siapa nak jadi raja?



Tersebut kisah disebuah alam yang jauh. Terletak, sebuah kerajaan yang kaya dan makmur. Namun disetiap kemakmuran takkan lekang dari kecacatan.

siapa nak jadi raja? Itulah sebuah kecacatan pada negaraini, biar makmur mahupun aman namun tiada siapa berani menyahut seruan, seruan siapa ingin menjadi raja?

kematian. Semua dek kematian yang pasti menjemput raja, habis penggal wajib meninggalkan kerajaan ini dan bermukim dipadang pasir, dibiarkan jauh dari kehidupan manusia, maka hidup menjadi batu, bernafaskan pasir, tiada matlamat melainkan penantian keseorangan menanti kematian ditengah kesunyian gurun.

ketabahan seorangpemuda. Namun disebalik syarat dan kekosongan takhta yang kian buntu penyelesianynya, tmpil seorng pemuda dengan penuh keyakinan mendabik dada ‘aku kipingin takhta ini’. Maka naiklah seorang pemuda yang tabah dibawah lirikan mata-mata kebingungan betapa jahilnya pemuda ini.

kepelikan. Masa berlalu, dan masa sudah tiba untuk beliau meninggalkan takhta dan berjalan kepenghujung nyawa. Namun kepelikan berlaku!

Sepanjang pemerintahan beliau, berbeza dengan yang lain, semua raja sebelum ini tidakkan tinggalkan sesaatpun hidup melainkan padanya pembaziaran dan keseronokan! namun beliau hanya hidup biasa malah agak berjimat berbanding rakyat biasa.

Pelik! Bertambah pelik! Semua yang diturunkan takhta biasanya akan meronta untuk kekal diistana, malah ramai yang bersembunyi semata ingin mengelakkan kepedihan digurun, namun kaliini, betapa girangnya beliau berjalan ke sahara!

Kemuncak kepelikan. Lantaran kepelikan yang timbul maka rakyatpun mengikut raja dengan kepelikan lantaran tampak kepedihan , keperitan , kesakitan tinggal disahara hilang dari beliau.

Kemuncak kepelikan pun tersingkap pabila akhirnya mereka sampai diperkuburan , pengakhiran raja-raja yang lalu yang dikenali tempatnya sebagai kemuncak azab ketika itu, apabila tempat yang dulunya kontang dan kering tiada harapan padanya betukar menjadi daerah yang subur! Penuh dengan taman-taman, binatang-binatang jinak berlarian, malah istana-istana indah tersergam indah!

Melihat kepelikan yang timbul raja tersebut menjawab :

” Sungguh aku lihat bodohnya raja-raja sebelum ini, pasti dinegara itu hanyalah permulaan hidup, namun disini merupakan pengakhiran yang hakiki, mengapa tidak dibangunkan saja tempat ini? “

………………………………………………………………………………………………..

Cerita ini diolah dari kitab Tazkirah Duah tulisan Syeikh Bahi Khuli dimana beliau menggambarkan kebijaksanaan mereka yang mengejar akhirat dan kebidihan mereka yang mengejar dunia.

Bukankah nabi pernah bersabda :

“sesiapa yang mengejar dunia maka tiadalah pada bahagian diakhirat kelak”*

*hadis dipetik dari kitab Jami’  ulum wa hikam dengan riwayat hasan shahih.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s