24 tahun dan Khayrat yang makin besar!


Salam semua. Moga Allah bersama dan memberkati hidup kita.

Alhamdulillah baru-baru ini sudah berumur 24 tahun. Alahmdulillah.

Terima kasih kepada semua rakan yang mendoakan ana pada hari tersebut. Teirma kasih.

Dan agak special kaliini apabila 7 Disember = 1 Muharram jadi Khayrat pun bersama sambut harijadi pada malam yang sama dalam keadaan sedikit demam dan hingus mengalir tanpa henti, moga Khayrat cepat sembuh.

Malam tersebut selepas menyiapkan beberapa tugasan dan studi, maka Allah memberi peluang untuk menyambut harjadi dengan agak sederhana.

Zaujah menyiapkan spaghetti dengan kuah musy aarif eih(tak tahu apa/sbb lupa nama dia) yang sedap, dibuat daripada keju, lada hitam, tuna,susu dan italian herbs! dengan kos murah.

Dan Alhamdulillah selepas makan, Zaujah memberi sebuah hadiah dan kad sebagai hadiah harijadi, dimana hadiah tersebut merupakan sebuah benda yang ana inginkan sejak awal perkahwinan dulu, Alhamdulillah zaujah ingat dan memberinya sebagai hadiah, shukran Hasanah.

Khayrat sendiri Alhamdulillah sudah semakin besar. Kalau dulu tak pandai tiru gaya, sekarang ni kalau tgh solat angkat takbir, diapun angkat takbir sekali,

Kalau dulu cakap telefon dia tgk, skrg ni nak cakap telefon juga, telefon dia pulak lagi canggih, biskut pun boleh jadi fon! dan mulalah bercakap sorang2 dengan telefonnya.

Kalau dulu Abah dia pergi kuliah, tak endah pun, sekarang ni siap pandai pergi dkt pintu jerit2 ketuk2 pintu depan.

Kalau dulu buku dibuat macam makanan, sekrang ni pandai ke bilik sebelah cari buku yang dia suka lepas tu baca buku sorang2 sambil bersyarah apa yang dia baca.

Alahdmulillah, Allah maha besar maha pemberi, semoga baki yang ada menjadikan kita semakin dekat kepadaNya.

waslam

*beberapa gambar Khayrat untuk tatapan bersama.

time ni nak siap pergi solat Raya Haji, Khayrat tgh mencuba songkok baru.

tgh tidur dalam train

tengah bertasbih dengan caranya sendiri

biasanya kami akan baca buku lepas subuh, Khayrat pun faham2 je, dan akan membaca buku dengan tekun! buku favourite Khayrat “Qittun mishmishi” hadiah dari Acik Huda dan Acik Husna – tapi dia kuat sangat baca buku tu sampai dah rosak ma’alish

mencuba makanan yang jarang Khayrat makan “SPaghetti time birthday Khayrat, jadi agak bersepah dari biasa. Akhirnya sudu jadi pilihan!

Khayrat memberi makan kepada Stitch, asalnya baksomat(biskut roti) tu Khayrat punya, tapi dia nampak kawan dia lapar kot.

 

gambar last, time ni sebenarnya Khayrat tengah cakap “Abah sejuknya dekat luar” dia tgh membebel time ni.

Advertisements

3 comments on “24 tahun dan Khayrat yang makin besar!

  1. Nuha K berkata:

    waaa!! comel nye khayrat!! grr…dh pndi ckp ke?hehe

  2. danial al asr berkata:

    hehehe..comelnya…bila dia nk jadi pemain bola hebat mcm ayah dia..hehe.

  3. abu berkata:

    salam ustad, happy belated bday,
    semoga ustad dah seisi keluarga sehat selalu..
    amin..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s