Rindu – Khayrat mengajar Abunya


Ramai yang susah nak define rindu itu apa.

Tapi kali ini mungkin agak mudah untuk saya fahami apabila melihat seseorang rindu kepada kita dan mungkin apabila kita mula merasai perkara yg sama.

Contoh baru2 ini apabila saya baru pulang ke rumah selepas 8 hari tak pulang ke rumah, pelbagai peristiwa memahamkan saya erti rindu.

1. Masuk tandas.
Masuk tandas dianggap satu kesalahan oleh Khayrat kerana dia menganggap seolah meninggalkan dia keseorangan bermain diatas karpet.

2. Tidur
Tidur juga salah sehinggalah beliau tidur yg mana beliau akan tahan mata selama mungkin untuk merasai dodoian abahnya, biasanya 2-5 minit sudah tidur ni 15 minit pon tak boleh lepaskan tangan abahnya lagi.

3.Pergi masjid
Ini yg paling kritikal, kadang-kadang balik rumah dari masjidpon masih dalam keadaan menangis yg sama kerana takut abah pergi lagi.

Setiap tindakan mereka yg masih berjalan atas fitrah ini cukup mendidik ana sebagai hamba Allah, yakni bila kita ingin belajar pasti kita akan cuba melihat mereka yg paling rapat dengan Allah sebagai guru, malah mereka yang paling banyak ilmu yang membawa kita kepada Allah.

Sudah tentu fitrah yang dikejar setiap ramadhan itu sesuatu yg mahal, lantaran itu ana belajar bahawa anak kecil mesti dilihat bukan sahaja sebagai anak didik kita sahaja tapi sebagai murabbi secara tidak langsung bak kata Mustafa Sadiq Rafie –
Apakah alasan kita wahai orang yang sudah besar! Betapa jauhnya kita dari rahsia penciptaan dengan dosa-dosa umur kita! – beliau berkata begitu dalm menggambarkan betapa banyaknya yg patut kita pelajari dari mereka yg berada dalam fitrah.

Beberapa pelajaran yang Khayrat ajar kepada Abu Khayrat :

1. Hubungan Ayah dan anak
Kadang-kadang bila memasang cita2 untuk anak, lupa bahawa cita2 tersebut perlu syamil lengkap menyeluruh pada beliau.
Bukan sekadar meingimpikan beliau hafiz pada umur berapa atau menjadi pemimpin masyarakat etc, tapi perlu impikan dan rancang apakah level dan bentuk kasih sayang yg beliau dapat dari ayah dia, apakah bentuk hubungan ayah anak ketika itu dsbg.

2. Fitrah kerinduan
Rupanya rhetorik rindu boleh baca dekat syair, tapi perasaan kerinduan takkan dapat dirasai melainkan kita merasai atau melihat sendiri hakikat rindu.
Seluruh fokus pada apa yg dirindui, baru faham erti gila bayang. Dan muhasabah semula fitrah kita dengan Allah, adakah betul kita rindu Allah? Adakah rindu kita pada Nabi betul betul ada atau kita masih dalam fatrah buat2 dan tak mampu untuk melakukannya secara fitrah?

3. Ego sebuah penghalang
Ego dan self esteem penting untuk memimpin pada kadar tertentu tempat tertentu bla bla bla.
Namun yg susah adalah bila kita perlu meletakkan self esteem boleh belajar sendiri dsbg ketepi.
Namun tatkala diletakkan ketepi barulah pada masa dan tempatnya terbuka pintu ilmu seluasnya, mampu belajar dari semua orang walaupun hanya dengan melihat mata seorang bayi yang hanya mampu menangis senyum dan tak mampu bercakap melainkan tangisan dan bunyi2 yg tidak dapat difahami.

Wa aakhiran,
Abah ingin ucap terima kasih pada Khayrat atas tunjuk ajar secara tidak langsung.
Harap bila Khayrat besar dan baca tulisan ini Khayrat mampu untuk zuhud dan merendah diri dalam mencari ilmu, dan menjadi manfaat untuk alam ini.

Insya’allah.
Wallahu a’alam

Advertisements

5 comments on “Rindu – Khayrat mengajar Abunya

  1. Nurulhusna AS berkata:

    Nanti Khayrat dah besar sikit boleh bawak pegi program2 sekali. boleh tunjukkan pada dia bi’ah solehah n kawan-kawan abahnya yang soleh..

  2. Abu Mukhlis berkata:

    selamat hari bapa abu khayrat 😀

  3. zaid berkata:

    rupanya khayrat pun ada jiwa murabbi seperti ayahnya…
    selamat hari bapa..

    betullah peribahasa ‘absence makes the heart grows fonder’

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s