budak sekolah kalahkan pelajar Universiti! – untuk mahasiswa sahaja terutamanya Azhari


sekadar hiasan seorng budak sedang membaca buku di pasaraya Mydin

sekadar hiasan seorng budak sedang membaca buku di pasaraya Mydin

Salam,Alhamdulillah sudah mula rajin memblogging, dek kemudahan yg Allah berikan pada kita. Ini merupakan post kedua yg dihantar menggunakan wordpress 1.5 app untuk Blackberry. Sambil menggunakan plan internet etisalat club dengan caj 50Le setahun dgn maksima 100Mb sebulan sebelum caj biasa dikenakan. Berbaloi utk pengguna bb mahupun henfon lain,insya’allah review suatu masa nanti.

Terfikir disaat imtihan ini, betapa rasanya banyak masa dihabiskan menghadap buku dan krgnya aktiviti lain, betapa rindunya situasi muda2 dulu.

Ye lah, mengasah bakat bermain ping-pong,bermain bola, cuba menjadi seorang munsyid, cuba mengekspressi diri, cuba mencari identiti, berlumba siapa masuk top ten ops! Akhirnya terbawa kepada begaimana kita belajar masa zaman sekolah dahulu? Tak boleh lari, kepala masih dimode exam.

Cuba monologkan ;

Bermula jam 8 pagi sehingga 2 petang, dilengkapkan dengan prep pada malamhari dan kalau exam besaar diizinkan ot sampai jam 1230 malam, tolak tambah rehat ada kemampuan untuk studi selama 9 jam waktu biasa dan mungkin 6-8 jam kemampuan untuk fokus belajar.

Time exam kita akan tambah 2 – 3 jam time sebelum asar dan sela masa sebelum maghrib dan selepasnya yg dicuri2, walaupun sedang membaca ma’thurat!

Ertinya total kalau time exam boleh mencecah 10 ke 12 jam sehari!

Tapi malangnya tatkala kita kononnya mula memahami keadaan umat islam, kononnya penyelesaian umat ditangan kita, kononnya kita sudah mula matang dan mampu membina kehidupan, sudah mampu mensyarah itu ini,,,, tatkala kita menjadi role model kepada yg lain dengan bergelar Ustaz, tatkala itulah kita mula malas dan mula menjadi lemah dan lembik untuk menghabiskan walaupun sejam fokus untuk belajar.

Kita kalah dengan keinginan melihat komen difacebook,
Kita kalah dengan melihat kontrovesi terkini diblog,
Kita kalah dengan cerita bersiri akasia, nur kasih dan maharaja lawak.
Malah kita kalah dengan seketul bantal dan sebuah siri kartun berkening tebal.

Sahabat sekalian, lihatlah dimana letaknya cita2 kita jika kita sendiri kalah untuk menunaikan tanggungjawab kita seperti kalahnya seorang budak yg disuruh pergi solat maghrib tapi tidak berganjak kerana ingin melihat gelagat sikening tebal?

Bukankah menuntut ilmu faridhah a’la kulli muslim?

Jangan hinakan diri kita dengan razail dan perkara2 kecil kerana antara yg menyebabkan kita berasa hina sebenarnya bukan kerana orang menghina kita, kerana apabila org menghina kita hakikatnya kita lebih marah berbanding rasa dihina tapi kita rasa dihina lebih ialah apabila kita kalah pada seorang budak sekolah walaupun kita kononnya dimenara gading.

Fikirkan, boleh jadi kita taklah seterer yg disangka 🙂

Advertisements

2 comments on “budak sekolah kalahkan pelajar Universiti! – untuk mahasiswa sahaja terutamanya Azhari

  1. Abu Mujahid berkata:

    Abg su, saya kat skola budak biasa je. Tak cemerlang spt anda. Di universiti lebih saya kenal kesungguhan yg tiada di skola coz skola ada sistem yg malas2 kita pon, tpaksa ikut, kena juga buka buku. Tp di uni, anda x compete, anda out. maaf,hehe. Its more challenging here. Erm, also a call to all azharian out there =)

    • suhailsufian berkata:

      sebnarnya mmg panggilan khusus untuk Azhari yg terlalu tak dapat sistemkan diri dengan ilmu, terutamanya jika waktu bukan imtihan, kita nampak terlalu banyak masa terbuang yg tak tahu lah camna boleh terbuang, dok gitu abu Mujahid? 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s