahan dan membentuk perubahan dengan saling menempuh!

2. Pada diri
Manusia biasa menempuh saat-saat dirinya dipenuhi kelemahan dan dosa, ditambah tatkala beliau melihat orang lain suci dari kesalahan tersebut, dan apabila ditangannya sendiri seolah kotor penuh debu…

Melihat orang lain lebih hebat tapi kita masih lemah…

Perasaan dibayangan mereka yg hebat sedang kita masih lemah dan berdosa, kita lihat seorang demi seorang berlari laju jauh meninggalkan kita.

Semua kerana kita menerima hakikat bahawa kita ada rakan sebatch sekelas, sebaya,, namun bila kita mula bandingkan kita dan mereka kita mula hampa dengan diri kita.

Malah perasaan hampa berkembang menjadi hina dan berakhir dengan kebencian pada diri.

Pada peringkat awal perasaan ini merupakan ubat yg mujarab merawat penyakit kita, namun apabila ianya kerap maka dos sudah mula berlebihan maka side effect ubat mula kelihatan, bermula dengan terhakisnya keyakinan diri, potensi diri sudah mula menjadi kabur, malah membutakan diri pada siapa diri dia yang sebenar, menjadi gelap tidak nampak bolehkah beliau membawa diri sendiri melangkah kehadapan lagi?

Ambillah semangat dan sunnah para sahabat! Lewat tak bermakna lemah, lewat tak bermakna gagal.

Jangan hampa dengan kelebihan orang lain sebab ianya akan membutakan kita dari melihat bagaimana orang lain hampa dan cemburu dengan kelebihan diri kita. Kenapa kita tidak nampak? Kerana kita sendiri seolah yakin kita tiada kekuatan.

Ingat, mereka yang lari dari sesuatu masalah, walaupun berjaya seketika akhirnya beliau akan kecewa juga akhirnya

kerana disaat akhir itulah baru dia sedar bahawa dia sedang lari bersama masalah itu, ianya sebuah hakikat yg pedih dan kejam : takkan mampu seseorang lari dari hati yg tertanam kukuh dalam dirinya.

Advertisements

2 comments on “Jangan lari!

  1. Anas Ghazali berkata:

    Syukran Akhi Suhail atas motivasi.
    Memang kena pada realiti.

  2. suhailsufian berkata:

    Afwan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s