aku besar.


Salamullahi alaykum. Moga jumaat ini menjadikan kita lebih beriman.

1. Sifat yang ada pada semua gerakan Islam, Tayyarat(aliran) pemikiran, mahupun sebarang gerakan dan perjuangan untuk menegakkan din ataupun selain din adalah, semua akan melalui proses ta’lim ataupun tarbiyah thaqafi.

2. Seorng mula pelajari perkara tersebut dariawal menjejakkan kaki ke dalam perkara yg disebut diatas.

3. mana-mana gerakan dan aliran pemikiran yang tidak mampu melakukan perkara tersebut dgn baik akan menghadapi masalah dari segi arah tuju gerakan tersebut, tambah bahaya jika ikatan yang dibentuk pada peringkat awal hanya atas asas emosi dan teknikal.

Maka ahli akan menghadapi bahaya dari sudut taqlid tanpa panduan, dan taasub tanpa asas.

Jauh sekali perkara ini dari berjalan dengan sedar dalam sebuah hala tuju yang jelas.

‘adakah sama mereka yang tahu dan mereka yang tidak tahu’

4. selepas melalui fasa yang disebut maka mereka akan diuji dengan ketajaman faham dan kejelasan jalan.

Seperti yang pernah ditempuh oleh para sahabat, mereka diuji dgn peristiwa-peristiwa yang akan membuatkan semua ahli bertanya :

‘mengapa aku disini, betulkah ini, mengapa ia betul bukankah…..bukankah….hingga akhir’

maka tatkala ini proses sudah berubah menjadi pengalaman dan ketajaman, jika ia mampu tempuh dengan baik, dan tiadalah ukuran baik yg lebih baik melainkan ukuran Quran dan sunnah.

5. Ketajaman mentakhrij fikrah dari quran dan sunnah pada tahap kulliy(menyeluruh) merupakan nikmat dan hikmah yg tiada pada semua org.

Tatkala inilah bermula taqlid bilwa’iyy, iaitu mengikut dengan jelas, apa yang diikuti.

6. Mungkin kita tidak mampu untuk mengambil semua dari Quran dan sunnah atas keterbatasan, tapi kita perlu untuk berusaha mencari asalnya dari Quran dan sunnah dengan bantuan mereka yang lebih awal, samada dengan pembacaan, ataupun perbincangan atau sebagainya.

7. Namun persoalan yang ingin ana timbulkan bukanlah perkara diatas sangat.

Namun lebih kepada hasil semua proses diatas.

8. Hasilnya seorang mungkin akan berasa dia lebih dari orng lain. Mungkin dia rasa aku dah besar dan sebagainya.

Sungguh,perasaan ini akan halus mndatangi mereka yang mengikuti ta’lim, yang mendalami fikrah, yang cuba mengembalikan islam pada tempatnya.

Malah ia akan lebih mendatangi para duat daripada ia mendatangi mereka yang jahil.

Kerana yang jahil akan didatangi ghurur dan yang alim akan didatangi kibr.

9. Imam Ibnu  Qayyim menceritakan bahawa ini merupakan salah satu bentuk zunub Mulukiyah yakni yang berkaitan dengan tuhan.

Dan menyifatkannya sebagai a’dzomu zunub ba’da syirk. yakni dosa yg paling besar selepas syirik.

Kerana sifatnya yang menghilangkan pada diri hamba perasaan dan kesedaran perlunya rabb.

Menghilangkan dari hamba hakikat bahawa dia mempunyai ini memperoleh itu adalah semua dari Allah.

Maka apakah keadaan yang lebih teruk dari itu?

10. Ubatilah kibr dengan tawadhu’ dan kefahaman yang mendalam.

Rawatilah dengan hati yang kembali pada hakikat diri yang hina.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s