fasa1 – malas baca


1. Alhamdulillah, sudah selesai 10 yg pertama dalam bulan Ramadhan.

2. Buat ana terfikir berapa ramai yg sedar sudah 10 hari berpuasa.

3. Jika tidak sedar maka bertanyalah, adakah telah mendapat selain daripada laapr dan dahaga?

4. Teringat tazkirah Ramadhan pertama diMesir pada hari pertama selepas 4 rakaat tarawih setelah selesai membaca setengan Juz yg dibacakan oleh Syeikh Yasir Salamah di Masjid Salam.

5. Tazkirah tersebut disampaikan oleh Syeikh Dr. Zaki, Aamid Kuliah Dakwah dan Thaqafah Al-Azhar Kaherah.

Beliau merupakan seorang yg buta sebelah mata,dan sebelah mata lagi hampir2 tida dapat melihat.Kudung kedua2 kaki, dan tangan pula cacat kedua2 belah. Namun gigih dan tabah menimba ilmu sehingga menjadi seorang ulama’ yang disegani.

6. Isi tazkirah beliau berkisar kepada dua perkara utama, pertama mengenai Quran dan kedua mengenai bani Israil yg merupakan isi penting didalam juz 1.

7. Beliau berpendapat bahawa antara sebab Allah menjadikan Ramadhan bulan yg terbaik, yg berbeza dengan bulan2 yang lain, dan menjadikan bulan Ramadhan merupakan masa yang terbaik bagi seorang manusia diakhir zaman adalah kerana Allah hanya akan menurunkan kitabNya(Al-Quran) pada keadaan yang terbaik, dan pada masa yang terbaik iaitu Ramadhan.

8. Beliau menyambung, bahawa ketinggian bulan Ramadhan hanya akan boleh dirasai jika seseorang itu hidup pada bulan ini dengan Quran.

9. Ayat beliau yang susah untuk dilupakan, “maka jadikanlah ia seperti jantung kamu, kamu tidak akan dapat hidup walaupun sesaat tanpa jantung kamu. Bawalah ia kemana-mana, bacalah ia selagi bibirmu tiada perkara untuk dikatakan, dan lebih penting daripada itu jadikanlah ia seperti yg digambarkan suatu ketika dahulu, seolah-olah Quran berjalan diantara kita(dengan mempraktikkannya sepenuhnya)

10. Biasanya kita akan lesu dan malas membaca apabila sudah mencecah 10 pertengahan.

11. Puncanya mudah sahaja, ia pasti akan menjadi sesuatu yg membosankan apabila kita tidak menghaatinya, dan kita pasti tidak meghayatinya apabila kita sendiri tidak mengetahui maksudnya.

Bak kata Mama “mama tak puas kalau tak baca makna”

12. Saya selalu menginmpikan untuk mempunyai kemampuan untuk membaca Quran dan tatkala habis sepotong ayat, merasakan eagerness atau bernafsu untuk membaca ayat seterusnya dek kerana keindahan ayat2 yg disusun dan ketinggian kasih sayang dan kepuasan yg dirasai daripada membcanya. Masih berusaha mentarbiyah diri ke tahap itu.

13. Sesungguhnya membacanya sahaja dengan tajwid sudah menjadi tanggunjawab yg kita biasa rasa malas terhadapnya.la tanggunjawab

Maka bayangkan pula tanggunjawab untuk mengamalkannya, jika tanpa rahmat Allah, mampukah kita membendung kemalasan dari beramal? empunya diri pasti lebih arif keadaannya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s